RAYUAN GKP 2.0 TARIKH BAYARAN 5 FEBRUARI 2021

RAYUAN GKP 2.0:TARIKH BAYARAN 5 FEBRUARI 2021

RAYUAN GKP 2.0

Kepada yang gagal GKP 2.0 dan telah membuat permohonan rayuan Geran Khas Prihatin bermula 7 Disember hingga 21 Disember 2020.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tarikh pembayaran Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) akan mula dibayar kepada penerima mulai 5 Februari 2021 sebanyak RM3,000.

Kerajaan telah membuat semak silang dengan data agensi ditetapkan kerajaan sehingga 31 Ogos 2020, termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM),Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) dan Lembaga Hasi Dalam Negeri Malaysia(LHDNM)

Kepada yang nak buat rayuan GKP 2.0, Sila rujuk PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0:SENARAI DOKUMEN RAYUAN GKP 2.0

Siapa Yang Layak GKP 2.0?

Secara asasnya, bantuan ini hanya untuk usahawan yang belum menerima GKP sebelum ini.

Lain-lain syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Masih aktif menjalankan perniagaan
  3. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  4. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik

Selain itu, pemohon mestilah berdaftar dengan beberapa agensi berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GKP 2.0

Kepada yang belum membuat semakan,pemohon boleh membuat semakan status permohonan mulai 27 November di gkp.hasil.gov.my

TARIKH BAYARAN GKP 2.0

Pembayaran akan dibuat bermula 30 November secara one-off sebanyak RM3,000.

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun yang telah didaftaran semasa proses permohonan dibuat. Akaun bank yang didaftarkan mestilah masih aktif.

TARIKH RAYUAN GKP 

Bermula 7 hingga 21 Disember 2020

SOALAN LAZIM  GKP 2.0

Bilakah tarikh bayaran GKP 2.0?

Bermula 30 November 2020

Bilakah tarikh semakan GKP 2.0?

Bermula 27 November 2020

Adakah boleh buat rayuan jika gagal?

Ya,boleh buat rayuan

Bilakah tarikh rayuan Geran Khas Prihatin  2.0?

Bermula 7 hingga 21 Disember 2020

Bilakah tarikh semakan kelulusan rayuan Geran Khas Prihatin 2.0?

Bermula 4 Februari 2021.

Bilakah tarikh bayaran rayuan Geran Khas Prihatin 2.0?

Bermula 5 Februari 2021.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sekiranya terdapat pertanyaan lain tentang GKP 2.0, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi dan media sosial LHDNM.

 

20 thoughts on “RAYUAN GKP 2.0 TARIKH BAYARAN 5 FEBRUARI 2021”

  1. bagaimana nk buat rayuan bpn sblm ni oernah trimabpn bsh pon x dpt dmsdgkn gji isi rumh di dknmekebihi 3500sbln

    Balas
  2. Saya harap pihat Tuan/ Puan dapat merpertimbangkan massalah saya ini. Saya sangat memerlukan. Saya buat Rayuan Gkp 2.0 kerana saya tak lulus saya mohon sekali lagi tolong lah bantu saya. Saya dah tak ada sesiapa lgi yang ingin membantu bila saya susah. Saya berharap sangap.

    Balas
  3. Harap pihak tuan /puan blh faham keadaan kami ,kami memang perlukan bantuan ini,harap tuan puan blh Masuk wang kepada kami sekian terima kasih

    Balas
  4. mcmne nak semak atau nak tahu samada lulus ke tidak rayuan 2.0 GKP tu..rayuan pun sudah di buat. da bulan Januari 2021..Tiada apa2 maklum balas pun..Call centre selalu bz saja line..cuma untuk makluman kami saja.
    mohon bg maklum balas segera bole..tidak la kami menunggu da mengharap sesuatu yg tak pasti

    Balas
  5. mcmne nak semak atau nak tahu samada lulus ke tidak rayuan 2.0 GKP tu..rayuan pun sudah di buat. da bulan Januari 2021..Tiada apa2 maklum balas pun..Call centre selalu bz saja line..

    Balas
  6. Dah semak status rayuan gkp 2.0…Masih jugak TIDAK LULUS…Alasan dokumen TIDAK menepati syarat….Sedangkan dokumen sya dah sertakan dlm rayuan tu….Apa masalah nya lagi…Sya berniaga pn teruk hampir nk tutup Kedai dah ni…TO LONG LA AMBIL PERHATIAN SIKIT ….

    Balas
  7. Sbelum ni saya dapat bantuan. dari kerajaan. skrg ni gagal kerane no tlfn saya dah kene curi. semua saya lupe.. id

    Balas
  8. Saya dkhendaki mmohon bntuan rayuan GKP setelah tidak lulus bntuan GKP 2.0..dengan alasan sy berdaftar dgn ssm selepas 31 ogos2020 sepertiny alasan tak logik sebab ssm saya tamat tempoh dan harus diperbarui pada bulan november 2020.. Sy sgt kecewa dan sedih dgn keputusan tersebut seperti tidak logik dan berharap pihak berwajib dapat menyemak semula rayuan GKP sy ni sebab sy sgt memerlukan..

    Balas

Leave a Comment