CARA DAFTAR SUBSCRIPTION DURIOO+ (Senarai Pakej & Harga)

CARA DAFTAR SUBSCRIPTION DURIOO+ (Senarai Pakej & Harga)

DURIOO+

Kepada ibu bapa semestinya mengambil ambik berat tentant cerita yang anak-anak tonton. Sebaiknya didiklah anak dengan menonton cerita yang ada nilai-nilai Islamik. Antara salah satu platform penstriman yang sesuai untuk dilanggan adalah Durioo+ , yang menekankan nilai-nilai islamik di dalamnya. Disini kami akan kongsikan cara melanggan beserta senarai dan pakej yang tersedia, semoga membantu.

 

APA ITU DURIOO+

Durioo+ adalah sebuah platform selamat untuk kanak-kanak Islam. Kandungan konten di dalam platform ini terdiri daripada Konten yang mempunyai nilai Islamik, Konten pembelajaran menarik untuk Kanak-Kanak Islam, Konten yang telah ditapis oleh Ibu Bapa Muslim, Konten menarik untuk tontonan Anak-Anak dan yang paling penting Konten bebas iklan

 

KELEBIHAN LANGGAN DURIOO+

Berikut adalah merupakan antara kelebihan melanggan platform ini iaitu:

  • Menyediakan Platform Selamat untuk Kanak-Kanak Islam
    • Platform yang hanya mengandungi konten yang baik dan mempunyai nilai Islamik sesuai untuk kanak kanak berumur 2 hingga 12 tahun.
  • Menyediakan Platform Bebas Agenda Bukan Islamik
    • Bebas dari mana mana agenda yang boleh memudaratkan minda kanak kanak seperti LGBTQ dan lain lain.
  • Menyediakan Platform Bebas Iklan
    • Tidak menyelitkan pengaruh kapitalis mahupun cubaan eksploitasi minda kanak kanak.
  • Memperbanyakan Konten dengan nilai Islamik Khusus untuk Kanak-Kanak Islam
    • Mempelbagaikan lebih banyak konten dengan nilai Islamik untuk ditonton oleh kanak-kanak dengan harapan dapat memberikan impak positif kepada kanak-kanak.
  • Menggalakkan lebih banyak Muslim creator membuat konten dengan nilai Islamik
    • Menyediakan satu platform untuk Muslim Creators berkarya dan menyediakan lebih banyak konten positif yang mempunyai nilai Islamik.

 

PERANTI MENYOKONG DURIOO+

Anda boleh tonton platfiorm ini di mana-mana sahaja, bila-bila masa melalui:

  • Telefon bimbit
  • Tablet
  • iPad
  • Android TV
  • Apple TV

NOTA: Anda juga boleh Chromecast dan muat turun video untuk tontonan secara offline.

 

MUAT TURUN APLIKASI DURIOO+

Bagi memudahkan anda untuk melayarinya, anda anya perlu muat turun aplikasinya seperti pautan di bawah:

 

RANCANGAN TERSEDIA DURIOO+

Berikut adalah merupakan antara rancangan yang tersedia seperti:

  • Animasi
  • Lagu kanak-kanak
  • Doa & zikir
  • Cerita
  • Bacaan Quran
  • Dokumentari
  • Rancangan realiti
  • Dan banyak lagi.

NOTA: Pelanggan Durioo boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton.

 

SENARAI PAKEJ & HARGA LANGGAN DURIOO+

Berikut adalah merupakan harga pakej yang tersedia iaitu:

  • Pakej 6 Bulan: RM77.00
  • Pakej 12 Bulan: RM149.00

 

CARA LANGGANAN DURIOO+

Kepada anda yang berminat untuk melanggan Durioo+ ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Durioo+: https://duriooplus.com/pro/
  2. Pada papran utama klik pada Saya nak Langgan Sekarang | Tekan Sini
  3. Kemudian pilih pakej yang inginkan dan klik pada:
    • Saya Nak Langgan Enam Bulan
    • Saya Nak Langgan Satu tahun
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan apda ruangan yang tersedia dengan lengkap
  5. Setelah siap diisi klik pada Teruskan Ke Pembayaran
  6. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai
  7. Setelah pembayaran anda berjaya, anda kini boleh menonton rancangan tersedia

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai  Cara Daftar Subscription Durioo+, anda boleh melayari portal rasminya di pautan https://duriooplus.com/pro/

ARTIKEL BERKAITAN

1 thought on “CARA DAFTAR SUBSCRIPTION DURIOO+ (Senarai Pakej & Harga)”

  1. Bagaimanakah permohonan untuk beroperasi di sepanjang PKP. Nombor permohonan 0-00083117 yang bertarikh pada 22/04/2020 ,nama syarikat Poly Magnate Sdn.Bhd. Sila menjawab saya dengan segera.

    Terima kasih.

    Balas

Leave a Comment