RUMAH SELANGORKU 2023 (Rumah Mampu Milik Selangor)
Kepada warga penduduk Selangor yang ingin memiliki rumah sendiri, anda boleh cuba membuat permohonan Rumah Selangorku yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan bagi tahun 2023, semoga membantu.
APA ITU RUMAH SELANGORKU
Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang direka untuk menyokong golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk orang Selangor. Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada warga yang layak dalam negeri tu.
Di bawah skim ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya. Ia dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), iaitu organisasi perumahan negeri itu sendiri.
JENIS RUMAH SELANGORKU 2023
Berikut adalah senarai jenis rumah melalui Projek Rumah Selangorku iaitu:
- Pakej A: Rumah Kos Rendah
- Pakej B: Rumah Kos Sederhana Rendah
- Pakej C: Rumah Kos Sederhana
- Pakej D: Rumah Mampu Milik
SENARAI PROJEK RUMAH SELANGORKU 2023
Berikut adalah merupakan senarai projek yang tersedia iaitu:
JENIS | KELUASAN (sqft) | HARGA | GAJI DIBENARKAN |
PAKEJ A (Perumahan Rumah Kos Rendah selangor) | 700 | RM42K | RM3,000 dan ke bawah |
PAKEJ B (Rumah Kos Sederhana Rendah) | 750 | Bermula RM100 hingga RM250K | RM10,000 dan ke bawah |
PAKEJ C (Rumah Kos Sederhana) | 800 @ 900 @ 18×60 | Bermula RM100 hingga tidak melebihi RM250K | RM10,000 dan ke bawah |
PAKEJ D (Harga Mampu Milik) | 1000 @ 20×60 | Bermula RM100 hingga RM250K | RM10,000 dan ke bawah |
NOTA: Senarai Projek terkini boleh disemak melalui laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my.
SYARAT PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU
Berikut adalah syarat permohonan Rumah Selangorku:
- Berumur lebih dari 18 tahun
- Warganegara Malaysia
- Penduduk Selangor
- Belum lagi memiliki hartanah
- Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000
- Satu permohonan Rumah Selangorku saja untuk setiap isi rumah
- Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon
CARA REGISTER RUMAH SELANGORKU
- Layari laman web https://ehartanah.lphs.gov.my.
- Klik menu DAFTAR PENGGUNA BARU (Sila baca notis permohonan dan garis panduan yang dipaparkan)
- Sila lengkapkan pra-pendaftaran dan isi maklumat asas peribadi dengan betul dan tepat. Maklumat seperti nombor kad pengenalan,email dan nombor telefon adalah butiran penting semasa membuat pendaftaran.
- Sila semak status kelayakan permohonan anda berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda.
- Kemudian, klik pada butang SAYA LAYAK.
- Sila pilih pendapatan isi rumah pemohon
- Sila tetapkan kata laluan pemohon.
- Klik DAFTAR dan proses register Rumah Selangorku selesai.
CARA LOGIN RUMAH SELANGORKU
- Layari laman web https://ehartanah.lphs.gov.my.
- Sila masukkan nombor kad pengenalan anda sebagai kata nama dan masukkan kata laluan yang anda telah gunakan sewaktu pendaftaran.
DOKUMEN DIPERLUKAN PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU
Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa permohonan iaitu:
- Salinan kad identiti
- Sijil lahir anak-anak/tanggungan (jika berkenaan)
- Salinan Sijil Perkahwinan atau dokumentasi yang serupa (jika berkaitan)
- Surat Pengesahan dari majikan atau Pesuruhjaya Sumpah untuk pemohon bekerja sendiri (jika berkenaan)
- Slip gaji, penyata bank, atau pengesahan pendapatan dari Pesuruhjaya Sumpah (jika berkenaan)
- Akuan berkanun dari Pesuruhjaya Sumpah untuk pasangan tidak bekerja (jika berkenaan)
- Penyata KWSP/EPF (jika berkenaan)
- Salinan bil utiliti
CARA PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU
- Layari laman web https://ehartanah.lphs.gov.my.
