PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

Program Subsidi Upah yang diumumkan pada 6 April 2020 adalah menggantikan Progam Subsidi Upah yang telah diumumkan pada 27 Mac 2020. Penambahbaikan Program Subsidi Upah adalah seperti berikut :

PENAMBAHBAIKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH (6 April 2020)

  • Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat- syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan. Tiada syarat ditetapkan Kadar Penurunan Pendapatan atau Jualan dikenakan pada kategori ini.

 

  • Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja. Kadar penurunan sebanyak 50% atau lebih daripada jumlah jualan atau pendapatan berbanding dengan bulan Januari 2020 atau bulan-bulan berikutnya adalah syarat utama kelayakan dikenakan pada kategori ini.
  • Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja. Kadar penurunan sebanyak 50% atau lebih daripada jumlah jualan atau pendapatan berbanding dengan bulan Januari 2020 atau bulan-bulan berikutnya adalah syarat utama kelayakan dikenakan pada kategori ini.PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

TEMPOH PROGRAM SUBSIDI UPAH

3 Bulan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN LAIN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

  • Pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah
  • Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.
  • Majikan dan pekerja hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO.
  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2020.
  • Majikan hendaklah mula beroperasi sebelum 1 Januari 2020.

TARIKH KUATKUASA DAN TARIKH AKHIR PERMOHONAN

  • Tarikh kuatkuasa bermula 1 April 2020
  • Tarikh akhir 15 September 2020 atau tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan oleh Kerajaan.

KAEDAH BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

Bayaran Subsidi Upah akan dikreditkan kepada akaun majikan dalam tempoh 7-14 hari dari tarikh kelulusan.

CARA PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

Permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan melalui capaian laman sesawang PERKESO PRIHATIN mulai 9 April 2020

PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Program Subsidi Upah ialah:

  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan);
  • Maklumat akaun bank majikan (Salinan muka depan Penyata Bank sahaja);
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank seperti di 5 (ii) di atas. Sila rujuk pihak bank;
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa Perkhidmatan Profesional, Saintifik atau Teknikal / Lesen Perniagaan;
  • Akuan Pengisytiharan PSU50; dan
  • *Dokumen sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen berkaitan.

**Nota: Dokumen sokongan bagi perusahaan bersaiz SEDERHANA dan BESAR sahaja

TIDAK LAYAK  MEMOHON  PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

a) Majikan atau perusahaan yang mendaftar dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2020;

b) Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO;

c) Pekerja yang telah mendapat bantuan kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) pada bulan yang sama;

d) Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;

e) Pekerja yang telah diberhentikan kerja;

f) Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers; serta

g) Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).

APA ITU MAKLUMAT BUSINESS REGISTRTION NUMBER(BRN)?

– Maklumat Business Registration Number (BRN) adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.

– Majikan perlu mengisi Borang BRN yang perlu dimuat turun dari capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my dan memuat-naik kembali ke laman sesawang tersebut setelah ianya dilengkapkan.

– Maklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi tujuan pembayaran terus ke akaun majikan secara Electronic Fund Transfer (EFT).

APA ITU PENGISYTIHARAN PSU50?

Akuan Pengisytiharan PSU50 ialah suatu dokumen pengesahan dan akujanji secara bertulis bahawa majikan mengesahkan atau mengisytihar perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan Program Subsidi Upah.

APA TAKSIRAN GAJI/PENDAPATAN RM4000 KE BAWAH?

Tafsiran gaji atau pendapatan adalah mengikut tafsiran gaji di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4]. Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji seperti Gaji pokok / Kerja lebih masa / Komisen / Bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya / Elaunelaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya / Caj perkhidmatan (Service Charge).

PERBEZAAN ANTARA SIP,PROGRAM ERP DAN PROGAM SUBSIDI UPAH

Berikut adalah perbezaan antara SIP, Program ERP dan Program Subsisi Upah :

PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

JADUAL PERBEZAAN ANTARA SIP,PROGRAM ERP DAN PROGAM SUBSIDI UPAH

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000 atau emel kepada [email protected]

MAKLUMAT LAIN 

APA ITU JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)?

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja.

Tags: #APA ITU MAKLUMAT BUSINESS REGISTRTION NUMBER(BRN)? #APA ITU PENGISYTIHARAN PSU50? #APA TAKSIRAN GAJI/PENDAPATAN RM4000 KE BAWAH? #CARA PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS #JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) #PENAMBAHBAIKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH (6 April 2020) #PERBEZAAN ANTARA SIP #PROGRAM ERP DAN PROGAM SUBSIDI UPAH #PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN APA ITU GKP 2.0 Bantuan
    GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN Bagi anda yang ingin
    CARA KEMASKINI BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA KEMASKINI BPN 2.0 Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan
    CARA DAFTAR BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA DAFTAR BPN 2.0 Jika anda tidak pernah buat permohonan BPN pertama

    Leave a reply "PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS"