SEMAKAN ANGGOTA KESIHATAN LAYAK MENERIMA ELAUN BULANAN KHAS

SEMAKAN ANGGOTA KESIHATAN LAYAK  MENERIMA ELAUN BULANAN KHAS

SEMAK KELAYAKAN ANGGOTA KESIHATAN LAYAK MENERIMA ELAUN BULANAN KHAS

APA ITU ELAUN BULANAN KHAS?

Berdasarkan PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN),kerajaan Dalam pakej rangsangan ekonomi yang pertama, Kerajaan telah bersetuju memberikan elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak ini.Jumlah elaun khas ini adalah  RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak ini berakhir. Namun timbul juga persoalan siapakah anggota kesihatan yang layak menerima elaun bulanan khas ini?

KADAR ELAUN BULAN KHAS

RM600 sebulan sehingga wabak berakhir.

SEMAK KELAYAKAN ANGGOTA KESIHATAN LAYAK MENERIMA ELAUN BULANAN KHAS

SENARAI ANGGOTA KESIHATAN LAYAK MENERIMA ELAUN BULANAN KHAS

Pegawai adalah diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk terlibat secara langsung dalam rantaian pengurusan, menangani dan membendung wabak COVID-19 seperti yang dinyatakan dalam Para 5 (a)-(h) SP KSU Bil.2/2020. Ini termasuklah mereka diarahkan bertugas oleh Ketua Jabatan.

CONTOH SITUASI

  1. i) Soalan:

Penolong Pegawai Perubatan membawa kad pengenalan individu yang disyaki atau pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19 dari Kaunter Fever COVID-19 ke Kaunter Hasil Jabatan Kecemasan dan Trauma untuk didaftarkan oleh Pembantu Tadbir.

Selain bertanggungjawab mendaftarkan pesakit, Pembantu Tadbir berkenaan juga bertanggungjawab menguruskan kemasukan bagi pesakit yang disyaki (PUI) untuk dimasukkan ke wad isolasi.

Jawapan: Layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai terlibat secara langsung dengan individu yang disyaki atau pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

  1. ii) Soalan:

Pembantu Tadbir yang ditempatkan untuk kutipan hasil di kaunter hasil hospital yang menguruskan kemasukan pesakit biasa.

Jawapan: Tidak layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai menguruskan kemasukan pesakit biasa dan tidak terlibat secara langsung dengan individu yang disyaki atau pesakit yang dijangkiti wabak COVID19.

iii) Soalan:

Pemandu Ambulans yang diarahkan untuk membawa/ mengangkut/ memindahkan pesakit COVID-19.

Jawapan: Layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai terlibat secara langsung dengan individu yang disyaki atau pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

  1. iv) Soalan:

Pembantu Tadbir yang diarahkan bertugas di kaunter saringan COVID-19 untuk membuat pendaftaran.

Jawapan: Layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai terlibat secara langsung dengan individu yang disyaki atau pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

  1. v) Soalan:

Paramedik/ Pembantu Tadbir yang bertugas di makmal yang menjalankan pengujian sampel ujian saringan COVID-19.

Jawapan:

Layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai menguruskan maklumat sampel ujian saringan COVID-19 bagi pesakit yang dijangkiti wabak tersebut.

  1. vi) Soalan:

Pembantu Perawatan Kesihatan yang terlibat dalam pengendalian sampel klinikal (penerimaan dan pendaftaran spesimen, penghantaran sampel dari wad ke makmal) bagi individu yang disyaki atau pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

Jawapan:

Layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai membawa sampel klinikal individu yang disyaki atau pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

vii) Soalan:

Staf pengurusan yang bertugas di kaunter melibatkan penerimaan dokumendokumen rasmi daripada pesakit/waris/wad biasa.

Jawapan: Tidak layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai tidak berhubung secara langsung dengan pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19. Kaunter penerimaan dokumen-dokumen rasmi daripada pesakit juga melibatkan penerimaan dokumen daripada pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit yang lain yang tiada bayaran elaun khas dibayar untuk tujuan tersebut.

SEMAKAN ANGGOTA KESIHATAN LAYAK  MENERIMA ELAUN BULANAN KHAS

viii) Soalan:

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat/ Juruteknik Komputer/Pegawai Teknologi Maklumat yang bertugas untuk pembaikian dan khidmat sokongan teknikal ke atas PC/Notebook/Rangkaian di COVID Screening Area, wad isolasi (COVID-19), recovery room dan sebagainya.

