SEMAKAN INSENTIF KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC)2020

SEMAKAN INSENTIF KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC)2020

KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC)2020

APA ITU KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC)

Ia merupakan usaha bersama oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia.

Baca tentang CARA PERMOHONAN PERUMAHAN PPR DISEWA & DIMILIKI & MYHOME

Fokus utama Home Ownership Campaign (HOC) adalah untuk membantu bakal pemilik rumah menceburi pasaran hartanah. Ibarat sambil menyelam minum air, inisiatif ini sekali gus dapat mengurangkan jumlah hartanah yang tidak terjual di dalam pasaran.

SYARAT & TERMA KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC)

  • HOC 2019 hanya sah untuk hartanah yang dijual antara 1 Januari dan 30 Jun 2019.
  • Ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia, di mana setiap individu layak untuk membeli lebih daripada 1 unit.
  • Hanya hartanah kediaman dalam pasaran utama atau”primary property” layak untuk pengecualian dan insentif di bawah program ini. Ini bermakna penjualan sesuatu hartanah itu mestilah di antara pemaju dan pembeli.
  • Rumah dalam pasaran sekunder atau pasaran hartanah sub-sale, seperti yang dibeli daripada rakan, ahli keluarga atau sesiapa orang lain yang sebelum ini membeli rumah daripada pihak pemaju tidak layak untuk kempen HOC ini.
  • Hartanah yang dijual di Semenanjung Malaysia mestilah berdaftar dengan REHDA Malaysia. Hartanah di Sabah dan Sarawak mesti berdaftar dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) dan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA).
  • Kediaman servis hanyalah untuk kegunaan kediaman sahaja dan tidak boleh diubahpakai untuk aktiviti komersil.

SEMAKAN INSENTIF KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC)2020

KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC) 2020

Bagi merancakkan semula pasaran hartanah, beberapa insentif cukai akan disediakan dalam HOC 2020

Pertama: Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula.

Melalui kempen ini, pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang bernilai antara RM300,000 hingga RM2.5 juta.

Jika anda bekerja sendiri, rugi pula kalau tidak DAFTAR ONLINE SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI PERKESO, banyak faedah yang disediakan untuk melindungi anda. Murah je bayar caruman.

Pengecualian duti setem ke atas  suratcara pindah milik adalah terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah kediaman tersebut manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman.

Pengecualian ini akan berkuatkuasa bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021 tertakluk kepada syarat pemberian diskaun sekurang-kurangnya 10% oleh pihak pemaju; dan

Kedua: Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah diberikan kepada individu warganegara Malaysia ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021.

Pengecualian ini dihadkan bagi pelupusan tiga unit rumah kediaman sahaja untuk setiap individu.

Selain itu, had pembiayaan bagi pinjaman rumah ketiga dan seterusnya bernilai RM600 ribu ke atas tidak lagi tertakluk kepada 70% daripada nilai rumah, semasa tempoh program Kempen Pemilihan Rumah, tertakluk kepada pengurusan risiko dalaman institusi kewangan.

Ini cara mohon PROJEK PERTANIAN BANDAR PENJANA, bantuan yang akan diberikan adalah secara one-off berbentuk input pertanian, latihan, dan khidmat nasihat teknikal jika layak.

RUMUSAN INSENTIF KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC)2020 

1.Ambil peluang especially bahagian hartanah untuk kita miliki rumah yang harga RM600K ke atas untuk rumah yang ketiga dengan 90% loan

(before ni 70% loan sahaja)

2.Sesuai untuk miliki rumah untuk ownstay sebabnya tidak keluarkan deposit yang banyak.

3.Duti setem tak perlu bayar untuk rumah harga RM300K hingga RM2.5juta.

(Before ni duit setem terhad untuk rumah pertama yang harga bawah RM300K)

4.RPGT boleh waive untuk tiga buah rumah untuk individu sehingga 31/12/2021

Tags: #APA ITU KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC) #HOC 2020 #Home Ownership Campaign (HOC) #KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC) 2020 #KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC)2020 #RUMUSAN INSENTIF KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC)2020 #SYARAT & TERMA KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)   APA ITU JABATAN HAL
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100 SEHARI
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN   Untuk makluman,Majlis Agama Islam
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)   APA ITU MySPR
    1. author

      rohaizan1 year ago

      SEMAKAN INSENTIF KEMPEN PEMILIKAN RUNAG(HOC)2020

      Reply

    Leave a reply "SEMAKAN INSENTIF KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC)2020"