RUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN

RUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN

RUMAH SELANGORKU

APA ITU RUMAH SELANGORKU

Skim ini merupakan perumahan yang khas dari kerajaan negeri Selangor untuk orang Selangor.

Ia dikendalikan  oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), iaitu organisasi perumahan negeri itu sendiri.

CARIAN PROJEK HARTANAH TERKINI RUMAH SELANGORKU

Nak tengok projek terkini Rumah Selangorku?Pemohon boleh menyemak senarai projek  yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

PROSES PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

Anda ingin memohon? Ketahui semua proses-proses berkaitannya;

1.Pendaftaran Pengguna

Pengguna boleh melayari portal dan mendaftar sebagai pengguna.

2.Hantar Permohonan

Pengguna boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan.

3.Proses Kelulusan

Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa.

4.Muat Naik Dokumen

Muat naik dokumen terpilih apabila tawaran diberikan.

5.Surat Tawaran

Terima surat tawaran dan laksana proses pinjaman.

6.Pindah Ke Kediaman

Pindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan.

Kepada yang ingin buat permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit hendaklah buat PENDAFTARAN SPRN(TEDUH) terlebih dahulu

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RUMAH SELANGORKU 2020

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon :

  • Berumur lebih dari 18 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk Selangor
  • Belum lagi memiliki hartanah
  • Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000
  • Satu permohonan saja untuk setiap isi rumah
  • Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN RUMAH SELANGORKU

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
  • Penyata KWSP (jika ada)
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Permohonan Baru Program Rumah Mesra Rakyat(RMR) atas talian(online) kini dibuka dan diaktifkan.

SENARAI HARGA & JENIS RUMAH SELANGORKU

Jenis unit dan saiz rumah yang ada  terdiri daripada pelbagai pilihan, tapi semuanya bergantung pada tahap pendapatan pemohon masing-masing.

Secara purata, harga rumah di bawah skim ini adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit . Ia juga bergantung kepada :

JENIS

Keluasan (antara 700 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.)

LOKASI

kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

Kalau nak tengok senarai jenis Rumah Selangorku secara lanjut, boleh rujuk Dasar Rumah Selangorku melalui lampiran ini : https://rehdaselangor.com/wp-content/uploads/DASAR_RUMAH_SELANGORKU_2.0_.pdf

CARA DAFTAR RUMAH SELANGORKU

Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

CARA LOG MASUK RUMAH SELANGORKU

Selepas daftar, anda boleh log masuk  menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

CARA PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

  • Pemohon boleh membuat permohonan secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
  • Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS belum dibuka.
  • Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

Berikut adalah cara buat semakan status permohonan:

  • Pergi ke laman web https://ehartanah.lphs.gov.my/index.php?opt=stcheck_idcheck
  • Pilih tab ‘Semak Status’
  • Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.
  • Klik butang ‘Semak’
  • Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Permohonan Berjaya / Tidak Berjaya
  • Proses pemilihan adalah berdasarkan sistem merit.

Bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA

Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah Selangorku yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.

Jika permohonan tidak berjaya, pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas 2 tahun.

Bagi permohonan yang BERJAYA

Pemohon yang layak akan dihubungi oleh pihak pemaju berkenaan melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon.

Pemohon perlu mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS.

Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.

Pemohon yang menolak tawaran rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama 2 tahun.

SOALAN LAZIM RUMAH SELANGORKU

Cara buat permohonan atau menyemak status permohonan?

Sila log masuk untuk membuat permohonan atau menyemak status dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan anda pada ruangan tersedia dan menekan butang (LOG MASUK).

Saya pernah buat pendaftaran,bagaimana cara log masuk?

Bagi pengguna yang telah berdaftar pada sistem sebelum ini, sila log masuk menggunakan kata laluan yang sama.

Sila pastikan yang kata laluan anda sentiasa selamat dan tidak dikongsi dengan pihak lain serta menukarnya dari semasa ke semasa bagi menentukan akaun anda tidak digodam dan butiran diri anda tidak disalahgunakan oleh pihak ketiga.

Bagaimana jika saya terluka kata laluan?

Jika anda terlupa kata laluan anda, anda boleh klik pada `Lupa Kata Laluan?` dan kata laluan anda akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan sebelum ini.

Sekiranya anda masih mengalami masalah, sila hubungi atau hadir di kaunter khidmat pelanggan LPHS bagi mendapatkan bantuan..

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai skim ini sila hubungi LPHS di talian 03-55102122 / 2177 atau e-mel terus ke [email protected], [email protected]

Tingkat 5, Podium Utara,Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia

 

Tags: #CARIAN PROJEK HARTANAH TERKINI RUMAH SELANGORKU #PROSES PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU #RUMAH SELANGORKU #RUMAH SELANGORKU:SEMAKAN STATUS PERMOHONAN #SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU #SOALAN LAZIM RUMAH SELANGORKU

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER Kepada yang telah membuat permohonan GKP
    CHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP) Berdasarkan situasi sekarang,ramai ahli KWSP
    SEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER Kepada yang telah membuat permohona
    1. author

      Muhammad shafiq bin mohd said1 month ago

      Saya terlupa kata laluan dan email…macam mana nk buat ye untuk saya daftar rumah selangorku balik….harap reply

      Reply

    Leave a reply "RUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN"