PROGRAM SAVE 2.0:CARA DAFTAR & TEBUS VOUCHER BARANG ELEKTRIK SHOPEE(RM200)
APA ITU PROGRAM SAVE 2.0?
Program pemberian e-rebat kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Ia inisiatif oleh SEDA dengan kerjasama oleh Shopee Malaysia dan ia telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 yang lalu.
KELEBIHAN DAFTAR PROGRAM SAVE 2.0
Dengan mendaftar untuk program ini di Shopee, anda boleh tuntut baucar RM200.00 untuk digunakan pada penghawa dingin dan peti sejuk yang cekap tenaga.
Bagi anda yang berkira-kira untuk membeli penyaman udara (air conditioner) atau peti sejuk, anda boleh mendaftar dalam program ini untuk memperoleh rebat sebanyak RM200 bagi setiap pembelian penyaman udara atau peti sejuk di Shopee.
SENARAI AIRCOND DAN PETI SEJUK MURAH DI SHOPEE
Sila rujuk senarai aircond dan petik sejuk yang menyediakan diskaun sehingga 50% pada harga bermula dari RM500 sahaja di Shopee.
PROGRAM SAVE 2.0 DALAM BELANJAWAN 2021
Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan sebanyak RM30 juta bagi pelaksanaan Program SAVE 2.0 yang dijangka memanfaatkan sebanyak 140,000 isi rumah di seluruh Malaysia.
Untuk makluman, program ini dilaksanakan oleh Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) yang merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan dibawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Lestari 2011.
Ia dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan dengan kolaborasi Shoope.
TUJUAN PROGRAM
Meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan elektrik cekap tenaga yang akan menjimatkan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik
Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf 5 bintang dan 4 bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran
SEMAKAN KELAYAKAN PROGRAM SAVE 2.0
Berikut adalah syarat dan kriteria kelayakan :
- Warganegara Malaysia
- Pengguna / pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB
- Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara ATAU peti sejuk berlabel 4 bintang ATAU 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021
- 1 akaun bil untuk 1 e-Rebat (siapa cepat dia dapat)
CARA DAFTAR/CLAIM VAUCHER RM200 SHOPEE (Program SAVE 2.0)
- Layari https://shopee.com.my/m/program-save
- Isikan maklumat pengguna, akaun pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB
- Tick butang pengesahan / persetujuan
- Baucar RM200 akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet bagi permohonan yang diluluskan.
- Boleh baca dan fahamkan, lepas tu klik DAFTAR SEKARANG.
- ‘Electricity bill no’ tu merujuk kepada nombor akaun TNB kita, boleh refer dekat bil elektrik masing-masing.
Anda juga boleh rujuk cara daftar e-rebat program ini dibawah:
CARA DAFTAR E-REBAT PROGRAM SAVE 2.0
Untuk mendaftar dan mendapatkan e-Rebat program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik link ini https://invol.co/cl28o1j
- Kemudian klik link berikut https://shopee.com.my/m/program-save.
- Anda akan menerima paparan pendaftaran :
- Isi semua maklumat yang diperlukan merangkumi (Bil Elektrik,Kad Pengenalan,Nama Penuh)
- Tandakan pada ruangan kotak pengesahan.
- Klik Butang ‘Submit’.
- Anda akan menerima bancar sebanyak RM200 akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet selepas permohonan diluluskan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk info dan maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari https://shopee.com.my/m/program-save.
Beli aircond Save 2.0, kami mampu bantu anda memilih aircond 4 star & 5 star yang sesuai.
https://www.starvenci.com/categories/program-save-20-aircond
Fore more info, please contact Star Venci Sdn Bhd.
http://wa.me/601117649067
Macam mana nak tahu pendaftaran program save 2.0 ini sudah lulus atau pun tidak
PROGRAM SAVE 2.0
sy punye da approve n dpt voucher rm200 .. Tp voucher tu blh guna dkt item tertentu je.. Hrge pling murah rm8++ .. huhuhu
PROGRAM SAVE 2.0:CARA DAFTAR & TEBUS VOUCHER BARANG ELEKTRIK SHOPEE(RM200)
Bila tarikh luput voucher rm200 tu ye? Sbb skrg dlm tempoh PKP.. klu yg Ingin trus membeli di kedai2 Elektrik yg terpilih