SEKOLAH KHUSUS 2021:CARA PERMOHONAN ONLINE & PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi 2021 akan dibuka mulai 7 September 2020 hingga 2 Oktober 2020.
Berikut adalah perkara penting yang perlu ibu bapa fahamkan tentang cara permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus serta persediaan yang perlu dilakukan.
Kepada ibubapa yang ingin mohon sekolah seni kepada anak-anak.Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa permohonan bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk sesi 2021 telah dibuka.
APA ITU PKSK?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah ‘single entry point’.
‘Single entry point’ di sini bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Kaedah ini tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3).
Sebaliknya, ia hanya merupakan satu kaedah untuk menilai
penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi akademik semata-mata.
Bagi anda yang bercadang untuk buat permohonan PKSK , anda kini boleh buat semakan PKSK untuk lokasi ujian yang akan dijalankan. Namun, ini bukanlah samada lulus atau tidak.
APA ITU SEKOLAH KHUSUS(SK)
- Sekolah Khusus adalah terdiri daripada
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
- Sekolah Menengah Teknik (SMT),
- Kolej Vokasional (KV) dan
- Maktab Tentera Diraja (MTD).
Adakah semua pelajar layak memohon?
Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.
APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.
Bagaimanakah PKSK dilaksanakan?
PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
- Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
- Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
- Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi, di mana setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.
- FASA 1 : Calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
- FASA 2 : Calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
- Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
CARA PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS 2021
Pemohon hanya boleh memohon secara dalam talian (online).
Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan
https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan
https://spskt4.moe.gov.my bagi tingkatan 4 pada tarikh berikut:
7 September 2020 hingga 2 Oktober 2020
Pemohon hanya perlu memasukkan nombor Mykid / Mykad sendiri beserta nombor Mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI PKSK
Semakan Status Kelayakan Untuk Menduduki PKSK
Semua murid yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) www.moe.gov.my pada tarikh berikut:
- 07 hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1
- 12 Oktober hingga 06 Nov 2020 bagi Tingkatan 4
CARA PERSEDIAN MENDUDUKI PKSK
Semua calon yang telah membuat permohonan perlu membuat persediaan seperti berikut:
- Membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) www.moe.gov.my pada 07 hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan pada 12 Oktober hingga 06 Nov 2020 bagi Tingkatan 4 (Empat)
- Mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK
- Membawa kad pengenalan ke Pusat PKSK
- Membawa peralatan tulis
- Memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK
- Memastikan diri sihat dan tidak bergejala Covid-19
- bawa dan sentiasa memakai pelindung muka (face shield) mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Amalkan penjarakan fizikal
Rujuk CONTOH SOALAN & JAWAPAN PKSK
TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN PKPSK & RAYUAN
Keputusan permohonan kemasukan ke sekolah khusus
Bagi Tingkatan 1 akan diumumkan pada 15 Januari 2021 di pautan https://spskt1.moe.gov.my
Bagi Tingkatan 4 pada 05 Februari 2021 di pautan https://spskt4.moe.gov.my
Calon Tingkatan 1 yang tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah khusus boleh membuat rayuan bermula 15 hingga 27 Januari 2021 dan menyemak keputusan rayuan di pautan yang sama.
Manakala bagi calon Tingkatan 4 yang tidak ditawaran ke mana-mana sekolah khusus boleh membuat rayuan bermula 05 hingga 19 Februari 2021 dan menyemak keputusan rayuan di pautan yang sama.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian KPM di 03-8000 8000. Untuk mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia, pastikan anda mengikuti media sosial KPM di saluran berikut:
Facebook: https://www.facebook.com/KemPendidikan/
Twitter: https://twitter.com/KemPendidikan/
Instagram : https://www.instagram.com/kempendidikan
Tags: #APA ITU SEKOLAH KHUSUS(SK) #APA ITU PKSK? #CARA PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS 2021 #CARA PERSEDIAN MENDUDUKI PKSK #SEMAKAN STATUS KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI PKSK #TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN PKPSK & RAYUAN