SEMAKAN BPN,PERMOHONAN BARU/RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

SEMAKAN BPN,PERMOHONAN BARU/RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

SEMAKAN BPN PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Ramai yang bertanya bagaimana cara semakan BPN dibuat? Bermula 1 April, semakan BPN boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional. Sekarang capaian ke portal berkenaan semakin pulih berbanding pada 1 April  memandangkan ramai  rakyat Malaysia cuba untuk semak status permohonan masing-masing. Perkara perlu diberi perhatian adalah mana-mana penerima BSH 2020 secara automatik layak menerima BPN. Jadi anda tidak perlu membuat permohonan baru.

APAKAH MAKSUD  STATUS PERMOHONAN DITERIMA BPN? 

Namun bagi golongan M40 / bujang, sebaiknya anda semak status permohonan masing-masing di bpn.hasil.gov.my untuk kepastian.Mungkin anda juga yang telah menerima SMS / emel tentang status BPN masing-masing.

MAKLUMAT TENTANG BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Merupakan salah satu bantuan secara tunai yang terkandung dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdapat 4 kategori penerima BPN:

  • RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  • RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  • RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  • RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

SEMAKAN BPN PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

BPN hanya untuk golongan B40 dan M40. Bagi kategori B40, berikut adalah syarat kelayakan BPN 2020:

Isi rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Bujang

  • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah

Bagi kategori M40 yang layak pula adalah seperti berikut:

Isi rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

Bujang

  • Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur 21 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP
  • Semakan status permohonan BPN boleh dibuat di portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my

TERBARU : CARA ISI BORANG PERMOHONAN & RAYUAN BPN


CARA SEMAK KELAYAKAN BPN

  • Masukkan nombor IC anda
  • Isi kod captcha yang diminta

Maklumat permohonan akan dipaparkan

Terdapat tiga status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:

-Jika status LULUS: Anda layak untuk terima duit BPN

-Jika status TIDAK LULUS: Anda tidak layak untuk terima duit BPN.

-Jika status TIADA REKOD: Anda layak untuk terima duit BPN

Rayuan Bantuan Prihatin Nasional TIDAK LULUS

Jika status semakan TIDAK LULUS, and tidak layak untuk menerima bantuan ini.

Teruskan untuk melihat paparan kenapa tidak diluluskan.

  • Jika status permohonan BPN anda tidak lulus, tidak perlu daftar atau Log Masuk BPN
  • Cukup sekadar di muka hadapan portal BPN sahaja
  • Selepas masukkan Nombor Mykad anda, klik butang Carian
  • Masukkan aksara CAPTCHA seperti dipinta
  • Status TIDAK LULUS akan dipaparkan
  • Butang ALASAN TIDAK LULUS juga akan dipaparkan

PERMOHONAN BARU BPN

Permohonan baru / rayuan boleh dibuat di portal rasmi BPN bermula 1 April 2020 hingga 30 April 2020.

Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan, pemohon perlu mengemukakan bukti pendapatan ketika proses permohonan baru / rayuan dibuat. Kesemua dokumen akan disemak berdasarkan data agensi ditetapkan iaitu data BSH dan data percukaian LHDNM.

MAKLUMAT DAN PERTANYAAN LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Kementerian Kewangan atau LHDNM di talian berikut:

Kementerian Kewangan

03-8882 9089

03-8882 9087

03-8882 9191

03-8882 4565

03-8882 4566

LHDNM

1-800 882 747

03-8911 1000

Waktu operasi dari jam 9 pagi – 5 petang (Ahad – Jumaat).

Tags: #CARA SEMAK KELAYAKAN BPN #PERMOHONAN BARU BPN #SEMAKAN BPN #SEMAKAN BPN PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL #tiga status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    TARIKH PERTUKARAN GURU 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTARIKH PERTUKARAN GURU 2021 APA ITU eGTUKAR? eGTukar merupakan salah satu modul
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP APA ITU ePenyata Gaji ANM? ePenyata
    PENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG APA ITU PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG? Program
    STATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSTATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK Ramai yang tengah cari maklumat tentang
    1. author

      Suthon A/L takwi6 months ago

      Bilakah saya akan menerima BPN.Saya lewat memohon dan belum mendaftar BSH tetapi saya layak dan dikategori didalam b40..permohonan saya telah diterima.Bilakah tarik saya akan menerima bantuan BPN. Terima kasih ( 15.4.2020)

      Reply
    2. author

      Amarjeet singh a l Santokh Singh1 month ago

      Tuan

      Saya nah mohon sebab umur saya dah sampai 60.I tiada kerja pada masa ini.
      Saya minta rayuan untuk bantuan.
      Tolong nasihat saya.

      Amarjeet singh
      0127339410.
      Satu malaysia

      Reply

    Leave a reply "SEMAKAN BPN,PERMOHONAN BARU/RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL"