SEMAKAN GKP 2.0 RM3000
Untuk makluman,SEMAKAN GKP 2.0 RM3000 boleh dibuat bermula 15 November ini di portal rasmi gkp.hasil.gov.my
GKP atau Geran Khas Prihatin ini bertujuan untuk membantu para usahawan kecil (PKS) yang terkesan akibat COVID-19.
Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat bermula Januari 2021.Sila rujuk CARA DAFTAR BPR 2021
SIAPAKAH YANG LAYAK MOHON GKP 2.0
Secara asasnya, bantuan ini hanya untuk usahawan yang belum menerima GKP sebelum ini.
Syarat lain adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Masih aktif menjalankan perniagaan
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
Nak tahu cara permohonan i-SINAR KWSP(AKAUN 1) ONLINE bermula bulan Disember 2020
Selain itu, pemohon mestilah berdaftar dengan beberapa agensi berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
- Permohonan Baru Geran Khas Prihatin
TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN BARU GKP 2.0
Permohonan baru akan dibuka bermula 1-31 Oktober 2020.
Permohonan boleh dibuat di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my
Baca tentang GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN
Sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GKP 2.0
Pemohon boleh membuat semakan status GKP 2.0 RM3000 mulai 15 November di portal yang sama.
TARIKH PEMBAYARAN GKP 2.0
Pembayaran akan dibuat bermula 25 November secara one-off sebanyak RM3,000.
Pembayaran akan dibuat terus ke akaun yang telah didaftaran semasa proses permohonan dibuat.
Akaun bank yang didaftarkan mestilah masih aktif.
DOKUMEN SOKONGAN GKP 2.0
Sekiranya permohonan anda tidak lulus, anda boleh mengemukakan beberapa dokumen sokongan mengikut kod alasan yang diberikan.
Contohnya:
KOD TIDAK LULUS GKP
SOALAN LAZIM GKP 2.0
Saya berdaftar dengan SMM tetapi tidak dengan LHDNM, bolehkah saya memohon?
Ya anda layak memohon GKP 2.0.
Berapakah jumlah bantuan GKP 2.0?
Sama seperti sebelum ini iaitu RM3,000 secara one-off.
Bilakah saya boleh menyemak status permohonan Geran Khas Prihatin?
Bermula 15 November 2020.
Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0?
Pembayaran akan dibuat bermula 25 November 2020.
Tags: #KOD TIDAK LULUS GKP #SEMAKAN GKP 2.0 RM3000 #SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GKP 2.0 #SIAPAKAH YANG LAYAK MOHON GKP 2.0 #SOALAN LAZIM GKP 2.0 #TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN BARU GKP 2.0 #TARIKH PEMBAYARAN GKP 2.0
Thirumurthi Veeramalai4 months ago
SEMAKAN GKP 2.0 RM 3000