PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI:CARA PERMOHONAN GERAN RM45,000

PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI:CARA PERMOHONAN GERAN RM45,000

PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI

Perbadanan Usahawan Johor telah membuka permohonan bagi orang awam/usahawan untuk menyertai Program Pembangunan Ekonomi Komuniti.

APA ITU PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI?

Matlamat pelaksanaan Program Pembangunan Ekonomi Komuniti adalah untuk meningkatkan pendapatan usahawan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di negeri Johor.

Kepada usahawan, boleh boleh ambil ujian MyNEPT: UJIAN PSIKOMETRIK USAHAWAN NASIONAL SECARA PERCUMA

Menerusi program ini, usahawan yang terpilih akan menerima geran sehingga RM45,000 yang merangkumi kos naik taraf infrastruktur, pembelian mesin/peralatan, latihan dan kursus kemahiran asas berkaitan projek yang dicadangkan.

Projek atau perniagaan tersebut mestilah memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi komuniti dan berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan yang berterusan.

TARIKH BUKA PERMOHONAN

Permohonan dibuka bermula 13 September 2020 (Ahad), jam 8.00 malam sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 September 2020 (Rabu) pada jam 4.00 petang.

KRITERIA PERMOHONAN

Usahawan yang ingin memohon perlu memenuhi beberapa kriteria permohonan iaitu:

Usahawan mestilah penduduk tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut dan berumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon.

Permohonan dibuka kepada:

– Individu yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan atau;

– Koperasi yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan.

Terbuka kepada projek/perniagaan dalam sektor Perkhidmatan dan pembuatan

Projek/Perniagaan yang memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi komuniti dan mempunyai nilai tambah dan nilai pengganda yang tinggi.

Projek/Perniagaan yang berpotensi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang berterusan kepada komuniti terutamanya di dalam negeri Johor.

Syarikat/Koperasi pemohon mempunyai kapasiti, keupayaan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan projek.

Syarikat/Koperasi pemohon mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan menjadi keutamaan kepada yang belum pernah menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 3 tahun.

CARA MEMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI

Pemohon yang berminat untuk menyertai Program Pembangunan Ekonomi Komuniti boleh memohon melalui langkah-langkah berikut:

  • Klik link berikut iaitu http://tiny.cc/ekonomikomuniti
  • Muat turun borang permohonan.
  • Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  • Borang berserta dokumen sokongan permohonan hendaklah di hantar ke pejabat:
  • Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd,No 24 Jalan Iskandar Puteri,1/3, Iskandar Puteri Commercial Centre,Taman Nusantara Prima,81550 Gelang Patah,Johor Darul Takzim.
  • Pemohon hendaklah memastikan segala keterangan yang dikemukakan adalah benar, sahih dan tepat.

Pihak Perbadanan Usahawan Johor berhak membatalkan permohonan sekiranya didapati melanggar syarat permohonan yang telah ditetapkan atau memberi maklumat yang palsu.

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan ialah:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat (SSM) /Koperasi
  • Salinan penyata akaun syarikat/koperasi yang aktif (6 bulan)
  • Profil syarikat/koperasi
  • Kertas cadangan lengkap dengan pelan perniagaan termasuk;
  1. Ringkasan Eksekutif
  2. Objektif
  3. Latar belakang dan skop projek/perniagaan
  4. Business Model Canvas (BMC)
  5. Strategi pemasaran
  6. Garis masa (timeline) pelaksanaan projek/perniagaan
  7. Pelan kewangan projek/perniagaan
  8. Gambar projek/perniagaan

Jika anda perlukan PINJAMAN PERNIAGAAN 2020:PEMBIAYAAN UNTUK MEMULAKAN BISNES

MAKLUMAT LANJUT

Pemohon yang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan permohonan boleh diajukan menerusi pesanan mesej di Facebook rasmi Perbadanan Usahawan Johor.

Tags: #APA ITU PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI? #BORANG PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI #CARA MEMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)   APA ITU JABATAN HAL
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100 SEHARI
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN   Untuk makluman,Majlis Agama Islam
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)   APA ITU MySPR

    Leave a reply "PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI:CARA PERMOHONAN GERAN RM45,000"