SEMAKAN i-SINAR KATEGORI 1 ATAU 2
Kepada ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran i-SINAR,sila buat SEMAKAN i-SINAR KATEGORI 1 ATAU 2
KATEGORI 1
Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor normol,yang bekerja sendiri,yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig,yang sudah lama tidak mencarum,yang hilang pekerjaan,suri rumah yang diberi notis cuti tanpa gaji
Kriteria bagi Kategori adalah seperti berikut
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan atau
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurang gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020
Bagi kategori ini:
- Tiada dokumen sokongan diperlukan
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP
- Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21Disember 2020
- Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021
Jika nak mohon kategori 1, rujuk CARA MOHON i-SINAR KATEGORI 1
KATEGORI 2
Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.
Jika ahli KWSP yang ingin mohon i-Sinar, tetapi tiada dokumen sokongan, sila rujuk TIADA DOKUMEN i-SINAR
Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
Kepada yang layak, sila buat PERMOHONAN i-SINAR ONLINE melalui (isinar.kwsp.gov.my)
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ada pertanyaan tentang i-Sinar,Sila hubungi TALIAN TELEFON i-SINAR dibuka 8 pagi- 8 malam.
Sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.Lawati Facebook rasmi KWSP untuk makluman terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/
Saya ingin mengeluarkan i_sinar rm 10000 akaun 1
Saya ingin keluar kan acaun1 10000
Saya ingin keluar kan rm10000 dalam
Akaun 1
Saya mohon kelaur kn akaun 1 saya .1000..mahu pkai duit.mahu kiwen
Saya nk kluarkan duit 10,000 K akaun 1, sebab ada anak masih sekolah, lagipun tiada keja sekarang tgh coviq 19 minta di luluskan..
Semakan kategori 1 atau 2
semak kategori 1
Saya shukor bin nordin saya ingin menukar acaun bank saya yang sudah di daftarkan di i sinar ketegori 1
Kategori 1 semakan i sinar sy
Semakan kategori 1 i sinar sy.rm1000 katogeri 1.nk bantu mak