REGISTER & SEMAKAN KEPUTUSAN PSP PERKESO
Program Saringan Prihatin PERKESO (PSPP) merupakan program ujian saringan bagi COVID-19 yang dijalankan kepada pekerja termasuk pekerja asing bagi syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ujian saringan ini adalah percuma yang melibatkan ujian saringan sahaja kepada semua pencarum PERKESO dan dibiayai oleh PERKESO.
Kepada majikan, sila baca tentang SUBSIDI UJIAN SARINGAN COVID-19 RM150 PERKESO
Program ini mempunyai 2 fasa. Iaitu fasa pertama dan fasa kedua.
Fasa pertama memfokuskan kesemua pekerja yang berada di zon kuning dan merah. Dimana sampel diambil melalui hidung dan mulut.
Fasa kedua memfokuskan kepada mereka yang belum membuat saringan pada fasa pertama.
Fasa kedua akan bermula pada Mei 2020.
Kepada majikan dan pekerja di kawasan PKPB,anda boleh mohon buat ujian saringan Covid-19?Boleh guna MYEG
CARA BUAT TEMU JANJI PSPP PERKESO
Sebelum membuat saringan, perlu dibuat temujanji terlebih dahulu.Sila buat temu janji PSPP PERKESO disini. Untuk senarai lengkap panel, klik sini
REGISTER & SEMAKAN KEPUTUSAN PSP PERKESO
REGISTER PSP PERKESO
Para pekerja perlu register/ pendaftaran terlebih dahulu sebelum dibolehkan mendapat kemudahan ini.
CARA REGISTER PSP PERKESO
1.Klik disini untuk register PSP PERKESO
2.Lengkapkan semua maklumat anda di dalam borang yang berkenaan.
3.Klik “daftar PSP”.
Kepada majikan,Ini cara untuk membuat TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN (PSP) PERKESO sebanyak RM150
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PSP PERKESO
Selepas anda telah membuat register dan melakukan ujian saringan Covid-19, anda boleh mula membuat semakan keputusan ujian saringan Covid-19 selepas 48 jam ujian saringan dijalankan.
Berikut adalah cara semakan keputusan PSP PERKESO :
1.Klik disini untuk semak keputusan ujian saringan Covid-19.
https://psp.perkeso.gov.my/
2.Login dengan memasukkan username dan kata laluan yang anda daftarkan sebelum ini.
3.Kemudian anda semakn keputusan saringan dengan melihat kepada profil anda.
BACA jika anda majikan : DAFTAR & CARA ISI LAPORAN HARIAN SOP PKPB
Keputusan ini adalah sulit. Sekiranya didapati positif, maka keputusan anda berhak dihantar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
SOAL JAWAB PSP PERKESO
Adakah mereka yang tidak berdaftar dengan Perkeso layak mendapat kemudahan ini?
Tidak. Kemudahan ini hanya untuk mereka yang mendaftar sebagai pencarum PERKESO.
Apakah maklumat yang diperlukan untuk mendaftar?
Nombor kad pengenalan bagi warganegara dan nombor Keselamatan Sosial Pekerja Asing (KPSA) , serta Kod majikan Perkeso.
Boleh berikan panel yang menyediakan perkhidmatan untuk saringan?
Boleh lihat senarai penuh dengan klik sini.
Berapakah lama keputusan saringan akan diperolehi?
Anda akan memperolehi keputusan anda, selepas 48 jam ujian saringan dijalankan.
Assalamualaikum saya ingin tahu keputusan saringan swab test saya, Minta tolong email ke [email protected]
Sekian terimakasih
Keputusan PSP
A34699M
Hi, pekerja saya telah menjalani PSP perkeso pada minggu lepas, tetapi saya cuba untuk menyemak saya tidak dapat melihat apa-apa keputusan yang dipaparkan. Saya nak tahu samada keputusan akan automatik di paparkan atau apa caranya. Sila bagi nasihat. Terima kasih.