RAYUAN & SEMAKAN DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

RAYUAN & SEMAKAN DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS

​​​​​Bagi membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar berikutan kesan penularan wabak COVID-19, Kerajaan telah bersetuju untuk pemberian diskaun bil elektrik sebanyak 15% kepada enam (6)  kategori perniagaan terpilih bagi penggunaan elektrik dari tempoh 1 April 2020 sehingga 30 September 2020.

​Pemberian diskaun 15%  ini telah diumumkan pada 27 Februari 2020 semasa pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Negar​​a 2020 (PRE 2020).

​Diskaun 15% ini melibatkan kira-kira 10 ribu pemilik akaun daripada enam (6) kategori perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan sahaja iaitu:

(i)            pengendali hotel;

(ii)           agensi pengembaraan dan pelancongan;

(iii)          kompleks membeli-belah;

(iv)          pusat konvensyen;

(v)           taman tema; dan

(vi)          pejabat syarikat penerbangan tempatan

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19 disini

CARA MEMBUAT RAYUAN DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

Pengguna di bawah 6 sektor perniagaan terpilih yang tidak tersenarai dalam senarai awal yang disahkan oleh Kerajaan, boleh mengisi borang rayuan dan mengemukakan permohonan rayuan yang lengkap kepada pembekal elektrik masing-masing (TNB/ SESB/ SEB) sehingga 31 Mei 2020. Selepas tarikh tersebut, sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

BORANG RAYUAN DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS

Muat turun borang rayuan disini

Walau bagaimanapun pemberian diskaun bil elektrik ini dihadkan kepada pengguna yang memiliki tarif jenis perdagangan sahaja. Pihak pembekal elektrik akan membuat semakan silang bagi memastikan pengguna menepati kriteria yang ditetapkan dan adalah layak untuk  dipertimbangkan. Seterusnya pembekal elektrik akan memajukan permohonan tersebut kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli untuk pengesahan dan kelulusan lanjut. Pengguna yang berjaya layak menikmati diskaun bil elektrik bermula pada 1 April sehingga 30 September 2020 selaras dengan pengumuman oleh pihak Kerajaan. Pengguna boleh menyemak status kelayakan diskaun 15%  di laman web http://www.ketsa.gov.my/semakandiskaunbilelektrik15PRE2020/ dari masa ke semasa.

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Sila pastikan setiap borang permohonan disertakan bersama-sama dengan dokumen sokongan yang lengkap seperti berikut:

  • Salinan Borang 9 (Borang Pendaftaran Syarikat)
  • Salinan Lesen Perniagaan yang sah tempoh; dan
  • Salinan bil elektrik.
  • Muat turun borang permohonan di SINI ​​​

PERHATIAN​: Permohonan rayuan hanya dibenarkan sehingga 31 Mei 2020, selepas tarikh tersebut sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.​

Mohon dimajukan borang yang telah dilengkapkan secara e-mel kepada:

TNB: [email protected]  / Kedai Tenaga (selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan)

SESB : [email protected] / Pejabat SESB (selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan)

SEB : [email protected]

Berikut adalah maklumat berkaitan diskaun yang diberikan oleh syarikat tenaga :

TNB

DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS
SESB

DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS
SEB

DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

​Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut  berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) boleh berhubung dengan :

(a)       Talian hotline myGCC 03-8000 8000

(b)       Talian hotline Sekretariat PRE2020 03-8882 9089

(c)       Talian hotline TNB 1-300-88-5454

(d)       Talian hotline SESB 088-515 000

(e)       Talian hotline SEB 1-300-88-3111​​

Tags: #6 kategori perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan #BORANG RAYUAN DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS #CARA MEMBUAT RAYUAN DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS #RAYUAN & SEMAKAN DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19 #SEMAKAN STATUS KELAYAKAN DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)   APA ITU JABATAN HAL
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100 SEHARI
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN   Untuk makluman,Majlis Agama Islam
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)   APA ITU MySPR

    Leave a reply "RAYUAN & SEMAKAN DISKAUN 15% ENAM SEKTOR YANG TERJEJAS EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19"