REGISTER LOGIN MYFUTUREJOBS:PORTAL CARI PEKERJAAN(myfuturejobs.gov.my)
Adakah anda sedang mencari pekerjaan? Selain dari membuat permohonan melalui SPA, anda juga boleh membuat permohonan mencar pekerjaan melalui MyFuture Job. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU MYFUTUREJOBS?
MYFutureJobs adalah portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Ianya dilancarkan susulan program PenjanaKerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.
Bagaimanakah cara untuk register login portal MyFutureJobs?
REGISTER MYFUTUREJOBS(JOB SEEKER)
Kepada pencari kerja,anda boleh buat pendaftran mencari pekerjaan melalui portal Myfuturejobs:
- Layari portal MYFutureJobs
- Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin (Sila view as desktop atau menggunakan komputer sekiranya butang tersebut tidak muncul)
- Dalam paparan seterusnya, klik butang ‘Register’
- Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register’
- Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.
LOGIN PORTAL MYFUTUREJOBS
Berikut adalah cara log masuk ke portal MyFutureJobs:
- Layari portal MYFutureJobs
- Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
- Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari
REGISTER MAJIKAN MYFUTUREJOBS(EMPLOYER)
Jika anda sebagai majikan dan ingin mengiklankan jawatan kosong, berikut adalah cara untuk daftar majikan di portal MYFutureJobs:
- Layari portal MYFutureJobs
- Klik ‘Employer Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
- Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register Here’
- Isikan butiran syarikat dan klik ‘Send For Approval’
- Maklumat berkaitan akaun syarikat telah disahkan oleh MYFutureJobs akan dihantar dan diterima oleh syarikat
SOALAN LAZIM REGISTER LOGIN MYFUTUREJOBS
Macam mana cara nak daftar cari kerja di portal MyFutureJobs?
Anda boleh buat pendaftaran mencari pekerjaan di portal MyFutureJobs.Rujuk artikel di atas.
Apa kelebihan portal MyFutureJobs?
Portal ini membantu anda mengatasi isu ketidaksepadanan dalam penawaran dan permintaan pekerjaan, meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpasaran dalam kalangan pencari kerja tempatan.
Jika saya sebagai majikan dan bolehkah saya iklankan pekerjaan di portal MYFutureJobs,bagaimana caranya?
Boleh,sila rujuk artikel diatas untuk mendaftar.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan panduan penggunaan portal MyFutureJobs,sila layari laman web rasmi PERKESO
Emel : [email protected]
Talian : 03-8091 5300 / 1-300-22-8000
Saya kehilangan kerje kerana majikan tidak membyar gaji
I m here wanna share my experience ..I m Chinese Muslim so much grateful ..I m looking for a future job hopefully match ..I m interest all kind of healthy issue..I have left my job recently for Ramadhan month..I hope to have job who respect Muslim praying time go for 5 time prayer..thank you if any employer/Boss would respect give this opportune..
bagaimana nk ubah butiran syarikat jika tersalah isi atau email salah
Saya masih tidak dapat keja tetap lagi dan saya seorang pengangur sebab adek saya sakit ayah saya penat
Saya tidak bekerja lagi,sebab pkp
Saya tidak bekerja lagi,sebeb pkp
Saya hilang pendapatan sbb pkp..lagi nak daftar myfuturejob pun xtau mcm mana
Sy lupa password di myfuturejob isi xnaik di email. Tlong bntu sy, sy sngat memerlukan pkerjaan
Sama la kita paswork lupa dn nk buat balik yg baru arahan xnaik e-mail