SEMAK KEPUTUSAN PSPM MATRIKULASI SESI 2019/2020

SEMAK KEPUTUSAN PSPM MATRIKULASI SESI 2019/2020

SEMAK KEPUTUSAN PSPM

Terkini, para pelajar Matrikulasi boleh menyemak  keputusan PSPM – Peperiksaan Semester Program Matrikulasi.

Anda boleh semak keputusan PSPM II bagi pelajar yang berada di sesi 2019/2020.

SENARAI PELAJAR YANG TERLIBAT

Antara pelajar yang terlibat adalah pelajar yang mengikuti program satu tahun (PST) dan juga program dua tahun (PDT). Bagi program PST, ianya adalah semester 2, manakala pelajar PDT pula semester 2 dan 4.

BACA : PEMBAYARAN TUNAI BPN DI BSN

Semakan ini boleh mula dilakukan bermula pada 20 Mei 2020 pada pukul 10:00 pagi.

CARA SEMAK KEPUTUSAN PSPM

Semakan boleh dibuat secara online. Caranya adalah dengan layari laman web ini: https://matrikulasi.moe.gov.my/system/peperiksaan/index.cfm

1.Anda boleh semak dengan memasukkan nombor matrik anda dan juga enam (6) digit terakhir no kad pengenalan anda.

2.Kemudian klik semak.

3.Paparan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) akan dipaparkan berserta gred setiap mata pelajaran.

SEMAK KEPUTUSAN PSPM MANUAL

Para pelajar juga boleh semak dengan terus menghubungi bahagian peperiksaan kolej Matrikulasi masing-masing.

SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Pihak Matrikulasi mengalu-alukan jika pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi dan ingin menuntut untuk semakan semula kertas peperiksaan.

Semakan semula perlulah mengikuti prosedur dan syarat yang ditetapkan.

Permohonan semakan semula boleh dibuat sebaik sahaja keputusan diumumkan.

BACA : SEMAKAN DAN TARIKH BAYARAN BANTUAN ONE-OFF RM200 PELAJAR IPT

Borang permohonan pula boleh diperolehi di sini. Atau layari terus laman web moe.gov.my.

Untuk kepastian mengenai syarat dan prosedur terkini, anda boleh terus hubungi pejabat matrikulasi di mana anda belajar.

Proses permohonan semakan keputusan ini juga memerlukan anda membuat pembelian wang pos / bank draft.

Syaratnya pula adalah seperti berikut:

Hanya untuk Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM).

Semester 1, borang permohonan dihantar melalui kolej.

Semester 2, borang permohonan dihantar terus ke Bahagian  Matrikulasi KPM.

Soalan Lazim PSPM

Bilakah keputusan PSPM II 2020 diumumkan?

Keputusan boleh mula disemak pada 20 Mei 2020.

Bolehkah semakan dibuat secara online?

Ya. Boleh. Melalui link yang tertera di atas (dalam artikel).

Siapakah yang terlibat?

Pelajar semester II Program Satu Tahun dan pelajar semester (II & IV) Program Dua Tahun.

Bolehkah memohon semakan semula keputusan PSPM?

Boleh. Mengikut prosedur dan syarat yang ditetapkan.

Tags: #CARA SEMAK KEPUTUSAN PSPM #SEMAK KEPUTUSAN PSPM #SEMAK KEPUTUSAN PSPM MANUAL #SEMAK KEPUTUSAN PSPM MATRIKULASI SESI 2019/2020 #SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN #SENARAI PELAJAR YANG TERLIBAT #Soalan Lazim PSPM

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "SEMAK KEPUTUSAN PSPM MATRIKULASI SESI 2019/2020"