SEKOLAH KHUSUS 2023 (Semak Permohonan Online PKSK)
Kepada ibubapa yang ingin mohon sekolah khusus kepada anak-anak, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa permohonan bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk sesi 2023 telah dibuka.
Berikut adalah perkara penting yang perlu ibu bapa fahamkan tentang cara permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus serta persediaan yang perlu dilakukan.
APA ITU PKSK?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 ,Tingkatan 4 dan Tahun 1 (Sijil Vokasional Malaysia) ke Sekolah Khusus meliputi sekolah berasrama penuh secara dalam talian yang menggunakan kaedah ‘single entry point’.
‘Single entry point’ di sini bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Kaedah ini tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3). Sebaliknya, ia hanya merupakan satu kaedah untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi akademik semata-mata.
Bagi anda yang bercadang untuk buat permohonan PKSK , anda kini boleh buat semakan PKSK untuk lokasi ujian yang akan dijalankan. Namun, ini bukanlah samada lulus atau tidak.
APA ITU SEKOLAH KHUSUS (SK)
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
- Sekolah Menengah Teknik (SMT),
- Kolej Vokasional (KV) dan
- Maktab Tentera Diraja (MTD).
FASA PROSES PENGAMBILAN SEKOLAH KHUSUS
Berikut adalah merupakan proses pengambilan untuk ke Sekolah Khusus:
- Permohonan
- PKSK
- Pemilihan
- Tawaran
- Rayuan
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KE SEKOLAH KHUSUS
- Warganegara Malaysia
- Mendaftar dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.
- Murid yang berumur 12 tahun pada tahun 2022 (bagi permohonan ke tingkatan 1) dan 15 tahun pada tahun 2022 (bagi permohonan ke tingkatan 4 / Tahun 1 SVM)
FORMAT PKSK
Ujian PKSK merangkumi 3 bahagian iaitu:
- Bahagian A (20%) : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ)
- Bahagian B (70%) : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah)
- Bahagian C (10&) : Artikulasi Penulisan
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi, di mana setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.
- FASA 1 : Calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
- FASA 2 : Calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
- Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
TARIKH PERMOHONAN KE SEKOLAH KHUSUS 2023
Tarikh permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Murid Tingkatan 1 dan 4/Tahun 1 SVM Tahun 2023 mulai 30 September – 30 November 2022.
CARA PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS 2023
Pemohon hanya boleh memohon secara dalam talian (online).
- Kemaskini maklumat APDM dengan menghubungi pihak sekolah dan dapatkan maklumat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) daripada pihak sekolah
- Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan
- Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
- Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.
- Semua calon yang telah membuat permohonan perlu:
- Membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK
- mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK
- membawa kad pengenalan ke Pusat PKSK
- membawa peralatan tulis
- memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK
- Memastikan diri sihat dan tidak bergejala Covid-19
- Bawa dan sentiasa memakai pelindung muka (face shield) mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Amalkan penjarakan fizik
TARIKH SEMAKAN PKSK 2023
Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sijil Vokasional Malaysia bagi sesi 2023 akan dikemaskini kemudian
CARA MEMBUAT SEMAKAN PKSK
Bagi calon yang berminat boleh membuat semakan permohonan seperti berikut:
- Layari laman web berikut untuk permohonan
- Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
- Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/
- Pada paparan utama Klik bahagian Semakan Tawaran
- Masukkan No. MyKid / MyKad Pemohon dan No. Pengenalan Diri Penjaga Utama dan tekan Klik Untuk Login.
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat dan klik semakan permohonan.
CARA PERSEDIAN MENDUDUKI PKSK
Semua calon yang telah membuat permohonan perlu membuat persediaan seperti berikut:
- Membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK
- Mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK
- Membawa kad pengenalan ke Pusat PKSK
- Membawa peralatan tulis
- Memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK
- Memastikan diri sihat dan tidak bergejala Covid-19
- bawa dan sentiasa memakai pelindung muka (face shield) mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Amalkan penjarakan fizikal
Rujuk CONTOH SOALAN & JAWAPAN PKSK
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN SBP / SMKA
Tarikh semakan keputusan tawaran kemasukan ke sekolah khusus adalah pada 17 Mac 2023
CARA SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN SBP / SMKA
Semakan keputusan Kemasukan Sekolah Khusus (SBP & SMKA) KPM boleh dibuat seperti berikut:
- Tingkatan 1melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan 4 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my
Nota:
- Sila cetak slip pendaftaran dan borang deklarasi dan bawa bersama-sama mykad / MyKid untuk pengesahan.
- Sila serahkan borang deklarasi kesihatan kepada petugas pendaftaran semasa membuat pendaftaran.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian KPM di 03-8000 8000. Untuk mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia, pastikan anda mengikuti media sosial KPM di saluran berikut:
- Facebook: https://www.facebook.com/KemPendidikan/
- Twitter: https://twitter.com/KemPendidikan/
- Instagram : https://www.instagram.com/kempendidikan