PROJEK PERTANIAN BANDAR PENJANA

PROJEK PERTANIAN BANDAR PENJANA : CARA & BORANG PERMOHONAN

PROJEK PERTANIAN BANDAR PENJANA

APA ITU PROJEK PERTANIAN BANDAR PENJANA

Pelaksanaan Projek Pertanian Bandar bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk bandar dan pinggir bandar yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19, mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi di kalangan komuniti bandar serta membantu dalam menjamin keselamatan makanan.

KATEGORI PROJEK

Kategori Komuniti– Projek yang dilaksanakan di sekitar kediaman secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.

Kategori Individu– Projek yang dijalankan secara individu di kediaman masing-masing.

Kumpulan sasar untuk terlibat di dalam projek ini adalah seperti:

  • Belia
  • NGO
  • Perumahan bandar dan pinggir bandar
  • Institusi kerajaan atau swasta
  • Komuniti luar bandar

BENTUK BANTUAN PROJEK PERTANIAN BANDAR

Bentuk bantuan yang akan diberikan adalah secara one-off berbentuk input pertanian, latihan, dan khidmat nasihat teknikal.

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN BANDAR

Individu yang berminat untuk menyertai projek ini tertakluk kepada beberapa syarat-syarat permohonan iaitu:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Permohonan hanya terhad kepada 1 permohonan sahaja.
  • Pemohon mestilah berminat untuk melaksanakan projek pertanian.
  • Pemohon perlu bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek pertanian.

CARA PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN BANDAR

Individu yang melepasi syarat-syarat kelayakan perlu memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  • Pergi ke laman web Jabatan Pertanian iaitu http://www.doa.gov.my.
  • Download borang permohonan dan print borang tersebut.
  • Isi dan lengkapkan borang tersebut.
  • Borang yang lengkap diisi boleh dihantar melalui emel ke alamat [email protected] atau dihantar secara terus ke pejabat Jabatan Pertanian terdekat.
  • Setelah borang lengkap diterima, pegawai Jabatan Pertanian akan melawat kawasan projek untuk menentukan kategori projek, kesesuaian tapak, dan jenis bantuan/insentif yang diperlukan.
  • Bagi individu yang mempunyai masalah untuk mendapatkan borang tersebut secara online, anda juga boleh mendapatkan borang permohonan melalui pejabat Jabatan Pertanian terdekat.

MUAT TURUN BORANG PROJEK PERTANIAN BANDAR

Borang Permohonan Projek Pertanian Bandar (Kategori Individu)

Borang Permohonan Projek Pertanian Bandar (Kategori Komuniti)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan projek ini adalah pada 31 Julai 2020.

Anda juga boleh mohon PROGRAM AGROPRENEUR MUDA

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat dan pertayaan, pemohon boleh menghubungi Pejabat Pertanian Daerah atau:

Bahagian Pertanian Bandar, Aras 12, Wisma Tani, Lot 4G2, No 30, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.

Telefon: 03-8870 3212/3616/3618/4226

Laman web: http://www.doa.gov.my.

1 thought on “PROJEK PERTANIAN BANDAR PENJANA”

Leave a Comment