RANCANGAN MALAYSIA KE-12

RANCANGAN MALAYSIA KE-12

RANCANGAN MALAYSIA KE-12

RANCANGAN MALAYSIA KE-12

PENGENALAN RANCANGAN MALAYSIA KE-12

Dasar dan strategi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan digubal berasaskan kepada tiga dimensi, iaitu pemerkasaan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan kejuruteraan semula sosial.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, RMK-12 adalah kesinambungan kepada pelan-pelan pembangunan yang lepas yang akan digubal berasaskan ‘Kemakmuran Bersama’ yang akan menjadi garis panduan kepada pembangunan jangka panjang.

Beliau berkata, dimensi-dimensi itu akan saling melengkapi antara satu sama lain ke arah mencapai model pembangunan baharu berasaskan kemakmuran bersama, sejajar dengan usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan lestari menjelang 2030.

Dimensi-dimensi ini akan ditunjangi oleh prinsip-prinsip kerajaan diperkukuh dan alat-alat dasar baharu,” katanya ketia melancarkan Pemantauan Terkini Ekonomi Malaysia oleh Bank Dunia dan pelancaran persidangan permulaan RMK-12.

Baca tentang : https://kekandamemey.com/bilakah-tarikh-penebusan-awal-gantian-cuti-rehat-2020.html


KONSEP PENTING DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE-12

KONSEP WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030(WKB 2030) merupakan hala tuju ekonomi negara bagi tempoh 10 tahun bermula 2021-2030.

Ia adalah kelangsungan kepada Wawasan 2020, mengambil kira keadaan semasa dan jangkaan keadaan yang berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Wawasan Kemakmuran Bersama dicadang dan dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Masa Depan Malaysia (MASA) pada September 2018.

Kementerian Hal-Ehwal Ekonomi telah dipertanggungjawab untuk melengkap dan menyediakan WKB 2030. WKB 2030 dimulakan seiring dengan Belanjawan Kemakmuran Bersama 2020 akan menjadi titik permulaan supaya ia dapat dilaksana sepenuhnya dalam Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13 kelak.

Wawasan ini akan diterjemahkan kepada strategi dan tindakan yang akan dijajarkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 yang akan diumumkan.

WKB 2030 menetapkan 3 objektif utama iaitu:

-Pembangunan untuk semua bagi mewujudkan ekonomi yang distruktur semula, progresif, berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat yang menyeluruh di semua peringkat.

-Menangani jurang kekayaan dan pendapatan supaya rakyat yang ketinggalan dapat dibawa bersama dalam arus kemajuan negara, nasib mereka terbela dan keupayaan ekonomi mereka diperkasakan.

-Negara bersatu, makmur dan bermaruah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia

EKONOMI BIRU DAN EKONOMI HIJAU

Ekonomi Biru bakal menjadi satu cabang baru kajian di bawah Projek Kajian Kemungkinan kendalian Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Menterinya, Mohamed Azmin Ali berkata menyedari potensi cabang ekonomi tersebut dan berdasarkan keluasan perairan Malaysia, kementerian tersebut telah mengambil keputusan untuk memberi fokus lebih mendalam kepada cabang Ekonomi Biru.

Projek Kajian Kemungkinan ini melibatkan pelaksanaan pelbagai kajian kemungkinan yang disambung dan baru, dilaksanakan oleh kementerian dan agensi berkaitan bagi membantu menyediakan input dalam merancang pembangunan sosioekonomi negara serta input dalam penyediaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) 2021-2025.

Pada 2020, terdapat 10 kajian sambungan dalam pelbagai peringkat pelaksanaan diteruskan. Azmin berkata, antara kajian berkenaan ialah kajian Industri 4.0, kajian teknikal dan dan komersial, hala tuju projek keretapi laju KL-Singapura, kajian penyelarasan padi dan beras negara, serta kajian peralatan perkhidmatan minyak dan gas.

Menurut Bank Dunia, Ekonomi Biru merangkumi pelbagai aktiviti seperti industri perikanan, tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan maritim, pengurusan sisa, pelancongan dan perubahan iklim.

Justeru, Ekonomi Biru bermaksud penggunaan sumber laut secara mapan untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan taraf hidup dan pekerjaan, di samping menjaga kemakmuran dan kesihatan ekosistem laut.

Konsepnya berkait rapat dengan Ekonomi Hijau yang ditakrifkan sebagai ekonomi bermatlamat untuk mengurangkan segala risiko ke atas alam sekitar serta mencapai pembangunan mapan tanpa mengganggu gugat persekitaran.

PANDANGAN TIMBALAN KETUA PENGARAH KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI  TENTANG RANCANGAN MALAYSIA KE-12

Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Zakiah Jaafar berkata rancangan itu sedang dirangka dan akan selaras dengan inisiatif ‘Kemakmuran Bersama 2030’ Pakatan Harapan, serta Matlamat Pembangunan Lestari PBB.

