SEMAKAN GKP PERMAI:CHECK BAYARAN (RM500/RM1000)
APA ITU GKP PERMAI ?
GKP PERMAI Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
SEMAKAN TARIKH BAYARAN GKP PERMAI TAMBAHAN
Semakan status boleh dibuat bermula 24 Mac 2021.Manakala tarikh bayaran bermula 25 Mac 2021.
Kepada yang ingin mohon pembiayaan perniagaan,boleh mohon melalui PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT PEMERKASA,kadar peratus 3 % jer
SEMAKAN JUMLAH BAYARAN GKP PERMAI TAMBAHAN
Sebelum ini, PKS telah menikmati bayaran sebanyak RM3000 pada GKP 1.0 dan GKP 2.0 pada tahun lalu.
Tambahan sebanyak RM1000 diberikan kepada PKS. Namun, jumlahnya tertakluk kepada negeri yang sedang menjalani PKP, PKPB atau PKPP.
Jumlah bagi PKS yang berada di dalam negeri sedang menjalani PKP adalah RM1000. Manakala negeri lain pula akan menerima RM500.
Disebabkan banyak negeri telah bertukar status dari PKP ke PKPB dan dari PKPB ke PKPP, masih tidak diketahui berapakah jumlah yang akan diterima kelak. Adakah RM1000 atau RM500.
Kepada pengusaha homestay,boleh mohon BANTUAN TUNAI RM600 PENGUSAHA HOMESTAY melalui pakej PEMERKASA
KAEDAH PEMBAYARAN GKP PERMAI TAMBAHAN
Bagi kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu amaun tersebut akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang telah didaftarkan pada permohonan Geran Khas Prihatin sebelum ini.
KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP 1.0 & 2.0
Kepada penerima GKP 1.0 & 2.0,anda dikehendaki membuat kemaskini maklumat akaun bank simpanan peribadi atau akaun bank semasa pemohon
Kemaskini boleh dibuat melalui portal GKP,berikut adalah tempoh membuat kemaskini: 15 Februari sehingga 15 Mac 2021.
Macam mana pula mohon GKP 3.0 PEMERKASA RM1000?Ā
SEMAKAN STATUS GKP PERMAI TAMBAHAN
- Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
- Selepas Log Masuk, anda akan nampak paparan Nama, Nombor MyKad dan Status Permohonan
- Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda
Jika Permohonan Diterima, ini bermaksud permohonan baharu anda yang sudah siap diisi sudah berjaya dihantar. Anda juga tidak perlu membuat permohonan semula. Sila tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan.
Jika Dalam Proses, ini bermakna permohonan anda yang telah diterima sedang dalam proses verifikasi atau semakan dari agensi yang terlibat. Semasa dalam status Dalam Proses, anda tidak boleh buat kemaskini.
Jika Lulus, ini bermaksud anda layak menerima bantuan. Duit bantuan GKP akan dimasukkan ke dalam akaun yang anda daftarkan dalam borang permohonan. Tarikh duit GKP masuk anda dimaklumkan kemudian.
Jika Tidak Lulus, ini bermakna anda tidak layak menerimba bantuan GKP.
Kepada usahawan wanita atauĀ berniaga sendiri,boleh buat permohonan SPS PRIHATIN WANITA untuk layak dapat carum RM163 dan pelbagai manfaat perlindungan.
SOALAN LAZIM
Apakah ada sebarang permohonan lagi perlu dibuat ?
Tiada sebarang permohonan dilakukan.
Bilakah tarikh pembayaran GKP Permai?
25 Mac 2021
Berapakah jumlah GKP Permai?
RM500 atau RM1000 bergantung kepada status PKP/PKPB/PKPP sesebuah negeri.
Adakah permohonan perlu dibuat?
Tidak. Penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 akan layak menerimanya.
Bilakah boleh buat semakan GKP PERMAI?
24 Mac 2021
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut berhubung Semakan GKP Permai / Tambahan ini, sila rujuk FAQ rasmi oleh LHDN di pautan berikut:
Maklumkan kepada saya jika ada apa-apa pemberitahuan baru mengenai gkp tambahanš„°
Saya penerima GKP 2,0,tapi hingga sekarang masih tiada sebarang kemasukan wang untuk GKP PERMAI seperti yg di war war kan.
Semak permohonan gkp 3.0
Semak pemohonan GPK 3.0
Semakan GKP
Salam, saya belum dapat lagi gkp 2.0 permai
Good morning. I Mrs Jamuna here. GPK PEEMAI DAH LULUS TAPI SAMPAI SEKARANG SAYA BELUM DAPAT/ BLM DIKREDITKAN KAT AKAUN SAYAM
Hi. GKP Permai dah lulus tapi sampai sekarang tak dapat credit lagi.. kenapa mohon bantu..