RiVAC:PERMOHONAN/REGISTER/DAFTAR PROGRAM VAKSINASI BARISAN HADAPAN EKONOMI –SEKTOR PERUNCITAN

RiVAC:PERMOHONAN/REGISTER/DAFTAR PROGRAM VAKSINASI BARISAN HADAPAN EKONOMI –SEKTOR PERUNCITAN

RiVAC

Apakah itu Retail Industry Vaccination Programme (RiVAC)?

Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam bentuk kerjasama strategik awam – swasta untuk mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan pekerja-pekerja bawah sektor peruncitan bagi membantu mencapai 80% imuniti kelompok (herd imunity) di negara ini.

 

Bagaimana syarikat saya boleh menyertai program ini? Apakah prosedur pendaftaran?

Syarikat yang berminat untuk menerima vaksin bawah RiVAC perlu mengemukakan permohonan melalui laman web KPDNHEP (https://rov.kpdnhep.gov.my/rov). Hanya maklumat yang telah lengkap diisi sahaja akan diproses oleh KPDNHEP dan diserahkan kepada Jawatankuasa CITF-Sektor Ekonomi untuk penilaian.

Bilakah RiVAC akan bermula?

Program akan bermula pada bulan 26 Julai 2021. Syarikat yang berminat adalah diminta mengemukakan maklumat kepada KPDNHEP dengan kadar segera untuk tujuan penyelarasan.

 

Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa temujanji vaksinasi di PPVIN?

  • Pekerja Tempatan :Pekerja perlu membawa Kad Pengenalan ASAL dan kad/pas pekerja semasa tarikh temujanji.
  • Pekerja Asing :Dokumen ASAL Pengenalan Diri (Passport) dan kad/pas pekerja setiap pekerja asing WAJIB dipegang oleh wakil syarikat sahaja semasa tarikh temujanji.

Apakah kriteria bagi seorang pekerja untuk layak didaftarkan sebagai penerima vaksin covid19 ini?

  • Berumur 18 tahun dan keatas;
  • Bersetuju menerima vaksin ini secara sukarela;
  • Tidak pernah menerima sebarang suntikan vaksin covid19;
  • Tidak berstatus positif covid19 atau berstatus kontak rapat semasa hari temujanji vaksinasi tersebut;
  • Bagi mereka yang pernah mempunyai sejarah positif jangkitan covid19, suntikan dos pertama vaksin hanya boleh diberikan selepas 3 bulan daripada tarikh jangkitan tersebut.

Berapa kadar bayaran untuk RiVAC?

Vaksin adalah percuma. Pihak Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberikan vaksin secara percuma kepada PPVIN.

Namun memandangkan program ini adalah berasaskan Kerjasama – Awam Swasta penganjur akan mengenakan kos pentadbiran bagi pengoperasin PPVIN. Kadar bayaran yang dikenakan dibawah RiVAC adalah seperti berikut:

RiVAC

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila berhubung dengan KPDNHEP melalui Sekretariat Vaksin KPDNHEP di talian hotline 03-8882 5903/5881 atau melalui emel kepada [email protected]

Artikel Lain :

PIKAS MITI:REGISTER DAFTAR & SEMAKAN STATUS PROGRAM IMUNISASI INDUSTRI COVID-19 (Kerjasama Awam-Swasta MITI)

CIVac CIDB:REGISTER CONTRUCTION INDUSTRY VACCINATION PROGRAM (vaccine.cidblink.com)

Tags: #APA ITU RiVAC #Apakah itu Retail Industry Vaccination Programme (RiVAC)? #APPLY RiVAC #Berapa kadar bayaran untuk RiVAC? #Bilakah RiVAC akan bermula? #BORANG RiVAC #CARA DAFTAR RiVAC #CARA MOHON RiVAC #CHECK RiVAC #DAFTAR RiVAC #PERMOHONAN RiVAC #REGISTER RiVAC #SEMAKAN RiVAC

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "RiVAC:PERMOHONAN/REGISTER/DAFTAR PROGRAM VAKSINASI BARISAN HADAPAN EKONOMI –SEKTOR PERUNCITAN"