RAYUAN BSH FASA 3: PERMOHONAN ONLINE/BORANG MULAI 7 0G0S 2020

RAYUAN BSH FASA 3: PERMOHONAN ONLINE/BORANG MULAI 7 0G0S 2020

RAYUAN BSH FASA 3

Rayuan BSH Fasa 3 bagi tahun 2020 akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September ini.

Berdasarkan makluman oleh Kementerian Kewangan Malaysia, pembayaran BSH Fasa 3 bagi tahun 2020 bagi permohonan yang lulus telah bermula pada 24 Julai 2020.

Ramai yang ingin mengetahui tentang tarikh bayaran i-LESTARI BULAN SEPTEMBER

Manakala cara pembayaran pula dibuat secara pengkreditan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan dan secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Bayaran BSH Fasa 3 ini dibuat kepada penerima yang layak berdasarkan kategori BSH 2020 merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH yang akan diterima.

Adakah anda telah buat SEMAKAN STATUS PENGELUARAN & JADUAL PEMBAYARAN i-LESTARI KWSP,ada butiran penting yang perlu anda tahu untuk bulanan ini dan akan datang.

Jika anda gagal mendapatkan Bantuan Sara Hidup dan ingin membuat rayuan BSH Fasa 3, sila rujuk info berkaitan tarikh permohonan, syarat kelayakan serta langkah-langkah membuat rayuan.

Rupanya bukan semua kod tidak lulus BSH 2020 dibenarkan membuat rayuan, baca PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 YANG DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3

Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka pada tarikh berikut:

TARIKH RAYUAN BSH FASA 3 DIBUKA: 7 Ogos 2020

TARIKH AKHIR RAYUAN BSH FASA 3: 6 September 2020.

Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Untuk perhatian, permohonan rayuan secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja.

Jika anda gagal BSH,sila rujuk KOD TIDAK LULUS BSH 2020 untuk memudahkan anda sediakan dokumen sokongan untuk buat rayuan nanti

CARA PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020

Anda boleh membuat Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 seperti berikut:

  1. Permohonan Rayuan Online (Secara Dalam Talian)

Permohonan rayuan BSH online boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja.

Permohonan Rayuan BSH 2020 dengan mengikuti langkah berikut:

Pergi ke Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bsh.hasil.gov.my

Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 7 Ogos 2020)

Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.

Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.

NOTA: Rayuan secara online juga boleh dibuat melalui Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit.

  1. Permohonan Rayuan Secara Manual Melalui Borang

Borang Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh didapati secara percuma di:

  • Portal Rasmi BSH LHDNM; atau
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Nak buat rayuan BSH? Pastikan DOKUMEN RAYUAN BSH 2020 lengkap dan berkaitan. Semak juga jadual pembukaan kaunter rayuan BSH 2020.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BSH 2020

Untuk makluman pemohon yang ingin membuat rayuan, kategori yang layak bagi permohonan BSH 2020 adalah seperti berikut:

ISI RUMAH 

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Bujang (termasuk OKU) Berumur 60 tahun dan ke atas

BUJANG

Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan

Had umur:

  • 40 tahun dan ke atas; atau
  • 18 tahun dan ke atas bagi kategori OKU

SEMAKAN STATUS RAYUAN BSH FASA 3

Tarikh semakan status rayuan BSH Fasa 3 ini akan dimaklumkan oleh pihak LHDN selepas tarikh tutup rayuan, iaitu 6 September 2020.

Semakan Status permohonan Rayuan BSH Fasa 3 2020 boleh dibuat seperti berikut:

  • Portal Rasmi BSH LHDNM
  • Semakan secara Aplikasi Mobile BSH
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Talian MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang makluman lanjut berkenaan Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh diperolehi pada Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my).

Pemohon dinasihatkan untuk ELAKKAN daripada mengisi apa-apa borang atau mendapatkan makluman daripada laman web yang tidak diketahui kesahihan atau melalui panggilan telefon bagi mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jika ada sebarang kemusykilan, sila hubungi talian berikut untuk mengajukan soalan:

HOTLINE BSH : 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

HOTLINE MoF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

E-mel: [email protected]

Alamat surat-menyurat:

Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 WP Putrajaya.

Sila follow Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mendapatkan update terkini dan maklumat sahih tentang Bantuan Sara Hidup.

Tags: #CARA PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 #RAYUAN BSH FASA 3 #SEMAKAN STATUS RAYUAN BSH FASA 3 #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BSH 2020 #TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    1. author

      BAVANI A/P SAMY11 months ago

      Sayu baru buat permohonan BSH..

