DECODER ASTRO NJOI ROSAK (Cara Replacement Harga Second)

DECODER ASTRO NJOI ROSAK (Cara Replacement Harga Second)

DECODER ASTRO NJOI ROSAK

Kepada anda yang menggunakan perkhidmatan astro atau njoi, semestinya akan memerlukan penggunaan decoder untuk melayani siaran yang tersedia. Tetapi bagaimana jika decoder astro atau njoi anda rosak? Boleh ke ganti yang baru? Disini kami akan kongsikan keapda anda caranya, semoga membantu.

TANDA DEKODER ASTRO NJOI ROSAK

Berikut adalah merupakan antara tandanya decoder anda rosak iaitu

  1. Siaran sangkut-sangkut (hang)
  2. Tidak detect dengan remote
  3. Telah cuba on off decoder tetapi tidak berjaya, contohnya dekoder keep updating
  4. Decoder menyala, tetapi jam pada decoder tidak tertera
  5. Keluar error pada dekoder (Nombor 1 atau 2)

 

CARA TUKAR DECODER ASTRO ROSAK

Berikut adalah merupakan cara untuk menukar dekoder astro anda iaitu:

  1. Hubungi atau Whatsapp pihak astro di talian +603 9543 3838 atau chat di FB rasmi Astro di pautan https://www.facebook.com/Astro/?fref=nf
  2. Maklumkan tentang permasalah anda atau nyatakan bahawa dekoder astro anda rosak
  3. Teknisyen Astro akan hadir ke rumah anda untuk mengantikan decoder astro yang baru
  4. Anda akan dikenakan cas sebanyak RM65 bagi penggantian dekoder ini

 

CARA TUKAR DECODER NJOI ROSAK

Berikut adalah merupakan proses pengantian decoder njoi yang rosak mengikut jenis decoder iaitu:

  1. Decoder Njoi versi lama (Silver Refurbish)
    • Decoder ini tidak mempunyai tempoh warranty.
    • Sebarang kerosakan selepas pemasangan adalah ditanggung oleh customer sendiri
    • Sekiranya berlaku kerosakan customer dikehendaki membaiki semula atau membeli decoder lain (model lama sahaja).
  2. Decoder Njoi versi Beyond terpakai (Beyond Refurbish)
    • Warranty untuk decoder ini adalah selama setahun,sebarang kerosakan berlaku selepas tempoh setahun adalah ditanggung oleh customer sendiri.
    • Decoder rosak perlu dibaiki, tidak boleh membeli decoder lain sebagai ganti decoder yang telah rosak.
    • Customer dikehendaki mendaftar baru serta membuat pembayaran baru.
  3. Decoder Njoi versi Baru Beyond Zapper (New)
    • Warranty untuk decoder ini adalah setahun,sebarang kerosakan berlaku selepas tempoh setahun adalah ditanggung oleh customer.
    • Decoder rosak perlu dibaiki, tidak boleh membeli decoder lain sebagai ganti decoder yang telah rosak.
    • Customer dikehendaki mendaftar baru serta membuat pembayaran baru.

 

KADAR HARGA SECOND DECODER ASTRO NJOI

Berikut adalah merupakan kadar harga secod bagi setiap decoder:

  1. Decoder astro – tiada jualan second kerana anda dikehendaki untuk menukar yang baru
  2. Decoder Njoi
    • Anggaran RM100 ke bawah bagi jenis Decoder Njoi versi lama.
    • Bagi decoder Njoi Beyond dan Njoi Zapper, tiada tiada jualan second kerana anda dikehendaki untuk menukar yang baru

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment