SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020

SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020

SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020

Industri getah adalah antara sumber pendapatan negara.Pelbagai produk menggunapakai getah untuk barangan dan produk mereka. Tetapi hari ini industri getah semakin mencabar ekoran harga getah terus merudum turun. Hal ini menimbulkan kerisauan dikalangan penoreh getah di Malaysia.

Bagi memberi dorongan dan semangat kepada pekebun kecil getah di Malaysia, pihak Kemajuan Pekebun Kecil Perushaaan Getah (RISDA) telah mengambil langkah dastik bagi menjaga kepentingan penoreh getah dan pengusaha getah di Malaysia.

Individu yang terlibat dalam bidang pertanian dan terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 boleh memohon  GERAN RISDA RM20,000

APA ITU RISDA     

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen.

Antar fungsi dan peranan RISDA :

  • Melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri getah sektor pekebun kecil;

 

  • Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawasi Skim yang disediakan dan diluluskan di bawah peruntukan Bahagian VI Akta RISDA 1972;

 

  • Memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, program latihan dan pendidikan kepada sektor pekebun kecil;

 

  • Mengumpulkan dan menguruskan perangkaan atau maklumat yang perlu dan menyenggara rekod yang berhubungan dengan sektor pekebun kecil;

 

  • Merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti lain yang boleh meningkatkan taraf kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;

 

  • Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dimodenkan untuk memperbaiki kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;

 

  • Melakukan apa-apa perkara lain yang membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Baca tentang BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020:  CARA,BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BMT


RISDA telah perkenalkan pelbagai bantuan getah kepada yang layak. Sudah pastinya untuk anda menerima tawaran bantuan RISDA ini, anda perlu lakukan pendaftaran terlebih dahulu.

DAFTAR PEKEBUN KECIL

Cara Daftar/Permohonan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC)

SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020

Contoh Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC)
SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020
Faedah SIC

SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020

Maklumat Pada SIC

SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020
SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020
QR KOD

SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020

Kelayakan Pemegang SIC

SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020

SENARAI BANTUAN RISDA 2020

Program Peningkatan Produktiviti (PPG)

Contoh bantuan PPG antaranya adalah cawan getah, spring pengilat getah, sudu, pisau toreh dan racun rumpai kerana kos untuk peralatan itu kira-kira RM500 sehektar.

Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG)

Bantuan SIPG pula adalah bahan rangsangan susu getah jenama enthopon dan baja yang kosnya berjumlah RM315 setiap seorang. Kita berikan 16 beg baja untuk sehektar dan satu beg baja ini boleh digunakan untuk 10 pokok getah

Bagi pekebun kecil yang mahu menggunakan bahan penggalak lain boleh berbuat demikian tetapi perlu mendapat kelulusan Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan syarat mampu meningkatkan hasil susu getah.

Contoh bantuan SIPG :

Baja RISDA 4 , Etefon ,Cuka getah

PROGRAM INFRASTRUKTUR PEMASARAN (PIP)

Peruntukan bagi pembinaan PIP adalah seperti berikut

Jenis Kos/Unit (RM)

 PTS 250,000

 DPS / DPL 25,000

 PMGB 50,000

Sekiranya kos pembinaan melebihi daripada peruntukan yang diluluskan, perbezaan ini hendaklah ditanggung oleh pihak pemohon.

PROGRAM TANAM SEMULA

RISDA juga menyediakan bantuan tanam semula.

KADAR BANTUAN TANAM SEMULA

9,230 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Semenanjung sahaja)

13,500 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Sarawak sahaja)

14,000 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Sabah sahaja)

2,500 (untuk Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) di Semenanjung sahaja)

7,000 (untuk Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil-NKEA(TSSPK-NKEA) di Semenanjung sahaja)

Untuk maklumat lanjut bantuan tanam semula, baca disini

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH(BMT)

Jumlah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM600

SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2020 ONLINE

  1. Semakan status permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dibuat secara online menerusi pautan BMT 
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang “SEMAK”.

INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) merupakan initiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu pekebun kecil getah di Negara ini menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pendapatan mereka.

IPG diaktifkan apabila harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di bawah paras RM6.10 se kilogram ATAU purata bulanan harga cuplump/sekerap di bawah paras RM2.50 se kilogram.

Contoh: Harga Purata peringkat ladang adalah RM2.00 sekilo.

Bayaran insentif yang akan diberikan adalah RM0.50 bagi setiap kilogram. Insentif ini dikendalikan oleh Lembaga Getah Malaysia,bukan RISDA.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang IPG, baca disini

BANTUAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI PEKEBUN KECIL RISDA 2020

Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil RISDA yang terjejas pendapatannya akibat pandemik Covid-19. Pemberian Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 Kepada Pekebun Kecil RISDA Berikutan Penularan Wabak Covid-19 pada tahun 2020 dikenali juga sebagai BKC 2020.

Permohonan BKC 2020 bagi Pekebun Kecil RISDA boleh dibuat di mana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA yang berhampiran manakala bagi permohonan Penoreh Bukan Pemilik hanya boleh dibuat di Pusat Tanggungjawab di mana kebun yang ditoreh itu berada. Disyaratkan jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat dan hanya seorang penerima bantuan sahaja bagi setiap lot.

SEMAKAN BANTUAN  BANTUAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI PEKEBUN KECIL RISDA 2020

Semak pada portal RISDA,masukan nombor ic, akan dipaparkan sama ada layak atau tidak.

Jika nama anda tidak disenaikan dan anda layak, sila buat permohonan baru iaitu permohonan baru BANTUAN KHAS COVID-19 PEKEBUN KECIL RISDA (BKC 2020). Permohonan ditutup pada 30 Jun 2020.

 

 

Tags: #BANTUAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI PEKEBUN KECIL RISDA 2020 #BANTUAN MUSIM TENGKUJUH(BMT) #PROGRAM INFRASTRUKTUR PEMASARAN (PIP) #Program Peningkatan Produktiviti (PPG) #PROGRAM TANAM SEMULA #SEMAKAN BANTUAN  BANTUAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI PEKEBUN KECIL RISDA 2020 #SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020 #SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2020 ONLINE #Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG APA ITU PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG? Program
    STATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSTATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK Ramai yang tengah cari maklumat tentang
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN APA ITU RUMAH SELANGORKU Skim ini merupakan perumahan yang
    1. author

      ABDURRAHMAN BIN YAHYA4 months ago

      Bantuan khas risda aidilfitri.

      Reply
    2. author

      ABDURRAHMAN BIN YAHYA4 months ago

      Bantuan khas aidilfitri risda 2020

      Reply
    3. author

      AZIZAN BIN HASHIM2 months ago

      As salam
      Bantuan Pekebun Kecid Covid19 sudah dikreditkan ke akaun atau belum

      Reply
    4. author

      ROSILAWATI BINTI MOHD NOOR2 months ago

      Bantuan Risda pekebun kecil convid belum dikreditkan

      Reply
    5. author

      Muhamad nizar ismail2 days ago

      Bmt 2020 adakah saya lulus

      Reply

    Leave a reply "SEMAKAN BANTUAN RISDA 2020"