RUMAH PERAKKU (Cara Daftar Permohonan & Semakan Status)

RUMAH PERAKKU (Cara Daftar Permohonan & Semakan Status)

RUMAH PERAKKU 2021(Cara Daftar Permohonan & Semakan Status)

 

Kerajaan negeri Perak telah mengumumkan 50,000 Rumah Perakku bakal dibina di kawasan bandar dan luar bandar.

Antara objektif utama skim bantuan ini diperkenalkan agar rakyat Perak terutama daripada golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri.

Baca tentang DIGITAL SRP: PERMOHONAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU(SRP)

 

KATAGORI RUMAH PERAKKU

Rumah Perakku terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

1. Rumah Perakku I (kos rendah RM90,000 dan ke bawah)

  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM3,860 sebulan

2. Rumah Perakku II (kos sederhana RM90,001 hingga RM180,000)

  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM3,861 hingga RM7,000 sebulan

3. Rumah Mampu Milik (kos RM140,001 hingga RM250,000)

  • Pendapatan terbuka

 

HARGA RUMAH PERAKKU

Harga yang ditawarkan berbeza mengikut:

  • Zon A – Kawasan Bandar
  • Zon B – Kawasan Luar Bandar\

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan bagi memohon skim rumah tersebut. Antaranya:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah)
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000)
  5. Pendapatan terbuka : (Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000)

 

MAKLUMAT PROJEK RUMAH PERAKU

  1. Rumah Perakku Bidor
    • Daerah – Batang Padang
    • Mukim – Bidor
    • Harga Minimum – RM70,000
    • Harga Maksimum – RM140,000
  2. Rumah Perakku Kos Sederhana Desa Pengkalan
    • Daerah – Kinta
    • Mukim – Sungai Terap
    • Harga Minimum – RM70,000
    • Harga Maksimum – RM140,000
  3. RumahPerakku Mampu Milik Bidor
    • Daerah – Batang Padang
    • Mukim – Bidor
    • Harga Minimum – RM140,000
    • Harga Maksimum – RM250,000
  4. Rumah Mampu Milik Pekan Dato Ahmad Said
    • Daerah – Kinta
    • Mukim – Ulu Kinta
    • Harga Minimum – RM238,000
    • Harga Maksimum – RM330,650
  5. RumahPerakku 90k Malim Nawar
    • Daerah – Kampar
    • Mukim – Pekan malim Nawar
    • Harga Minimum – RM90,000
    • Harga Maksimum – RM90,000
  6.  RumahPerakku 90k Tronoh
    • Daerah – Kinta
    • Mukim – Belanja
    • Harga Minimum – RM90,000
    • Harga Maksimum – RM90,000
  7.  RumahPerakku 1 Rumah Bandar ( Town House)
    • Daerah – Kampar
    • Mukim – Pekan Malim Nawar
    • Harga Minimum – RM70,000
    • Harga Maksimum – RM90,000
  8. RumahPerakku kos Sederhana Kg Serdang Setiawan
    • Daerah – Manjung
    • Mukim – Setiawan
    • Harga Minimum – RM168,000
    • Harga Maksimum – RM168,000
  9. RumahPerakku Kos Rendah Kg Serdang Setiawan
    • Daerah – Manjung
    • Mukim – Sitiawan
    • Harga Minimm – RM70,000
    • Harga Maksimum – M85,000

 

CARA DAFTAR RUMAH PERAKKU

  • Sila layari laman portal Lembaga Perumah & Hartanah Perak 
  • Lengkapkan maklumat dan tekan daftar RUMAHPERAKKU
  • Setiap pendaftaran permohonan rumah yang berjaya, pemohon akan menerima email yang mengandungi maklumat akses ke akaun pemohon.
  • Pemohon dikehendaki mengemaskini maklumat pemohon dan dokumen-dokumen berkaitan permohonan rumah dalam kadar yang secepat mungkin.
  • Pemohon boleh mengemaskini profil dan permohonan rumah atau menyemak status permohonan rumah

 

CARA PERMOHONAN RUMAH PERAKKU

  1. layari borang permohonan secara dalam talian: http://lphp.perak.gov.my/pendaftaranbaru_lprumah.php
  2. Pastikan borang diisi dengan lengkap dan tepat.
  3. Pastikan alamat email anda adalah betul dan boleh digunakan supaya anda boleh menerima email daripada LPHP selepas mendaftar.
  4. Sila simpan maklumat ini ditempat selamat dan gunakan maklumat ini untuk kemaskini maklumat pendaftaran perumahan anda.
  5. Klik butang “HANTAR”

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Sekiranya dipanggil ke temuduga, berikut antara dokumen-dokumen yang perlu anda bawa:

  • Salinan kad pengenalan terbaru Pemohon dan isteri/suami.
  • Salinan sijil nikah / Daftar perkahwinan
  • Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
  • Salinan Surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
  • Salinan slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan isteri/suami.
  • Surat pengesahan dan perakuan Pendapatan bulanan pemohon dan isteri/suami dari Ahli Dewan undangan Negeri
  • (ADUN)/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
  • Sekeping gambar warna Ukuran pasport(Terbaru).

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH PERAKKU

Status permohonan boleh disemak di portal rasmi http://lphp.perak.gov.my/semak.php

 

MAKLUMAN/PERINGATAN PENTING

  1. Setiap permohonan perlu dikemaskini setiap 2 tahun sekali, jika anda gagal mengemaskini permohonan akan ditolak/tidak dipanggil temuduga jika terpilih.
  2. Sila bawa dokumen ASAL dan dokumen-dokumen SOKONGAN semasa proses temuduga nanti.
  3. Pemohon digalakkan menggunakan komputer untuk membuat pendaftaran perumahan. Penggunaan telefon pintar adalah tidak digalakkan.
  4. Proses semakan pendaftaran perumahan mengambil masa 7 hari bekerja.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, anda bolehlah hubungi:

LEMBAGA PERUMAHAN & HARTANAH PERAK ARAS G, BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN, JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB, 30000 IPOH, PERAK.

Atau telefon ke nombor 05-209 5000

5 thoughts on “RUMAH PERAKKU (Cara Daftar Permohonan & Semakan Status)”

Leave a Comment