Jawapan: Tidak layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai tidak berhubung secara langsung dengan pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

  1. ix) Soalan:

Kakitangan sajian yang terlibat dalam penghantaran makanan ke wad pesakit PUI.

Jawapan: Layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai akan menghantar dan mengambil semula bekas makanan yang telah disentuh oleh pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

  1. x) Soalan:

Polis Bantuan yang terlibat mengawal selia keselamatan (pergerakan orang awam/ pesakit) di dalam fasiliti hospital?

Jawapan: Tidak layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai tidak berhubung secara langsung dengan pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19. Menjadi tanggungjawab anggota keselamatan mengawal selia keselamatan orang awam/ kakitangan/ pesakit dalam dan luar fasiliti kesihatan. Kakitangan perlu mematuhi SOP langkah pencegahan kesihatan ketika menjalankan tugas atau proses saringan kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian apron, surgical mask dan sarung tangan.

  1. xi) Soalan:

Staf kader seperti pengawal keselamatan dari CGSO yang terlibat dalam proses saringan.

Jawapan: Tidak layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai tidak berhubung secara langsung dengan pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19. Kakitangan perlu mematuhi SOP langkah pencegahan kesihatan ketika menjalankan tugas atau proses saringan kesihatan seperti penjarakan sosial, memakai apron, surgical mask dan sarung tangan.

 

xii) Soalan:

Pengawal Keselamatan yang bertugas mengawal lalu lintas di kaunter drive-thru bagi melaksanakan ujian swab pemeriksaan jangkitan COVID-19.

Jawapan: Tidak layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai tidak terlibat dalam rantaian pengurusan wabak COVID-19 dan berhubung secara langsung dengan pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

SEMAKAN ANGGOTA KESIHATAN LAYAK  MENERIMA ELAUN BULANAN KHAS

xiii) Soalan:

Anggota kesihatan yang menjalankan tugas-tugas promosi kesihatan dengan mengedar flyer kepada penduduk kampung dan orang awam yang berada di pasar.

Jawapan: Tidak layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai tidak berhubung secara langsung dengan pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

xiv) Soalan:

Kakitangan hospital seperti jurutera di Seksyen Pembangunan yang terlibat dalam kerja-kerja pemantauan, penyelenggaraan, pembaikan dan naik taraf fasiliti/ kawasan yang digunakan  untuk mengendalikan pemeriksaan saringan dan rawatan bagi individu yang disyaki atau pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

Jawapan: Tidak layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai tidak berhubung secara langsung dengan pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

  1. xv) Soalan:

Kakitangan di bawah Program Kesihatan Awam yang menjalankan kerja-kerja kawalan infeksi bagi fasiliti kesihatan di bawah KKM.

Jawapan: Layak dipertimbangkan elaun khas kerana melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan infeksi/ tugas disinfeksi di fasiliti kesihatan KKM.

xvi) Soalan:

Kakitangan yang ditugaskan untuk melakukan saringan suhu badan di pintupintu masuk utama hospital.

Jawapan: Tidak layak dipertimbangkan kerana bayaran khas ini diberikan kepada petugas yang terlibat secara langsung dengan PUI dan pesakit COVID-19.

xvii) Soalan:

Abu merupakan seorang Penolong Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD), Hospital A. Abu bertugas mengikut giliran syif petang bermula pukul 2 petang – 9 malam. Semasa syif tersebut, 2 individu yang disyaki dijangkiti COVID-19 telah menjalani saringan kesihatan di bilik isolasi ETD yang dilaksanakan oleh Pasukan Petugas COVID-19. Abu tidak terlibat dalam pengendalian kes COVID-19 semasa syif tersebut tetapi masih diarahkan untuk memakai PPE seperti apron, surgical mask dan sarung tangan sebagai langkah pencegahan kesihatan. Adakah Abu layak dipertimbangkan elaun khas ini kerana menjalankan tugas di kawasan yang berisiko tinggi untuk terdedah kepada wabak COVID-19 walaupun pegawai tidak terlibat secara langsung dengan pengendalian kes-kes COVID-19?