Dan untuk kali pertama dalam sejarah rancangan Malaysia, kelestarian alam sekitar akan menjadi tumpuan utama.

“Apa yang terjadi di Pasir Gudang, di Sungai Kim Kim tidak boleh diterima… Kita pembawa pencemaran marin kelapan paling buruk di dunia, kita membunuh hidupan liar kita. Apa yang kita akan warisi kepada generasi seterusnya?

“Kali ini, kita akan sangat serius dan meletakkan kelestarian alam sekitar setahap dengan dimensi ekonomi,” katanya dalam simposium yang diadakan di Parlimen itu.

Beberapa bulan lalu, sekolah di Pasir Gudang terpaksa ditutup sementara selepas pelajar mula jatuh sakit akibat pencemaran kimia di Sungai Kim Kim di sanan.

Berdasarkan slaid pembentangan Zakiah, dimensi kelestarian akan merangkumi inisiatif pengurangan perubahan iklim, pengurusan risiko bencana, skim insuran risiko bencana dan cukai karbon.

Selain soal itu, Rancangan Malaysia ke-12 juga akan merangkumi dimensi pemberdayaan ekonomi dan perekayasaan semula sosial (social re-engineering), kata Zakiah.

Dimensi pemberdayaan ekonomi antara lain akan menumpukan soal memacu ekonomi digital, reformasi sektor pertanian, menggiatkan semula Cyberjaya dan mewujudkan struktur cukai dan fiskal yang lebih progresif.

Perekayasaan semula sosial akan memerlukan tumpuan untuk meningkatkan modal sosial, kepaduan sosial dengan menangani kemiskinan bandar, mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik dan merapatkan jurang pendapatan, terutama di kalangan golongan B40 dan M40.

Ia juga antara lain merancang untuk menjamin pendidikan awal kanak-kanak untuk semua warga Malaysia dan “sistem sokongan kewangan berstruktur” untuk pelajar.

Zakiah berkata Rancangan Malaysia ke-12 – yang akan menjadi panduan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025 – akan digunakan untuk menuju matlamat yang dinyatakan dalam inisiatif Kemakmuran Bersama 2030.

SESI LIBAT URUS PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE-12 (RMK12)

Tujuan sesi ini adalah untuk mendapat pandangan semua kerajaan negeri untuk rangka RMKe-12. Selain itu ,sesi ini juga bagi merangka pelan lima tahun (2021-2025) yang inklusif.

Maklum balas semua kerajaan negeri itu penting khususnya pembabitan semua agensi berkaitan, pihak industri, akademik serta badan bukan kerajaan (NGO), untuk memacu pelan lima tahun kerajaan yang lebih mampan.

Mendapatkan pandangan dan maklum balas semua pihak berkepentingan supaya sesuatu dasar dapat dibuat bukan hanya berasaskan pendekatan ‘top down’ (bermula dari peringkat tertinggi) tetapi juga ‘bottom up’ (bermula dari akar umbi).

RMKe-12 ini akan dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga tahun 2020 untuk dilaksanakan bagi tempoh 2021-2025.

Berikut adalah ringkasan sesi libat urus yang melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia dalam merancang ekonomi untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) :

SARAWAK :  Sektor pelancongan, pertanian moden, pendidikan dan pembangunan infrastruktur menjadi fokus utama

  • Sektor pelancongan, pertanian moden, pendidikan dan pembangunan infrastruktur menjadi fokus utama kerajaan Sarawak untuk dibangunkan secara agresif dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
  • Penekanan terhadap empat sektor utama itu, Sarawak mampu mencapai matlamat muncul sebagai negeri maju menjelang 2030.
  • Sektor pelancongan dan perkhidmatan akan diberi peruntukan lebih tinggi di bawah dasar ekonomi digital dalam RMK-12.
  • Memberi perhatian utama kepada pembangunan pertanian moden dan infrastrukturnya, kemudahan jalan raya, bekalan air dan jambatan serta pendidikan dengan fokus kepada aspek latihan
  • Kerajaan juga sedang berusaha menyediakan jaringan internet 5G selaras dengan dasar ekonomi digital.
  • Menjelang 2021, Sarawak akan mempunyai kemudahan capaian internet dengan kelajuan 5G selaras dengan dasar ekonomi digital kita yang menyediakan landasan terbaik untuk generasi masa depan Sarawak

 

MELAKA : PEMBANGUNAN Infrastruktur, Ekonomi Atau Kelestarian Negeri

Melaka mempunyai agenda pembangunan tersendiri baik dari segi infrastruktur, ekonomi atau kelestarian negeri dan antara isu yang akan diberi tumpuan utama dalam RMKe-12 ialah kesesakan lalu lintas, bekalan air, kesihatan dan pembangunan pelabuhan.

