SSPI(Semak Status Perjalanan Imigresen Sebelum Ke Luar Negara)

SSPI(Semak Status Perjalanan Imigresen Sebelum Ke Luar Negara)

SSPI SEMAK STATUS IMIGRESEN

Sekiranya anda nak pergi ke luar negara dan seharusnya untuk membuat Semakan Status Perjalanan Imigresen (senarai hitam) sebelum merancang keluar negara. Bagaimana cara ingin membuat semakan? Disini kami kongsikan cara membuat Semakan Status perjalan, semoga membantu.SSPI SEMAK STATUS IMIGRESEN

 

APA ITU SSPI

Untuk makluman, Jabatan Imigresen Malaysia ada menyediakan satu kemudahan kepada Warganegara Malaysia dengan mewujudkan satu portal Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI) kepada mereka yang ingin membuat semakan status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen atau semakan status  kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara boleh membuat semakan secara online.

 

AGENSI KERAJAAN YANG MENYENARAI HITAM

Jika anda pernah mempunyai tunggakan bayaran atau senarai hitam dari agensi kerajaan, eloklah jika anda memeriksa dahulu status anda. Semakan disenaraihitamkan atau blacklisted oleh Agensi Kerajaan seperti:

  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
  • Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  • Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN)
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Mahkamah
  • Jabatan Penjara
  • Jabatan Kastam DiRaja Malaysia

 

CARA SEMAK STATUS PERJALANAN IMIGRESEN SSPI

Semakan Status perjalanan anda boleh dibuat secara online menerusi Web Rasmi Imigresen.   Berikut adalah merupakan cara semakan:

  1. Layari pautan Sistem Semakan Perjalanan Imigresen
  2. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda di dalam kotak yang disediakan. Tekan Semak.
  3. KEPUTUSAN SEMAKAN akan dipaparkan di skrin.
  4. Sekiranya jawapan yang keluar adalah seperti berikut:
    • Tiada Halangan – bermakna anda boleh ke luar negara.
    • Sila rujuk kepada Jabatan Imigresen terdekat – anda diminta untuk ke cawangan Jabatan Imigresen kerana kemungkinan anda telah disenaraihitamkan.

 

SEMAKAN MANUAL STATUS PERJALANAN IMIGRESEN

Untuk makluman anda, beberapa mesin untuk semakan ini juga telah ditempatkan berhampiran kaunter daftar masuk penerbangan bagi memudahkan anda membuat proses ‘self-checking’.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SSPI SEMAK STATUS IMIGRESEN

Bolehkah rakyat malaysia keluar negara?

  • Boleh. Dengan syarat anda tiada masalah apabila anda buat semakan sekatan ke luar negara dengan Jabatan Imigresen Malaysia

Apakah punca yang boleh Disenarai Hitam?

Diantara punca-punca individu disenarai hitam yang menyebabkan di halang ke luar negara adalah seperti berikut :-

  • Gagal membayar cukai pendapatan LHDNM
  • Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
  • Gagal membayar levi pekerja asing
  • Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara
  • Seseorang yang diisytiharkan bankrap
  • Peniaga yang tidak membayar GST
  • Majikan yang gagal melunaskan tunggakan caruman bulanan KWSP pekerja
  • Perintah Mahkamah atas kesalahan sekuriti

Bagaimana cara ingin semak senarai hitam Bank?

  • Anda boleh tahu apabila anda kena senarai hitam dan blacklist dengan pihak apabila nama anda tersenarai dalam senarai yang telah dapat status muflis. Semakan boleh dibuat secara online melalui portal Insolvensi online Jabatan Insolvensi Malaysia

 

MAKLUMAT LANJUT SSPI SEMAK STATUS IMIGRESEN

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) bagi mendapatkan sebarang informasi mengenai Jabatan Imigresen Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN:

 

8 thoughts on “SSPI(Semak Status Perjalanan Imigresen Sebelum Ke Luar Negara)”

  1. Samak data percuma 0174856312 saya amat bersyukur karana adanya data percuma ini anak anak dapat mencari bahan utk belajar .

    Balas

Leave a Comment