Jawapan:

Ketua Jabatan hendaklah mengeluarkan satu jadual bertugas yang jelas kepada petugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan menentukan pasukan petugas yang khusus untuk mengendalikan PUI dan pesakit COVID19.

Dalam situasi di atas, Ali tidak layak dipertimbangkan bayaran elaun khas ini kerana pegawai bukan sebahagian daripada pasukan petugas yang diarahkan mengendalikan PUI dan pesakit COVID19. Namun, sekiranya Ali turut membantu dalam pengendalian kes-kes COVID-19 kerana bilangan anggota dalam pasukan petugas COVID-19 di ETD tidak mencukupi, maka Ali layak dipertimbangkan bayaran elaun khas ini  tertakluk kepada pengesahan oleh penyelia yang bertugas mengendalikan kes COVID-19 di ETD.

SEMAKAN ANGGOTA KESIHATAN LAYAK  MENERIMA ELAUN BULANAN KHAS

xviii) Soalan:

Casey bekerja sebagai Jurupulih Perubatan di Unit Rehabilitasi Hospital C yang menjadi hospital saringan untuk keskes COVID-19. Berikutan dengan penularan wabak COVID-19, tugasan hakiki Casey dikurangkan kerana temujanji pesakit telah ditangguhkan buat sementara waktu bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit COVID-19. Casey telah ditugaskan untuk membantu dalam penyediaan/ pembuatan PPE sementara Hospital C mendapat bekalan stok PPE baharu. Adakah Casey layak mendapat elaun tersebut kerana membantu dalam penyediaan/ pembuatan PPE yang akan digunakan oleh pasukan petugas COVID19 di Hospital C?

Jawapan:

Bayaran elaun khas ini diberikan kepada petugas COVID-19 yang terlibat secara langsung dalam rantaian pengurusan wabak COVID-19. Dalam situasi di atas, Casey tidak terlibat secara langsung dalam pengendalian PUI dan pesakit COVID-19 atau mana-mana rantaian pengurusan wabak COVID-19. Justeru, Casey tidak layak dipertimbangkan bayaran elaun khas ini.

xix) Soalan:

Jefri merupakan Penolong Pegawai Perubatan yang ditugaskan untuk mengurus, menyedia dan mengkoordinasi peralatan seperti mesin bius, peralatan intubasi dan lain-lain di dalam bilik bedah yang mengendalikan pembedahan terhadap pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19. Semasa pembedahan dilakukan, Jefri diperlukan untuk berada dalam keadaan bersedia (standby) di luar bilik bedah sebagai persediaan sekiranya berlaku masalah dengan mesin tersebut.  Adakah Jefri layak menuntut elaun khas ini?

Jawapan: Layak dipertimbangkan elaun khas kerana pegawai terlibat dalam rantaian perawatan pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

CARA PERMOHONAN ELAUN BULANAN KHAS PETUGAS BARISAN HADAPAN

Kerajaan akan memudahkan cara permohonan elaun bulanan khas untuk petugas barisan hadapan yang mendepani wabak coronavirus (COVID-19) dengan menurunkan kuasa pengesahannya kepada ketua jabatan masing-masing.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata langkah itu diambil selepas terdapat aduan daripada petugas barisan hadapan yang menghadapi masalah membuat tuntutan elaun itu berikutan penetapan kriteria dan prosesnya yang ketat.

Setelah dipertimbangkan semula, Kementerian Kesihatan bersetuju memudah cara prosedur dan menurunkan kuasa pengesahan elaun kepada ketua jabatan masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Sila rujuk SOALAN LAZIM (FAQ) BAYARAN ELAUN KHAS KEPADA DOKTOR DAN ANGGOTA KESIHATAN DALAM MENANGANI DAN MEMBENDUNG PENULARAN WABAK COVID-19

 

Tags: #APA ITU ELAUN BULANAN KHAS? #CARA PERMOHONAN ELAUN BULANAN KHAS PETUGAS BARISAN HADAPAN #KADAR ELAUN BULAN KHAS #SEMAK KELAYAKAN ANGGOTA KESIHATAN LAYAK MENERIMA ELAUN BULANAN KHAS #SENARAI ANGGOTA KESIHATAN LAYAK MENERIMA ELAUN BULANAN KHAS

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "SEMAKAN ANGGOTA KESIHATAN LAYAK MENERIMA ELAUN BULANAN KHAS"