REGISTER [email protected] MITI PEMERKASA:INSENTIF POTONGAN CUKAI RM50,000
Kepada syarikat di Malaysia yang layak disarankan untuk register program [email protected] MITI yang telah diperkenalkan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).
Hal ini penting bagi memastikan operasi perniagaan dan perkilangan dapat terus berjalan dalam masa yang sama mengawal penularan COVID-19 di tempat kerja.
Program Safe[email protected] ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa membentangkan pelaksanaan Pemerkasa pada 17 Mac yang lalu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
TARIKH REGISTER PROGRAM [email protected] MITI
Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai program [email protected] boleh mula membuat pendaftaran mulai 1 April 2021 secara atas talian.
APA ITU [email protected]?
[email protected] adalah inisiatif kerajaan bagi meningkatkan kesihatan awam melalui tanggungjawab majikan untuk melindungi pekerja mereka terhadap pandemik COVID-19.
Ia mengandungi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang memperincikan langkah-langkah pencegahan dan pengurusan kes COVI-19 melalui kewujudan Safe Work Bubble.
Melalui Safe Work Bubble, pekerja-pekerja kontak rapat akan diasingkan daripada komuniti setempat dan pekerja-pekerja yang lain sehingga kesemua pekerja kontak rapat disahkan selamat daripada COVID-19 berdasarkan keputusan ujian saringan.
Langkah ini dapat mengelakkan operasi perniagaan dan perkilangan terjejas walaupun terdapat pekerja-pekerja yang mempunyai kontak rapat terhadap pesakit COVID-19.
PELAKSANAAN PROGRAM [email protected]
Pelaksanaan program [email protected] merangkumi 9 langkah-langkah utama iaitu:
- Penubuhan Pasukan Persediaan dan Tindakbalas Kecemasan (PERT) oleh pihak syarikat.
- Pelaksanaan protokol pemeriksaan kesihatan pekerja.
- Sesi taklimat yang kerap terhadap pekerja termasuklah pengawal keselamatan.
- Penyediaan laporan kesihatan pekerja.
- Protokol pemeriksaan kesihatan yang jelas.
- Pemantauan 24 jam melalui teknologi peranti dan e-tracing.
- Penjarakan fizikal dan langkah kawalan kendiri.
- Tatacara etika di kawasan awam dalam premis.
- Pensanitasian di tempat kerja termasuk kenderaan pekerja.
PELAKSANAAN SAFE WORK BUBBLE
Pelaksanaan Safe Work Bubble, pengasingan perlu dijalankan di 3 tempat berikut:
- Tempat tinggal pekerja
- Tempat kerja
- Kenderaan pekerja
Pekerja yang mempunyai kontak rapat perlu diasingkan dan dikategorikan di dalam Safe Work Bubble A.
Bagi pekerja yang tidak mempunyai kontak rapat, mereka akan berada di dalam Safe Work Bubble B dan sebagainya.
INSENTIF SYARIKAT JIKA REGISTER [email protected] MITI
Syarikat yang mendaftar di dalam program [email protected] layak mendapat potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 bagi setiap syarikat.
Potongan cukai ini melibatkan perbelanjaan sewaan premis asrama pekerja dan penyediaan kelengkapan berkaitan serta keperluan lain.
CARA DAFTAR PROGRAM [email protected]
Berikut adalah cara pendaftaran bagi syarikat-syarikat yang berminat:
REGISTER PROGRAM [email protected] MITI (Kali Pertama Daftar CIMS)
- Layari portal CIMS https://notification.miti.gov.my/login
- Sila DAFTAR dalam sistem CIMS
- Log masuk ke dalam sistem CIMS
- Isi borang pendaftaran [email protected]
- Pendaftaran diproses dan disemak
- Pengesahan pendaftaran
- MITI mengadakan lawatan verifikasi ke syarikat
- Sijil diberikan kepada syarikat yang mematuhi SOP [email protected]
REGISTER PROGRAM [email protected] MITI(Telah Daftar CIMS)
- Log masuk ke dalam sistem CIMS
- Isi borang pendaftaran [email protected]
- Pendaftaran diproses dan disemak
- Pengesahan pendaftaran
- MITI mengadakan lawatan verifikasi ke syarikat
- Sijil diberikan kepada syarikat yang mematuhi SOP [email protected]
SOALAN LAZIM
Macam mana cara nak daftar program [email protected]?
Melalui portal CIMS
Bila tarikh pendaftaran program [email protected]??
Bermula 1 April 2021.
Apa faedah jika daftar program [email protected]?
Syarikat-syarikat yang melaksanakan [email protected], Kerajaan akan memberikan potongan cukai tambahan kepada syarikat di bawah sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan ke atas perbelanjaan sewaan premis asrama pekerja dan penyediaan kelengkapan berkaitan seperti CCTV, wearable tracking devices dan keperluan-keperluan asas lain selaras dengan SOP [email protected]
Perbelanjaan yang layak mendapat potongan cukai tambahan ini dihadkan kepada RM50,000 bagi setiap syarikat.
Ada video tutorial pendaftaran [email protected]?
Ada,sila rujuk https://www.facebook.com/MITIMalaysia/videos/4003072139750607
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan maklumat tentang [email protected], anda boleh menghantar email ke [email protected] atau melayari laman web https://www.miti.gov.my/ untuk maklumat lanjut.