PUNCA BAYARAN BSH 2020 KURANG:INI PENJELASAN LHDN

PUNCA BAYARAN BSH 2020 KURANG :INI PENJELASAN LHDN

PUNCA BAYARAN BSH 2020 KURANG

Nampaknya pelbagai reaksi yang dimuat naik oleh pemohon BSH 2020,ada yang gembira, keliru dan kurang berpuas hati kepada jumlah bayaran BSH Fasa 3.

Pembayaran BSH Tidak Seperti Yang Diharapkan?Berikut adalah penjelasan LHDN bagi menyelesai persoalan dan kekeliruan yang timbul dikalangan pemohon BSH.

KES 1 : STATUS BSH BERTUKAR

Tapi, ramai yang mula risau kerana status mereka di portal Bantuan Sara Hidup telah bertukar kepada sebaliknya.

Ini memberi tekanan kepada mereka yang sentiasa menunggu bantuan ini dan terus terusan bertanya mengenai status mereka.

Sejak selesai pembayaran FASA 2 sebelum ini, semua status penerima ditukarkan kepada “Kelulusan akan dimaklumkan” oleh pihak Bantuan Sara Hidup.

Selepas mendapat keterangan daripada pihak BSH, mereka maklumkan hal ini kerana TIDAK SEMUA penerima FASA 1 dan FASA 2 yang akan layak menerima FASA 3 ini.

Namun, rayuan akan dibuka dan kelulusan akan dipertimbangkan. Oleh itu, jangan risau sekiranya status kita bertukar kepada Tidak Lulus atau Tiada Rekod dan sebagainya.

Pada 7 Ogos nanti, rayuan akan dibuka dan kita boleh membuat permohonan rayuan.

Baca tentang CARA BUAT RAYUAN BSH 2020

KES 2 : PEMBAYARAN TAK SAMA WALAUPUN GAJI BAWAH RM2000

Kes yang berlaku di mana pembayaran BSH yang diterima tidak sama seperti yang dimaklumkan dan dijanjikan pihak BSH.

Setelah diteliti, terdapat beberapa kes dimana terdapat pengguna yang salah buat kiraan dan pengurangan daripada LHDN sendiri.

Ada pengguna yang mengharapkan jumlah yang diperolehi FASA 3 ini merupakan jumlah keseluruhan termasuk FASA 1 dan FASA 2 sedangkan SUDAH diterima sebelum ini.

Namun, bagi mereka yang layak, tetapi BELUM mendapat BSH di FASA 1 dan 2, akan diberikan SEKALIGUS.

KES 3: BAYARAN TAMBAHAN

Ada juga kes, di mana penerima mengharapkan bayaran tambahan dengan jumlah SETIAP anak yang mereka ada. Hakikatnya, bayaran tambahan untuk anak adalah untuk :

ANAK YANG LAYAK (Bawah 18 TAHUN)

4 ORANG ANAK SAHAJA (Maksima)

Tidak kurang juga bila mana ada yang memuat naik status tidak faham dengan kiraan, ada yang mengatakan bayaran berperingkat namun ternyata ia tidak benar sama sekali.

PUNCA BAYARAN BSH 2020 KURANG

CONTOH KES YANG DIRUJUK KEPADA LHDN

Ia dijelaskan bila mana salah seorang pengguna terus menghubungi pihak LHDN untuk mendapatkan jawapan.

“Teka teki saya dah terjawab. Pagi-pagi dah call LHDN. Tanya kenapa saya dapat BSH kurang. Kalau diikutkan gaji atas RM2000 (yang diterima). Sedangkan gaji bawah RM2000..

Rupa-rupanya LHDN ikut potongan KWSP. Sebab gaji husband campur elaun tetap dengan OT semua dah RM2600 (atas RM2k). Jadi dia ikut pendapatan kasar. Tak ikut basic dah. Sistem dah berubah. Apa-apa pun Alhamdulillah. Dapat Juga. Rezeki.”

Dengan penjelasan ini turut melegakan beberapa penerima lain yang hairan bila menerima pembayaran yang kurang dari kiraan asal.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Kepada yang mempunyai masalah-masalah lain, boleh hubungi pihak LHDN (BSH) yang mengendalikan kes Bantuan Sara Hidup ini.

