
PROTON X70 CKD 2020
PROTON X70 CKD 2020
Terdapat banyak ciri menarik PROTON X70 CKD 2020 yang patut anda ketahuinya sekarang.
PERBANDINGAN HARGA PROTON X70 2020 CKD VS CBU 2018
PROTON melancarkan SUV pemasangan tempatan (CKD), Proton X70 ke pasaran domestik. Harga untuk model baharu lebih murah antara RM1,000 hingga RM5,000 mengikut varian.
Sebelum ini, harga bagi model CBU adalah Standard 2WD dijual pada harga RM99,800, varian Executive 2WD berharga RM109,800, varian Executive AWD berharga RM115,800 manakala varian tertinggi Premium 2WD berharga RM123,800.
Proton X70 ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard 2WD yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM94,800, manakala varian Executive 2WD (RM106,800), Premium 2WD (RM119,800) dan Premium X 2WD (RM122,800).
CIRI-CIRI UMUM PROTON X70 CKD
Model SUV dengan penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan ASEAN NCAP ini hadir dengan jaminan lima tahun perbatuan tanpa had, pakej data lima tahun berkapasiti 1-gigabait (GB) sebulan dan lima kali caj servis buruh percuma.
Model SUV paling laris pengeluar kereta nasional itu dihasilkan di kilang milik PROTON di Tanjung Malim.

PROTON X70 CKD 2020
KELAINAN MODEL PROTON X70 CKD
1.Penggunaan baru logo baharu Proton
2.Enjin 1.8 TGDi dengan transmisi baru iaitu Transmisi Klac Berkembar (DCT) 7-kelajuan dengan mod manual.
3. Pacuan dua roda hadapan
4. Tahap penjimatan bahan api sehingga 13 peratus dan pecutannya 0-100km/j lebih pantas dengan mencatatkan 9.5 saat berbanding model CBU hanya 10.5 saat, iaitu dengan perbezaan satu saat.
5. But belakang elektrik dengan sensor kaki, kerusi hadapan dengan sistem pengudaraan dan tempat duduk belakang yang boleh direbahkan.

Pilihan Warna PROTON X70 CKD 2020
PILIHAN WARNA BARU
Snow White
Armour Silver
Jet Grey
Ruby Red
Cinnamon Brown
Space Grey
4 VARIAN
Standard
Executive
Premium
Premium X
Semua varian telah dianugerahkan penarafan keselamatan lima bintang ASEAN NCAP, dan dilengkapi dengan unit hiburan pintar berdasarkan paparan ‘Geely’s Global Key User Interface’ (GKUI), dengan arahan suara “Hi PROTON” melalui e-SIM yang membolehkan sambungan internet melalui pelan data mudah alih.
SPESIFIKASI PERBEZAAN PROTON X70 CKD DAN TANDA (*) ADALAH CIRI TERBARU MENGIKUT VARIAN
Standard 2WD – RM94,800 (Sebelum ini RM99,800)
Enjin 1.8 liter TGDi
DCT tujuh kelajuan automatik
6 SRS beg udara
Lampu hadapan halogen
Rim aloi 17 inci
Kerusi balutan fabrik
8 inci infotaimen dengan navigasi online
6 pembesar suara
Kamera pandang belakang
Sistem pembersih udara
Executive 2WD – RM106,800 (Sebelum ini RM109,800)
Enjin 1.8 liter TGDi
DCT tujuh kelajuan automatik
6 SRS beg udara
Lampu hadapan LED dengan lampu siang (DRL)*
Rim aloi 18 inci*
Kerusi balutan kulit*
8 inci infotaimen dengan navigasi online
8 pembesar suara*
Kamera 360 darjah*
Sistem pembersih udara
Tempat duduk penumpang dan pemandu mempunyai saluran penyaman udara*
Kerusi berkuasa bahagian pemandu*
Bukaan but berkuasa*
Front welcome lamps*
Premium 2WD – RM119,800 (Varian baharu)
Enjin 1.8 liter TGDi
