SEMAK STATUS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL B40 & M40

SEMAK STATUS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL B40 & M40

SEMAK STATUS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL B40 & M40
APAKAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL?.

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Nak tahu tentang BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0: PERMOHONAN BARU,KADAR BANTUAN & TARIKH BAYARAN

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Ada sesetengah individu masih keliru tentang status Bantuan Prihatin Nasional sama ada mereka layak atau tidak.

Dalam kes B40, biasanya individu ini gagal mendapat Bantuan Sara Hidup(BSH) sama ada tidak memohon atau permohonan mereka tercicir. Jadi menjadi kerisauan kepada mereka sama ada berhak untuk mendapat Bantuan Prihatin Nasional B40.

Manakala M40, biasanya individu ini tidak mempunyai data atau tidak pernah membuat potongan cukai dan tidak pernah istiharkan pendapatan mereka kepada LHDN. Jadi mereka juga masih keliru dengan status terbaru ini.

Untuk tujuan SEMAK STATUS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL B40 & M40, penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020.

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan

2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut :

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,

2) Bantuan Sara Hidup (BSH),

3) Kementerian Kewangan Malaysia

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Kementerian Kewangan

No telefon : 03-8882 9087 /03-8882 9191 /03-8882 4565 /03-8882 4566

Waktu operasi : Jam 9 pagi – 5 petang /Ahad – Jumaat (Mulai 29 Mac 2020)

Atau

LHDNM

1-800 882 747 / 03-8911 1000 . Jam 9 pagi – 5 petang /Ahad – Jumaat (Mulai 30 Mac 2020)

KAEDAH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau

2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.

2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.

3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup :

Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40:

Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional.

Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40:

Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.

 

 

Tags: #APAKAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL?. #Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 #Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 #SEMAK STATUS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL B40 & M40

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)   APA ITU JABATAN HAL
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100 SEHARI
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN   Untuk makluman,Majlis Agama Islam
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)   APA ITU MySPR

    Leave a reply "SEMAK STATUS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL B40 & M40"