PROTOKOL TINDAK BALAS KECEMASAN(ERP)

PROTOKOL TINDAK BALAS KECEMASAN(ERP)

PROTOKOL TINDAK BALAS KECEMASAN ERP

Majikan atau penyedia penginapan perlu mempunyai Protokol Tindak Balas Kecemasan (ERP) bagi menangani pekerja atau penghuni yang menunjukkan gejala jangkitan COVID-19 ekoran pembukaan semula ekonomi di Malaysia.

APA ITU ERP?

Emergency Response Protocol (ERP) / Protokol Tindak Balas Kecemasan (ERP) bagi menangani pekerja atau penghuni yang menunjukkan gejala jangkitan COVID-19.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

Kementerian Sumber Manusia menegaskan, majikan perlu bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan melaksanakan saringan atau mengesan kontak jika ada pekerja dijangkiti COVID-19.

  • Majikan bertanggungjawab melaksanakan pengurusan kontak untuk mengenal pasti individu lain yang mempunyai kontak rapat dengan penghuni atau pekerja.
  • Kenyataan yang berkaitan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) itu menjelaskan, majikan atau penyedia penginapan juga perlu memberi taklimat kepada penghuni atau pekerja mengenai COVID-19 dan langkah pencegahan.
  • Majikan perlu memberikan pemahaman dan garis panduan menangani COVID-19 kepada mereka dalam bahasa yang mudah difahami secara bertulis terutama kepada pekerja bukan warganegara.
  • Majikan perlu menyediakan cecair pencuci tangan, kit nyah jangkitan di pintu masuk, semua kawasan am dan tempat lain dalam kilang atau premis.
  • Setiap pekerja juga perlu memakai topeng muka serta sentiasa mengamalkan penjarakan sosial di dalam premis.
  • Kenyataan itu turut menetapkan kepada majikan untuk mengehadkan pergerakan penghuni dan melakukan sanitasi di kawasan guna sama sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
  • Ia termasuk membuat penandaan jarak satu meter di lantai, meja dan kerusi di setiap kawasan penginapan seperti kafeteria, kantin, tandas serta dewan serba guna.
  • Kafeteria, kantin, kedai dobi, kedai runcit dan premis perniagaan lain dalam kawasan penginapan pekerja hanya dibenarkan beroperasi dengan syarat mematuhi penjarakan sosial dan langkah keselamatan dikeluarkan Kementerian Kesihatan.
  • Majikan juga perlu menjalankan pemeriksaan saringan suhu badan serta saringan gejala batuk, sakit tekak atau sesak nafas terhadap pekerja pada setiap hari di kawasan penginapan.
  • Kenyataan itu menjelaskan jika ada pekerja yang demam atau bacaan suhu badan 37.5° Celcius dan lebih, atau mempunyai gejala, mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan penginapan, sebaliknya perlu dirujuk ke klinik panel atau klinik kesihatan.

 

Kementerian Sumber Manusia turut menetapkan, peraturan sama turut terpakai bagi semua syarikat yang terbabit dalam kerja pemasangan dan penyelenggaran jentera yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

CARA MELAKSANAKAN ERP

*Akan dikemaskini.

CONTOH ERP UNTUK PANDUAN MAJIKAN

*Akan dikemaskini

MUAT TURUN BORANG ERP

*Akan dikemaskini

 

 

Tags: #APA ITU ERP? #CARA MELAKSANAKAN ERP #CONTOH ERP UNTUK PANDUAN MAJIKAN #ERP #MUAT TURUN BORANG ERP #PROTOKOL TINDAK BALAS KECEMASAN(ERP) #TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang

    Leave a reply "PROTOKOL TINDAK BALAS KECEMASAN(ERP)"