PSU 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

PSU 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

PSU 2.0

APA ITU PSU 2.0?

Bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Pada 23 September 2020, bantuan PSU telah dilanjutkan untuk 3 bulan tambahan bagi majikan sedia ada yang sedang menerima PSU, manakala bantuan PSU selama 6 bulan bagi semua permohonan baru mulai Oktober 2020. Program ini dikenali sebagai PSU 2.0.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN MOHON PSU 

Berikut adalah  syarat kelayakan majikan untuk memohon PSU  dan faedah yang akan diterima:

Sila rujuk Jadual 1 seperti berikut:

PSU 2.0

SENARAI MAJIKAN TIDAK LAYAK MEMOHON PSU 

  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020;
  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 September 2020;
  • Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri;
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
  • Pekerja yang telah digajikan di bawah program PenjanaKerjaya (Hiring Incentive);
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers;
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate); dan
  • Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 2.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan ialah:

i. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan);

ii.Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja);

iii. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan;

iv. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan; dan

v. Akuan Pengisytiharan PSU2.0.

Kepada majikan yang mohon GKP 2.0, baca tentang TARIKH PEMBAYARAN/KEPUTUSAN PERMOHONAN  GKP 2.0 RM3000

SOALAN LAZIM PSU 2.0

Bilakah PSU mula berkuatkuasa?

Bermula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020.

Bilakah tarikh akhir permohonan PSU 2.0?

Tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Disember 2020.

Adakah majikan sedia ada yang sedang menerima PSU perlu mengemukakan permohonan yang baru untuk PSU 2.0?

Majikan sedia ada yang sedang menerima PSU wajib mengemukakan permohonan PSU  di Portal PRIHATIN prihatin.perkeso.gov.my bermula pada 1 Oktober 2020

Tags: #PSU 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    1. author

      muhammad najib bin ahmad muhajir10 months ago

      cara semakan kelayankan kepada perniaga yg baru mula

      Reply
    2. author

      Chuan Guan10 months ago

      Syarikat kami sudah dapat PSU pertama dan saya sudah lupa no. Rujukan itu,
      Bagaimana saya dapat no. Rujukan lama?

      Reply
    3. author

      syuhada10 months ago

      hye,,sy ad buat permohonan psu2.0 ..mcm mana nak tahu syarikat layak ke x nak terima psu 2.0…?bila byran akan masuk

      Reply
    4. author

      amutha sannumugam8 months ago

      salah lampirka ssm di PSU 2.0. bagaiman nak betulkan balik

      Reply
    5. author

      HANISAH BINTI SULONG8 months ago

      Saya ada buat permohonan PSU 2.0..bagaimana nak thu syarikat layak ke tidak?

      Reply
    6. author

      lim lee lee8 months ago

      Kepada yang berkenaan : Saya ada buat permohanan PSU2.0 .Macamana saya boleh tahu syarikat saya layak atau tidak ?Terima kasih

      Reply

    Leave a reply "PSU 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN"