PERMOHONAN RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR (RIBJ) (DAFTAR RIBJ.SIJF.MY)

PERMOHONAN RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR (RIBJ) (DAFTAR RIBJ.SIJF.MY)

RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR

Sekiranya anda warga Johor atau menetap di Johor yang ingin memiliki rumah idaman, anda boleh membuat permohonan melalui Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ). Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU RIBJ

Rumah Impian Bangsa Johor, atau RIBJ, adalah skim perumahan mampu milik yang dilancarkan pada 22 Mac 2017 oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, di bawah pemerintahan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (atau Sultan Ibrahim Johor Yayasan).

Projek rumah impian mampu milik ini akan dibangunkan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim (YSI) dengan kerjasama Bank Rakyat, menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN  RIBJ

  • Berkewarganegaraan Malaysia dan berusia 25 tahun ke atas
  • Dibernarkan satu sahaja permohonan bagi setiap pasangan yang berkahwin
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belum pernah memiliki rumah

SYARAT-SYARAT PENDAPATAN

syarat-syarat mengenai pendapatan isi rumah pemohon yang akan menentukan jenis harta tanah yang mereka layak:

Harga Harta TanahPendapatan isi rumah
RIBJ A: Harga harta tanah kurang dari RM 100,000Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan
RIBJ B: Harga harta tanah adalah RM 150,000.Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 8,000 sebulan
RIBJ C: Harga harta tanah lebih daripada RM 150,000Tiada had pendapatan isi

 

LOKASI RIBJ

Pada masa kini, terdapat dua lokasi RIBJ yang berada di:

  • Johor Bahru
  • Mersing

 

CARA DAFTAR RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR

Sebelum membuat permohonan, anda dikehendaki untuk daftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pauatan: https://ribj.sijf.my/
  2. Pada papadan utama klik Pemohon
  3. Sekiranyan anda belum mendaftar sebelumnya, anda perlu melakukannya dengan memilih ‘Daftar Akaun RBIJ’ (Daftar untuk Akaun RBIJ).
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Aalamat e-mel
    • Kata laluan anda.
  5. Kemudian tick pada kotak terma dan syarat.
  6. Masukkan kod pengesahan yang dipaparkan.
  7. Setelah selesai, anda boleh terus mengklik Daftar Akaun

 

CARA PERMOHONAN RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan

  1. Layari pauatan: https://ribj.sijf.my/
  2. Pada papadan utama klik Pemohon
  3. Masukkan nombor MyKad (kad pengenalan Malaysia) dan kata laluan anda.
  4. Anda boleh terus menghantar permohonan anda untuk projek yang tersedia.

 

JENIS RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR

Berikut adalah merupakan jenis rumah yang tersedia:

Bandar Dato Onn

Jenis HartaSaiz Built-Up (Kaki persegi)Jumlah Unit
Rumah Teres Dua Tingkat1,223203 Unit
Rumah Berkembar Dua Tingkat1,26229 Unit
Rumah Berkembar Dua Tingkat (Belakang-ke-Belakang)1,262156 Unit
Rumah Kluster Berkembar1,181100 Unit

Bandar Baru Majidee

Jenis HartaSaiz Built-Up (Kaki persegi)Jumlah Unit
Pangsapuri1,000320 Unit

Mersing

Jenis harta tanah untuk RIBJ MersingHarga harta tanah
Rumah teres satu tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandiBermula dari RM 70,000
Rumah teres dua tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandiBermula dari RM 200,000

 

ARTIKEL LAIN

eRumah Johor: DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

6 thoughts on “PERMOHONAN RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR (RIBJ) (DAFTAR RIBJ.SIJF.MY)”

Leave a Comment