SELANGOR : TUMPU TINGKAT INDUSTRI IMPAK TINGGI

  • Cadangan untuk mempertingkatkan industri berimpak tinggi, jaringan jalan raya dan lebuh raya, capaian internet di bandar dan luar bandar selain penyediaan sumber manusia yang menepati permintaan industri.
  • Mengenal pasti lima industri utama di Selangor yang memerlukan sinergi antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.Lima industri utama itu adalah sains hayat, jentera dan kejuruteraan, elektrik dan elektronik, makanan dan minuman serta pengangkutan dan peralatan.
  • Kerajaan Negeri Selangor berharap beberapa inisiatif dan projek antaranya seperti penggantian paip air di kawasan Bio Bay di Pulau Indah, penyelesaian kepada pemilikan rumah mampu milik, peningkatan kapasiti jalur lebar di seluruh Selangor, beberapa projek pengurusan banjir termasuklah Pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir dan Subang Airport Regeneration 2025.

JOHOR : PELAN PEMBANGUNAN MAMPAN JOHOR

  • Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 adalah dokumen rujukan komprehensif untuk memacu pemerkasaan ekonomi yang dinamik dan memastikan kesejahteraan sosial.Pelan ini juga dijangka mampu memperkukuhkan perancangan pelan pembangunan RMKe-12.
  • Pelan pembangunan ini bertemakan ‘Negeri Johor Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari’.
  • ​Kerajaan negeri berhasrat melonjakkan Johor menjadi sebuah kuasa ekonomi yang disegani di peringkat nasional dan global, selain memberi penekanan kepada pembangunan modal insan yang progresif, berinovasi dan bestari.
  • Johor terus berusaha menarik lebih ramai pelabur asing dari seluruh dunia.
  • Program keusahawanan digital diperkenalkan dan diperluaskan.
  • Kerajaan Johor berhasrat untuk menjalankan program pembangunan wilayah yang lebih strategik.

PULAU PINANG : Mempelbagaikan Sektor Ekonomi Dan Melaksanakan Projek-Projek Berimpak Tinggi

  • Meneruskan usaha untuk mempelbagaikan sektor ekonomi dan akan bersama-sama dengan Pusat untuk melaksanakan projek-projek yang berimpak tinggi.
  • Cadangan untuk menaik taraf beberapa hospital kerajaan termasuk Hospital Sungai Bakap.

 

SABAH : Melaksanakan Beberapa Projek Pemboleh Daya Berimpak Tinggi

  • Kerajaan Sabah akan melaksanakan beberapa projek pemboleh daya berimpak tinggi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi melonjakkan pembangunan negeri ini.
  • Projek meliputi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang baharu.
  • Projek jana kuasa elektrik baharu di pantai timur Sabah, empangan air Papar, infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sistem pengangkutan awam untuk jangka panjang serta kemudahan penyejukan makanan segar.
  • Memperkasa usaha memaju dan membangunkan pemboleh daya sebagai pemangkin pembangunan yang diperlukan supaya kekayaan sumber asli dimanfaatkan sepenuhnya.
  • Memperkasa pelaksanaan projek pembangunan berimpak tinggi sedia ada seperti Pan Borneo dan pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar.
  • Membesarkan Lapangan Terbang Tawau dan Lahad Datu yang sudah mencapai kesesakan maksimum.
  • Mempergiatkan pertumbuhan sektor ekonomi utama negeri, khususnya pelancongan, pertanian, pembuatan dan perlombongan.

 

KELANTAN : Pembangunan Ekonomi Rentas Sempadan

Kerajaan turut memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi rentas sempadan melibatkan Kelantan dengan Thailand. Dalam hal ini, platform dua hala dan kerjasama serantau Strategi Pembangunan Bersama Kawasan Sempadan (JDS) Malaysia–Thailand dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) akan terus dimanfaatkan bagi pembangunan Kelantan.

NEGERI SEMBILAN : Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan 2019-2040

Malaysian Vision Valley (MVV) yang meliputi dua daerah utama iaitu Seremban dan Port Dickson, serta Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan 2019-2040 yang memberi tumpuan kepada daerah Rembau, Tampin, Jempol, Jelebu dan Kuala Pilah.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Rancangan Malaysia Ke-12, layari https://www.mea.gov.my/

Tags: #EKONOMI BIRU #EKONOMI HIJAU #JOHOR #KELANTAN #KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI #MELAKA #NEGERI SEMBILAN #PULAU PINANG #RANCANGAN MALAYSIA KE-12 #SABAH #SARAWAK #SELANGOR #SESI LIBAT URUS #Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN APA ITU GKP 2.0 Bantuan
    GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN Bagi anda yang ingin
    CARA KEMASKINI BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA KEMASKINI BPN 2.0 Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan
    CARA DAFTAR BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA DAFTAR BPN 2.0 Jika anda tidak pernah buat permohonan BPN pertama

    Leave a reply "RANCANGAN MALAYSIA KE-12"