PROGRAM SARINGAN PRIHATIN  PSP PERKESO : UJIAN SARINGAN COVID-19 PERCUMA KEPADA ORANG BERINSURANS DI KEDAH

PROGRAM SARINGAN PRIHATIN  PSP PERKESO : UJIAN SARINGAN COVID-19 PERCUMA KEPADA ORANG BERINSURANS DI KEDAH

PROGRAM SARINGAN PRIHATIN  PSP PERKESO

Untuk makluman PERKESO telah meluaskan capaian Program Saringan Prihatin (PSP) untuk saringan COVID-19 bagi meliputi negeri Kedah sebagai langkah membantu Kerajaan mengawal jangkitan COVID-19 berikutan dengan kenaikan jumlah kes COVID-19 di negeri Kedah.

Berikutan perluasan capaian ini, PSP adalah terbuka kepada semua pencarum PERKESO yang bekerja dengan majikan di negeri Kedah dalam semua sektor pekerjaan serta masih belum menggunakan kemudahan ini sebelum ini.

SIAPA YANG LAYAK  MOHON PSP PERKESO DI KEDAH

Semua pencarum PERKESO di Kedah yang belum menggunakan kemudahan PSP PERKESO ini adalah syarat  untuk menjalani saringan COVID-19.

CARA BUAT UJIAN SARINGAN COVID-19 PSP PERKESO DI KEDAH

Majikan boleh membuat janjitemu dengan makmal yang dilantik PERKESO untuk tujuan saringan melalui talian 04-7325641/04-7315641 (Alor Setar), 04-4258389/04-4254940 (Sungai Petani), 04-9610915 (Langkawi), 03-9212 0193 atau 1-800-88-7171. Saringan COVID-19 melalui PSP hanya dijalankan melalui janjitemu sahaja. Majikan dan pekerja perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Bagi majikan yang ingin menjalankan saringan COVID-19 melalui makmal selain dari makmal lantikan PERKESO, kos saringan hendaklah dibayar oleh majikan terlebih dahulu.

Majikan boleh mengemukakan permohonan untuk Subsidi Saringan COVID-19 melalui laman sesawang https://ssp.perkeso.gov.my/. PERKESO akan membuat bayaran balik subsidi sehingga RM150.00 bagi setiap pekerja yang menjalani saringan COVID-19.

PSP dan Subsidi Saringan COVID-19 adalah masih terbuka kepada golongan pekerja berisiko iaitu pekerja warga asing didalam sektor pembinaan dan perkhidmatan kawalan keselamatan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

APA ITU PSP?

Baca disini untuk ketahui lebih lanjut tentang PSP PERKESO

APA ITU SUBSIDI SARINGAN COVID-19?

Untuk mengetahui tentang subsidi yang disediakan,baca disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan berkenaan PSP atau Subsidi Saringan COVID-19 boleh dipanjangkan kepada PERKESO melalui emel [email protected] atau melalui talian hotline 1-300-22-8000 atau 03-4264 5089.

Tags: #CARA BUAT UJIAN SARINGAN COVID-19 PSP PERKESO DI KEDAH #Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO #SIAPA YANG LAYAK  MOHON PSP PERKESO DI KEDAH

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "PROGRAM SARINGAN PRIHATIN  PSP PERKESO : UJIAN SARINGAN COVID-19 PERCUMA KEPADA ORANG BERINSURANS DI KEDAH"