Layari laman sesawang https://bsh.hasil.gov.my

Hubungi LHDN di hotline BSH (1-800-88-2747)

Pusat Hubungan Pelanggan BSN (1-300-88-1900)

 

Tags: #PUNCA BAYARAN BSH 2020 KURANG :INI PENJELASAN LHDN #STATUS BSH BERUBAH

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3:JANGAN LAKUKAN KESILAPAN INI SEMASA PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3: JANGAN LAKUKAN KESILAPAN INI SEMASA PERMOHONAN RAYUAN
    MyFutureAgro: PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinMyFutureAgro: PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN Programme ini bertujuan untuk
    PERMOHONAN BSH MAHASISWA 2020 RM100 SEBULAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BSH MAHASISWA 2020 RM100 SEBULAN Bagi Tahun 2020, Permohonan BSH Mahasiswa
    BORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN : INSENTIF KEPADA WARIS PENJAWAT AWAM
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN : INSENTIF KEPADA WARIS PENJAWAT AWAM Kerajaan Malaysia
    1. author

      Asrol3 weeks ago

      Pendapatan saya bawah rm2000,anak 4 orang bawah 18 thn.duit masuk rm830. Kurang rm240.mcm mn LHDN Kira.

      Reply
    2. author

      Rozaline3 weeks ago

      Pendapatan suami Saya bawah RM2000,anak 4 orang bawah 18 tahun.Duit masuk cuma RM580 sahaja..Apakah telah dipotong kerana KWSP??

      Reply
    3. author

      Ros3 weeks ago

      Gaji suami saya tak sampai rm1200.. komisen pun tgk dr hasil jualan.. sejak pkp nie paling tinggi pun gaji dpt baru rm1500 termasuk komisen.. x boleh lah nak ikut kan dr potongan kwsp.. sebab gaji yg diterima tak tetap.. kalau ade sale ade lah komisen kalau xde sale komisen langsung takde

      Reply
    4. author

      sharikhin3 weeks ago

      Gaji saya rm1700 sahaja..
      bekerja sorg shj..
      ank 2…tp duit masuk rm340 shj.
      xfhm mcmna kira.

      Reply
    5. author

      Ismail Bin Rahmat3 weeks ago

      Saya seorang pesara (Bersara tahun 2018) dan isteri tidak bekerja. Sepatutnya menerima utk fasa 3 rm600 tapi hanya terima rm100 saja. Tahun 2019 terima BSH rm1000.
      Mohon pencerahan sedangkan kawan yg status sama mcm saya dan pencen 2019 terima rm1100.

      Reply
      • author

        sabaruddin abd.kadir2 weeks ago

        gaji saya bawah rm2,000. bsh fasa 3 dpt rm220. kenapa dapat rm220?

        Reply
    6. author

      Ishak bin bidin2 weeks ago

      Adik saya duik nya tak masuk akaun .saya waris dia OKU mentel dia tak ada disini saya nak masuk akaun namanya di bank bagaimana

      Reply
    7. author

      Nordin Razali2 weeks ago

      gaji RM1200 basic total campur dgn elaun lebih kurang RM1700 kadang2 memang tak sampai pun.Anak 3 Orang dua masih Sekolah isteri tidak bekerja tetapi BSH kali ni cuma dapat RM340 sahaja .klu ikutkan pengiraan dapat RM720 itupun guna nama anak sekolah 1 orang saja.mcmna LHDN potong banyak sangat ye..x faham caranya.

      Reply
    8. author

      Ila2 weeks ago

      Sy pon xpaham..suami gaji pon xsampai 2000 kalau nak ikutkan pada gaji elaun n ot..xsampai jugak 2000 tapi BSH hanya dapat 460..anak 3 orang masih kecik semua.. Ikut pada kiraan ikut pada setiap anak pon xdapat..isteri xkerja.. Akan nak harapkan potongan dan kiraan kwsp suami isteri ??? Yang ada anak sorang dan potongan kwsp pon boleh dapat 1340.. Macam mana kiraan tu??

      Reply
    9. author

      Mohd zulkarnain1 week ago

      Gaji saya bawah rm2000..anak 2orang bawah 18tahun..dapat rm340..penambahan rm100 dan anak macam tak ada pun..bole bagi penjelasan?terima kasih

      Reply
    10. author

      IDRIS BIN ISMAIL4 days ago

      kesal…dulu bpn tkda rekod boleh buat permohonan baru…tapi kali ni bsh3 …tiada rekod …tiada permohonan baru…camna nk buat rayuan….permohonan bsh dtutup bukan mac tuhari…layak pun tkde harapan..nk buat rayuan…

      Reply

    Leave a reply "PUNCA BAYARAN BSH 2020 KURANG:INI PENJELASAN LHDN"