DCT tujuh kelajuan automatik
6 SRS beg udara
Lampu hadapan LED dengan lampu siang (DRL)
Rim aloi 19 inci*
Kerusi balutan kulit Nappa*
8 inci infotaimen dengan navigasi online
9 pembesar suara dengan amplifier dan subwoofer*
Kamera 360 darjah
Sistem pembersih udara
Tempat duduk penumpang dan pemandu mempunyai saluran penyaman udara
Kerusi berkuasa bahagian pemandu
Bukaan but berkuasa dengan bukaan pengesan pergerakan kaki*
Front welcome lamps
Sistem pemantauan tekanan angin tayar*
Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADA)*
Tempat duduk penumpang hadapan berkuasa dengan butang boleh laras bahagian sisi kanan (boss switch)*
Premium X 2WD – RM122,800 (Sebelum ini RM123,800)
Enjin 1.8 liter TGDi
DCT tujuh kelajuan automatik
6 SRS beg udara
Lampu hadapan LED dengan lampu siang (DRL)
Rim aloi 19 inci
Kerusi balutan kulit Nappa
8 inci infotaimen dengan navigasi online
9 pembesar suara dengan amplifier dan subwoofer
Kamera 360 darjah
Sistem pembersih udara
Tempat duduk penumpang dan pemandu mempunyai saluran penyaman udara
Kerusi berkuasa bahagian pemandu
Bukaan but berkuasa dengan bukaan pengesan pergerakan kaki
Front welcome lamps
Sistem pemantauan tekanan angin tayar
Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADA)
Tempat duduk penumpang hadapan berkuasa dengan butang boleh laras bahagian sisi kanan (boss switch)
Bumbung matahari panoramik*
Eksekutif Program Kenderaan Proton (kejuruteraan dan teknikal) Shariffudin Mustaffa ketika ditemui semasa sesi ujian pemanduan memberitahu Bernama, transmisi baharu ini mampu meningkatkan lagi kecekapan X70.
“Sistem 7-DCT, dengan tindak balas pecutan dan tenaga yang dipertingkatkan, membolehkan model baharu ini kemampuan pemanduan yang lebih baik. Klac berkembar basah juga menawarkan respons yang lebih lancar serta penukaran gear yang cepat, licin dan cekap termasuk kemampuan tork pemanduan pendakian,” kata Shariffudin, yang merupakan Ketua Projek Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) X70.
Pengeluaran SUV X70 CKD sedang berjalan dengan lancar di kilang Tanjung Malim, Perak. Kilang ini mampu menghasilkan 150,000 unit setahun kereta pelbagai model bersedia untuk menerima permintaan daripada rakyat Malaysia.
Untuk pengetahuan anda,Model SUV pertama X70 yang dibuat berdasarkan Boyue Geely, telah dipasarkan di Malaysia sejak hujung 2018 sebagai kenderaan CBU. Perkongsian Proton-Geely telah berjaya menjual hampir 29,000 unit CBU setakat ini.
Ini adalah pencapaian X70,SUV mewah paling popular dalam segmen C di Malaysia pada tahun lepas, telah dinamakan sebagai Kereta Terbaik Keseluruhan 2019 dan diiktiraf sebagai Kenderaan Lima Tempat Duduk Terbaik SUV/Crossover Sederhana pada anugerah Kereta Terbaik Malaysia Ke-18 pada bulan lepas.
Jangan lepaskan peluang untuk menempah PROTON X70 CKD 2020.Untuk maklumat lanjut tentang PROTON X70 CKD, layari portal Paultan.org
Tags: #4 VARIAN #CIRI-CIRI UMUM PROTON X70 CKD #KELAINAN MODEL PROTON X70 CKD #PERBANDINGAN HARGA PROTON X70 CKD VS CBU #PILIHAN WARNA BARU #SPESIFIKASI PERBEZAAN PROTON X70 CKD