      Reply
    2. author

      MUHD FIDA'IY BIN SAMSUDIN11 months ago

      status dalam proses bermaksud apa??tidak lulus atau perlu buat permohonan lagi…

      Reply
    3. author

      TALIB A/L JAYA11 months ago

      Saya merayu pihat dalam lhdn supaya boleh membantu masyarakat orang asli

      Reply
    4. author

      Mohd Fairuz bin ahmad11 months ago

      Kena apa tak lulus saya bukan ada ssm pun macam mana boleh ada

      Reply
    5. author

      NOR AFIQAH HANANI BINTI DAUD11 months ago

      Takde permohonan

      Reply
    6. author

      DONALD TAHIR11 months ago

      Kenapa sa x dapat bantuan bsh

      Reply
    7. author

      pauziah11 months ago

      Kenapa sy tak lulus bsh…sedang kan brim sy lulus yg berkeluarga…walaupun sy status bujang tapi sy ada anak kandung 3org…cuma anak sy smua tak sah taraf je…

      Reply
    8. author

      MOHAMMAD RIZAL BIN JONEH11 months ago

      Saya pasal nak Cek Online ni pon tak reti.. Itu pon suruh kan kawan.. Kata ikut LHDN BPN dpt BSH dpt dia akan Auto msk dlm acoun.. Bila cek status dlm Proses.. Cek lagi Tidak LULUS 😔

      Reply
    9. author

      Fairull ezman bin muhamad suhardi11 months ago

      Pemohonan baru

      Reply
    10. author

      Yazid bin abu bakar11 months ago

      Kenape saya tidak lulus BSH SEDANG KAN AWAL DULU MASA KERAJAAN BRIM DEGAN KERAJAAN PH SAYA DAPAT…KANPA SEKARANG NI SAYA XDAPAT SAYA SUDAH BERKAHWIN….SAYA MEYAWA…KERETA SAYA BAYAR…ISTERI SAYA KERJA..GAJI PON CUKUP MAKAN…SAYA MERAYU..SAYA HARAP PIHAK TUAN PERTIMBAGKAN LAH RAYUAN SAYA NI ..

      Reply
    11. author

      michelle11 months ago

      sy bujang x kerja lagi..tapi dia tulis kod 05 maksud dia sy da income lebih dri 4000..cm na blh bgtu..lucu gak sy tengok ni bsh ni..keja pn tiada..

      Reply
    12. author

      Nasir bin abdi11 months ago

      Ee

      Reply
    13. author

      Mughni11 months ago

      Sy tidak lulus kod 29 perlukan sijil penceraian, perlu copy dan hadir untuk hntar ke pejabat LHDN ke

      Reply
    14. author

      Keri anak mujing11 months ago

      Alasan tak lengkap.

      Reply
    15. author

      Drimah binti Abu Bakar11 months ago

      Permohonan BSH tiada rekod ni bermkna kena mohon baru la ya.

      Reply
    16. author

      Khamarul bin saleh11 months ago

      Saya oku tetapi Permohonan saya tak lulus krana saya Ada SSM,saya daftar ssm atas sebab percuma saya tidak Ada perniagaan apa2 pun, bagaimana Cara saya ingin membuat rayuan Permohonan secara online.

      Reply
    17. author

      Radzlan11 months ago

      Kenapa ketegori bujang tidak dapat bantuan.. masa pkt tu ramai yang hilang pekerjaan sudah,, sampai sekarang masih menacari2 lagi ada yang sampai dapat tahu ketegori bujang tidak layak dapat bantua ada yang terpaksa buat pinjaman ahlong,, yang Ahlong pun masa2 macam ini diaorang ambil kesempatan promo pinjaman beselerak iklan diaorang tu di media social,😒 sedih tengok😟

      Reply
    18. author

      kamil bin eusli11 months ago

      Fasa 3 saya tak lulus

      Reply
    19. author

      Hassan Bin Lani11 months ago

      Memerlukan Borang Rayuan BSH Fasa 3 Permohonan online/ code 7

      Reply
    20. author

      Saifullah10 months ago

      Nak tanye hari tu sy dah buat permohonan rayuan…guna borang..lepas tu hanta ke LHDN..sampai skarang blum ada jwapan pun..knape ye….

      Reply
    21. author

      Letchumi devi8 months ago

      Rayuan bsh fasa 3 cod nombor 34

      Reply
    22. author

      Yoges8 months ago

      Nak buat kemaskini

      Reply
    23. author

      Norhazilan bin aini7 months ago

      Rayuan bsh fasa3 permohonan online

      Reply

    Leave a reply "RAYUAN BSH FASA 3: PERMOHONAN ONLINE/BORANG MULAI 7 0G0S 2020"