SEKOLAH SENI MALAYSIA 2021:CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH SENI

SEKOLAH SENI MALAYSIA 2021:CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH SENI

SEKOLAH SENI MALAYSIA 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa permohonan bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk sesi 2021 telah dibuka.

TARIKH BUKA PERMOHONAN SEKOLAH SENI

Permohonan dibuka kepada calon yang berminat mulai 21 Ogos 2020 hingga 20 Oktober 2020.

Baca tentang SEKOLAH KHUSUS 2021:CARA PERMOHONAN ONLINE & PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

APA ITU SSeM

Untuk makluman, SSeM ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.

Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, SSeM secara keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan kesenian dan akademik.

Di SSeM, terdapat 4 bidang pengajian bagi menengah rendah bagi Tingkatan 1, 2 dan 3 iaitu Muzik, Seni Visual, Tari dan Teater manakala 6 bidang pengkhususan bagi murid di peringkat menengah atas bagi Tingkatan 4 dan 5 iaitu, Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari dan Teater.

Pengambilan murid ke SSeM hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja dan tiada pengambilan untuk ke Tingkatan 2, 3, 4 atau 5.

Murid-murid yang memohon secara atas talian akan dipanggil menghadiri Sesi Serlahan Seni (SSS) untuk penilaian bakat-bakat murid.

SENARAI SEKOLAH SENI DI MALAYSIA

Sehingga kini, terdapat 5 buah SSeM di seluruh Malaysia iaitu:

  • Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ), Masai Johor
  • Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS), Kuching Sarawak
  • Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL), Kuala Lumpur
  • Program Pendidikan Seni SMK Muhibbah Kampung Baharu, Sungai Siput Perak
  • Program Pendidikan Seni, SMK Elopura, Sandakan Sabah

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN SSeM

Permohonan ke SSeM tertakluk kepada beberapa syarat kemasukan iaitu:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian sama ada Seni Visual/Tari/Teater/Muzik.
  • Pemohon sihat tubuh badan
  • Hanya permohonan secara atas talian atau online akan diproses.

Murid-murid yang berminat untuk memasuki SSeM perlu memenuhi beberapa syarat kemasukan iaitu:

  • Calon perlulah lulus semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Akhir Tahun (semasa di Tahun 5) sekurang-kurangnya 3B (mengikut subjek UPSR).
  • Calon mestilah daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
  • Calon mestilah lulus Uji Bakat yang dilaksanakan secara dalam talian.
  • Calon juga bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  • Calon yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.
  • Rekod kesihatan calon perlulah dikemukakan.
  • Permohonan akan ditolak sekiranya calon didapati memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.

CARA PERMOHONAN SEKOLAH SENI 2021

Calon-calon yang berminat untuk memohon boleh mengikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

Layari laman web https://essem.moe.gov.my/.

Klik link ‘Daftar Kali Pertama’ untuk mendaftar.

Isikan no kad pengenalan, kata Laluan, soalan keselamatan dan jawapan dengan lengkap.

Klik butang ‘Daftar’ dan maklumat pendaftaran akan dipaparkan dan pengguna boleh mencetak maklumat pendaftaran.

Klik ‘Isi Borang’ untuk meneruskan permohonan.

Isi maklumat yang mengandungi:

i) Maklumat pemohon

ii) Maklumat keluarga

iii) Maklumat kokurikulum dan kepimpinan

Klik butang ‘Simpan’ di akhir setiap paparan.

Setelah selesai mengisi ketiga-tiga maklumat tersebut, klik butang ‘Hantar.’

SOALAN LAZIM SEKOLAH SENI

Apakah bidang ditawarkan di Sekolah Seni?

i. Muzik;
ii. Tari;
iii. Teater;
iv. Seni Visual.

Adakah pelajar akan mengambil matapalejaran sains seperti Biologi, Kimia, Fizik,dll?

Tidak.

Adakah sekolah seni ini adalah sekolah berasrama penuh (SBP)?

Tidak. Namun ianya berkonsepkan sekolah berasrama penuh.

Adakah terdapat pengambilan murid selain dari tingkatan 1?

Tidak. Hanya pengambilan pelajar tingkatan 1 sahaja.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan mengenai pendaftaran, calon boleh menghubungi:

Pn Zuraini Binti Abu Hassan: 03-88721616

En Jamil Hamzah Bin Sazali: 03-88721620

Bgai mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila layari https://essem.moe.gov.my/

Tags: #CARA PERMOHONAN SEKOLAH SENI 2021 #SEKOLAH SENI MALAYSIA 2021:CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH SENI #SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN SSeM

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin

    Leave a reply "SEKOLAH SENI MALAYSIA 2021:CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH SENI"