SEMAKAN DAN PERMOHONAN WAGE SUBSIDY

SEMAKAN DAN PERMOHONAN WAGE SUBSIDY

SEMAKAN DAN PERMOHONAN WAGE SUBSIDY

Apakah itu Wage Subsidy?

  1. Wage Subsidy merupakan langkah penambahbaikan kepada usaha Kerajaan untuk majikan mengekalkan pekerja.
  2. Wage Subsidy adalah subsidi upah sebanyak RM600 sebulan kepada majikan bagi setiap pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah (terhad kepada 100 orang) untuk tempoh 3 bulan.

Apakah objektif Wage Subsidy?

  1. Membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengekalkan pekerja mereka.
  2. Mengelakkan pekerja daripada dibuang kerja dan hilang punca

pendapatan.

Bilakah Wage Subsidy mula berkuatkuasa?

Wage Subsidy mula berkuatkuasa pada 1 April 2020.

Berapa lamakah tempoh Wage Subsidy?

Tempoh Wage Subsidy adalah selama 3 bulan.

Apakah perbezaan ERP berbanding Wage Subsidy yang telah diumumkan oleh YAB PM sebelum ini?

  1. ERP adalah bantuan RM600 yang dibayar kepada pekerja melalui majikan mereka bagi tempoh maksimum 6 bulan. Manakala Wage Subsidy adalah subsidi upah sebanyak RM600 sebulan yang dibayar kepada majikan bagi setiap pekerja mereka (terhad kepada 100 orang) bagi tempoh maksima 3 bulan.
  2. ERP hanya terikat dengan notis cuti tanpa gaji yang dipersetujui oleh pekerja dan majikan. Manakala Wage Subsidy adalah satu inisiatif untuk membantu majikan meneruskan operasi dan dapat mengurangkan risiko majikan dari mengambil tindakan seperti pengurangan gaji, mengurangkan hari bekerja, menolak cuti tahunan pekerja atau mengambil tindakan yang lebih drastik iaitu penamatan perkhidmatan pekerja.
  3. Majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak bulan Januari 2020.

    SEMAKAN DAN PERMOHONAN WAGE SUBSIDY

Semakan  syarat kelayakan untuk menerima Wage Subsidy

  • Majikan dan pekerja hendaklah berdaftar atau mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
  • Majikan perlu membuat akuan pengisytiharan syarikat mengalami penurunan pendapatan lebih 50% dengan membandingkan jumlah jualan pada bulan Januari 2020 dengan bulan-bulan berikutnya.
  • Pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah dan ianya terhad kepada 100 orang sahaja bagi setiap majikan terbuka kepada semua sektor.
  • Majikan hendaklah memastikan mereka tidak membuang pekerja, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan memotong gaji sedia ada pekerja semasa menerima bantuan bagi tempoh 3 bulan tersebut dan 3 bulan berikutnya.

Contohnya: Seseorang majikan yang telah menerima bayaran bantuan Wage Subsidy pada bulan April tidak boleh mengambil tindakan di atas semasa menerima bantuan dan 3 bulan berikutnya iaitu Mei, Jun, Julai, Ogos dan September.

Semakan yang tidak layak memohon Wage Subsidy

  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan SIP PERKESO;
  • Pekerja yang sama yang telah mendapat bantuan kewangan ERP pada bulan yang sama;
  • iii. Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pekerja asing dan pegawai dagang;
  • Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers; dan
  • Pekerja asing dan pegawai dagang.

Siapakah yang layak mengemukakan permohonan Wage Subsidy?

Hanya majikan sahaja yang layak mengemukakan permohonan.

Cara permohonan Wage Subsidy boleh dikemukakan

Semua permohonan perlu dikemukakan oleh majikan sahaja mulai 1 April 2020 di capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my

Senarai Dokumen Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Wage Subsidy, apakah dokumen yang diperlukan:

  • Senarai nama pekerja (terhad 100 orang pekerja)
  • Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)
  • Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID.
  • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB
  • Akuan Pengisyitharan PSU50
  • Bukti sokongan adalah seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.

Tags: #Apakah itu Wage Subsidy? #Cara permohonan Wage Subsidy boleh dikemukakan #Semakan  syarat kelayakan untuk menerima Wage Subsidy

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    TRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000 Untuk makluman kepada PKS,Bank
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    1. author

      ELIM INDUSTRIES SDN BHD11 months ago

      Good morning, may i know how about my application of wage subsidy program, thank you

      Reply

    Leave a reply "SEMAKAN DAN PERMOHONAN WAGE SUBSIDY"