SEMAKAN BANTUAN PERMAI RM500(PEMANDU TEKSI,BAS & E-HAILING)
Kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Bas Persiaran, Bas Sekolah dan e-Hailing yag layak,bantuan PERMAI RM500 akan diberikan secara ‘one off’ di bawah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dengan peruntukan RM15 bilion sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Januari 2021 lalu.
APA ITU BANTUAN PERMAI RM500(PEMANDU TEKSI,BAS & E-HAILING)
Ini adalah sebahagian daripada 22 inisiatif PERMAI yang diperkenalkan untuk melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat semasa berlakunya wabak COVID-19.
SIAPAKAH YANG PERLU BUAT PERMOHONAN?
Untuk mempercepatkan proses pembayaran, pemandu yang telah menerima bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini akan dikecualikan daripada melalui proses permohonan bagi menerima bantuan PERMAI 2021 dan hanya saringan lesen sahaja yang perlu dibuat.
PENERIMA PRIHATIN 2020 LAYAK MENDAPATKAN BANTUAN TUNAI ‘ONE OFF’ RM500 BAWAH PAKEJ PERMAI TANPA MELALUI SARINGAN KRITERIA KELAYAKAN
Bantuan tunai PERMAI ini akan memanfaatkan kepada 118,000 pemandu yang telah diluluskan dan mereka yang masih belum membuat permohonan.
SEMAKAN BANTUAN PERMAI RM500
Berikut adalah senarai pemandu yang layak menerima bantuan PERMAI RM500:
PEMANDU TEKSI DAN KERETA SEWA
Semua pemandu teksi dan kereta sewa yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan PERMAI.
PEMANDU BAS PERSIARAN
Semua pemandu bas persiaran yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman PERKESO sekali lagi dan hanya saringan lesen memandu yang sah sahaja akan dibuat.
PEMANDU BAS SEKOLAH
Semua pemandu bas sekolah yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu didaftarkan semula oleh syarikat masing-masing dan hanya saringan lesen vokasional, PSV yang sah sahaja akan dibuat.
PEMANDU E-HAILING
Syarat pendapatan minima RM1,200 untuk pemandu e-hailing bagi mendapatkan bantuan PRIHATIN sebelum ini dikurangkan kepada minima RM700 di bawah PERMAI untuk bulan Oktober 2020, November 2020 atau Disember 2020.
Kementerian Pengangkutan Malaysia menggesa kepada semua pemohon baharu supaya memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sesuai dengan kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai mereka tidak lagi tertangguh.
CARA BUAT SEMAKAN BANTUAN PERMAI RM500(PEMANDU TEKSI,BAS & E-HAILING)
Berikut adalah cara buat semakan permohonan dan semakan status:
- Layari Agensi Pengangkutan Awam Darat di pautan http://permai2021.apad.gov.my/
- Tekan menu Kategori Permohonan
- Klik kategori
- Teksi
- Bas Persiaran
- Bas Sekolah
- e-Hailing
- Semak kriteria kelayakan dan klik butang SETUJU
- Sila masukkan nombor MyKad tanpa sengkang
- Tekan butang Semak / Daftar
- Teruskan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
- Tekan butang simpan setelah selesai.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Pejabat APAD
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),Aras G, M dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
03 – 2603 6600
https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1833542020146627
http://permai2021.apad.gov.my/
Tags: #BANTUAN PERMAI PEMANDU BAS PERSIARAN #BANTUAN PERMAI PEMANDU BAS SEKOLAH #BANTUAN PERMAI PEMANDU E-HAILING #CARA BUAT SEMAKAN BANTUAN PERMAI RM500 #PEMANDU TEKSI DAN KERETA SEWA (PERMAI) #SEMAKAN BANTUAN PERMAI RM500
Sinnappan a/l Muniappen1 week ago
E-HAILING
Sinnappan a/l Muniappen1 week ago
Permohonan Baru….
Mohd Zain Bin Abdullah @ Mahendra1 week ago
Permohonan baru Bantuan E-hailing
alias b musa1 week ago
Results bantuan prihatin
Any Soon Hock1 week ago
SEMAKAN BANTUAN PERMAI RN500(PEMANDU E-HAILING)
HASSAN ALY BIN OMAR KHAN1 week ago
Permohonan baru BANTUAN E-HAILING
Abdul Ghani Mohd Nor1 week ago
Saya WargaNegaraEMAS bawa grab car ingin bantuan PERMAI…TQ
loh kai choong1 week ago
SEMAKAN BANTUAN PERMAI RN500(PEMANDU E-HAILING)
ENTILI ANAK MUPING1 week ago
Semakan bantuan permai ehailing
ENTILI ANAK MUPING1 week ago
SEMAKAN BANTUAN PERMAI RM500 E HAILING
Puven1 week ago
Permohonan baru ehailling
Zilkifli bin abd1 week ago
Pemandu E .hailing
MOHD HAIROL HISAN BIN MOHD NAWI1 week ago
SEMAKAN BANTUAN PERMAI RM500(PEMANDU TEKSI,BAS & E-HAILING)”
Wan Hafiz Azwan bin Wan hassan1 week ago
wan hafiz azwan BIN wan hassan. ,,SEMAKAN BANTUAN PERMAI RM500(BIRASE2)
Vincent alun7 days ago
Semakan bantuan permai RM500 pemandu teksi
MOHD HALIM SHAH6 days ago
Pemandu e-hailing
Batti Krishnan6 days ago
Semakan bantuan penandu bus pelancungan.