SEMAKAN BPR:CARA CHECK STATUS BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021
Bermula tahun 2021,pemohon yang layak untuk membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat(BPR), ingin membuat semakan BPR sama ada layak untuk memohon atau menerima bantuan ini.Bagaimanaka cara untuk check status Bantuan Prihatin Rakyat(BPR)?
Jika nak mohon i-Sinar Kategori 2, rujuk CARA PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 2
TARIKH SEMAKAN BPR
Untuk makluman,pihak kerajaan belum membuat sebarang pengumuman tentang tarikh untuk membuat semakan Bantuan Prihatin Rakyat(BPR).
Nak tahu bila duit i-Sinar masuk ke akaun bank anda? Rujuk CHECK DUIT i-SINAR DAH MASUK BANK
Apa yang sebenarnya perlu buat semakan? Antara maklumat yang perlu dibuat semakan adalah:
SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN BPR
Sebagai pemohon,anda perlu buat semakan untuk memastikan anda layak untuk membuat permohonan BPR.
Rujuk Syarat Kelayakan Permohonan BPR
SEMAKAN STATUS KELULUSKAN BPR
Sekiranya data dan maklumat pemohonan diambil daripada data penerima Bantuan Sara Hidup(BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional(BPN),anda juga perlu semak status sama ada anda layak/lulus untuk menerima BPR.
Jika anda LULUS BPR,anda perlu membuat kemaskini BPR.
Jika anda TIDAK LULUS/TIDAK LAYAK BPR,anda boleh cuba buat PERMOHONAN BARU BPR.
SEMAKAN STATUS PENERIMA PERMOHONAN BPR
Sekiranya anda telah membuat permohonan BPR,menjadi tanggungjawab pemohon juga untuk semak status penerimaan permohonan BPR sama ada permohonan anda DITERIMA atau DALAM PROSES.
Nak tebus BAUCAR RM200 untuk beli barang elektrik di Shopee?Sila daftar PROGRAM SAVE 2.0
MAKSUD PERMOHONAN BPR DITERIMA
Jika anda baharu sahaja mendaftar pada laman portal BPR, maka status ini akan dipaparkan. Bermakna anda adalah dalam kategori permohonan baru. Ia juga memberi makna bahawa permohonan anda sedang diproses dan dinilai untuk diluluskan bergantung kepada kelayakan anda.
Jika tersilap isi amaun i-Sinar KWSP,boleh buat KEMASKINI AMAUN i-SINAR
MAKSUD PERMOHONAN BPR DALAM PROSES
Jika permohonan anda sedang diproses dan disemak pada laman portal BPR, maka status ini akan dipaparkan. Bermakna permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDNM sama ada LULUS atau GAGAL.
MAKSUD PERMOHONAN BPR TIDAK WUJUD
Jika permohonan anda tidak lengkap atau tidak dihantar. Status PERMOHONAN BPR TIDAK WUJUD akan dipaparkan. Bermakna permohonan anda tidak lengkap atau tidak masuk ke sistem portal BPR.
MAKSUD PERMOHONAN BPR DILULUSKAN
Maksudnya,permohonan BPR anda diluluskan dan anda akan menerima bayaran pada tarikh yang dimaklumkan kelak,bayaran dibuat melalui nombor akaun yang diberikan semasa permohonan.
MAKSUD PERMOHONAN BPR GAGAL
Maksudnya,permohonan BPR anda gagal/tidak berjaya dan anda perlu membuat permohonan baharu BPR melalui online. Sila hubungi pihak LHDNM untuk mendapatkan penjelasan atau semak sebab/punca gagal permohonan.
SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BPR
Jika permohonan BPR anda berjaya, anda perlu membuat semakan status pembayaran BPR.
Terdapat dua jenis status pembayaran BPR:
STATUS PEMBAYARAN BPR BERJAYA KREDIT
Berjaya kredit bermaksud wang Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) anda berjaya dibayar ke akaun bank anda yang diambil daripada data Bantuan Sara Hidup(BSH) atau data pembayar cukai LHDNM
STATUS PEMBAYARAN BPR GAGAL KREDIT
Gagal kredit bermaksud wang Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) anda tidak berjaya dibayar ke akaun bank anda kerana sebab-sebab berikut :
-akaun tidak aktif, nombor akaun daripada data yang diambil daripada data Bantuan Sara Hidup atau data pembayar cukai LHDN salah.
-tiada langsung maklumat akaun.
CARA BUAT SEMAKAN BPR
Berikut adalah contoh cara buat semakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021:
- Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
- Sila isi Nombor Kad Pengenalan
- Sila lengkapkan CAPTCHA
- Tekan SEMAK
- Maklumat pemohon BPR akan dipaparkan.
- Jika permohonan anda LULUS,maklumat seperti status bayaran,jumlah dan fasa akan dipaparkan.
- Jika permohonan anda GAGAL,maklumat KOD TIDAK LULUS/GAGAL akan dipaparkan.
- Jika layak,anda boleh membuat permohonan RAYUAN BPR.
CARA CHECK DUIT BPR MASUK KE AKAUN BANK
Ada beberapa cara untuk check duit BPR telah masuk ke belum ke dalam akaun bank anda.
CHECK DUIT BPR MASUK MELALUI PORTAL BPR
Anda hanya perlu login BPR,sila semak maklumat bayaran.Akan dipaparkan tarikh dan masa duit BPR dikreditkan ke akaun pemohon.
CEHCK DUIT BPR MASUK MELALUI ONLINE BANKING
Jika anda membuat online banking seperti CIMB CLICK,MAYBANK2U,anda boleh terus membuat semakan sama ada duit BPR telah masuk ke dalam akaun anda.
Anda juga boleh membuat kemaskini secara manual di bank masing-masing.
Untuk maklumat, biasanya bayaran bantuan BPN atau BSH, bayaran dibuat secara berperingkat mengikut bank pemohon,ada bank yang cepat membuat bayaran,ada bank yang lewat membuat bayaran.
Tags: #CARA BUAT SEMAKAN BPR #CARA CHECK DUIT BPR MASUK KE AKAUN BANK #CEHCK DUIT BPR MASUK MELALUI ONLINE BANKING #CHECK DUIT BPR MASUK MELALUI PORTAL BPR #MAKSUD PERMOHONAN BPR DALAM PROSES #MAKSUD PERMOHONAN BPR DILULUSKAN #MAKSUD PERMOHONAN BPR DITERIMA #MAKSUD PERMOHONAN BPR GAGAL #MAKSUD PERMOHONAN BPR TIDAK WUJUD #SEMAKAN BPR:CARA CHECK STATUS BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021 #SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN BPR #SEMAKAN STATUS KELULUSKAN BPR #SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BPR #SEMAKAN STATUS PENERIMA PERMOHONAN BPR #STATUS PEMBAYARAN BPR BERJAYA KREDIT #STATUS PEMBAYARAN BPR GAGAL KREDIT #TARIKH SEMAKAN BPR
Annie Ak ipar2 weeks ago
SEMAKAN BPR
Asrul wong1 week ago
SEMAKAN BOR:CARA CHECK STATUS BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021
Noorzahnaney pg mohidin1 week ago
Semakkan bpr
sheila1 week ago
permohonan baru bpr
Nur Farhana Marisin Binti Abdullah2 days ago
semakan bpr
Rizal bin rasman1 day ago
Nak tambah pendapatan bulanan