- Sila masukkan nombor kad pengenalan anda sebagai kata nama dan masukkan kata laluan yang anda telah gunakan sewaktu pendaftaran.
- Klik butang MOHON dan dipaparkan halaman BORANG PERMOHONAN
- Pemohon boleh memilih daerah dan mukim bagi memilih jenis hartanah dan projek yang berdaftar.
- Sila lengkapkan maklumat peribadi seperti maklumat pasangan jika telah berkahwin.
- Seterusnya sila muat naik salinan kad pengenalan dan slip gaji anda dan pasangan.(Pastikan dokumen boleh dibaca dan jelas)
- Sila baca terma dan syarat pengakuan dan klik HANTAR.
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU
- Pergi ke laman web https://ehartanah.lphs.gov.my/index.php?opt=stcheck_idcheck
- Pilih tab ‘Semak Status’
- Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.
- Klik butang ‘Semak’
- Proses pemilihan Rumah adalah berdasarkan sistem merit.
- Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.
- Pemohon dalam status ‘SENARAI MENUNGGU’ bermaksud pemohon dalam proses Pra-Tawar namun tertakluk kepada kriteria dan syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada boleh ditawarkan dan sebagainya yang mempengaruhi proses penawaran dan kelayakan pemohon.
- Kebiasaanya, pendaftaran permohonan yang direkod dalam sistem di LPHS melebihi daripada jumlah stok unit yang boleh ditawarkan kepada pemohon dan perlu menunggu sehingga terdapat kekosongan unit.
SOALAN LAZIM (FAQ) RUMAH SELANGORKU 2023
Bagaimana cara login Rumah Selangorku?
- Sila masukkan nombor kad pengenalan anda sebagai kata nama dan masukkan kata laluan yang anda telah gunakan sewaktu pendaftaran.
Bagaimana jika saya terlupa kata laluan Rumah Selangorku?
- Jika anda lupa kata laluan anda, sila tekan sambungan Lupa Kata Laluan dan masukkan nombor kad pegenalan yang anda telah gunakan dan kata laluan anda akan dihantar ke emel yang anda telah daftarkan terdahulu.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai register login Rumah Selangorku,sila hubungi LPHS di talian 03-55102122 / 2177 atau e-mel terus ke [email protected], [email protected]
ARTIKEL LAIN
RUMAH SELANGORKU 3.0 (Permohonan & Harga Dua Tiga Empat Bilik)
Hi, my name is Shafiq. I am interested in rumah Selangor ku project pm how to keep in touch or apply. Serenia – Amalia house.
Macamana nak apply dan document document yg diperlukan
Hi, my name is Ragu. I am interested in rumah Selangor ku project , how to keep in touch or apply.
Hai im redzha saya brminat untk aply rumah selangor ku.saya harap harap sangat dpt rumah ini..
Asaalamualaikum nama sy nur leela binti shamlal,sy adallah seorang ibu tunggal mcm mana sy nk apply untuk rumah mampu milik selangorku 2021
Nama saya revati. Saya berminat nak membeli rumah selangorku.
Nama saya geetha a/p ramasundram
Saya berminat nak membeli rumah selangorku,macam Mana nak apply.
umur saya dah 24, belum kahwin, gaji pun 2k sebulan macam mana saya nak beli rumah kalau syarat syarat pun boleh nangis tengok 🥲
Hii saya berminta rumah selangarku
Assalamualaikum.
Saya berminat mengenai rumah mampu Milin breaths rm42.000.
Saya berminat sekitar Bangi, Kajang ataupun Cheras.
Terima kasih
Hi nama saya sinnahmah.umur saya 41 tahun saya ada 5 anak.suami saya tak kerja
Salary saya basic 1200.boleh saya dapat rumah selangor ku..
Nama saya yogeshwary umur saya 42 saya Ada 3 anak suami saya tak Ada kerja saya seorang kerja gaji 1200 boleh saya mohan rumah mampu milik selangorku