SEMAKAN JADUAL PENERBANGAN YANG MASIH BEROPERASI

SEMAKAN JADUAL PENERBANGAN YANG MASIH BEROPERASI

SEMAKAN JADUAL PENERBANGAN YANG MASIH BEROPERASI

Ekoran penularan wabak Covid-19, syarikat penerbangan telah mengurangkan operasi, malah ada yang terus menggantung perkhidmatan masing-masing pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika anda ada keperluan untuk menggunakan khidmat kapal terbang untuk ke destinasi yang dikehendaki. Maka lebih baik anda buat semakan jadual penerbangan yang masih beroperasi di Malaysia.

SITUASI TERKINI SYARIKAT PENERBANGAN DI MALAYSIA

Kementerian Pengangkutan tidak pernah mengarahkan syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan Malindo untuk menghentikan operasi penerbangan mereka ke Sarawak dan Sabah. Namun setiap syarikat berhak  membuat polisi menghentikan penerbangan berdasarkan situasi.

PERKHIDMATAN SYARIKAT PENERBANGAN AIRASIA

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd menggantung perkhidmatan masing-masing susulan penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Bagaimanapun, syarikat penerbangan nasional. AirAsia Group Bhd dalam kenyataan, berkata kumpulan itu menggantung operasi penerbangan anak syarikatnya antara 16 Mac lalu hingga Jun depan.

Berikutan penularan pandemik COVID-19 yang mengakibatkan sekatan perjalanan oleh beberapa negara, AirAsia Group akan melaksanakan penggantungan sementara untuk hampir semua penerbangan dalam rangkaiannya.

Menerusi pengumuman berkenaan, anak syarikatnya bagi penerbangan jarak dekat iaitu AirAsia Malaysia (AK), menggantung sementara semua penerbangan antarabangsa dan domestik dari 28 Mac hingga 21 April ini.

Bagi AirAsia Filipina (Z2) pula, penggantungan sementara semua penerbangan bermula 20 Mac hingga 14 April, manakala AirAsia Thailand (FD) menggantung semua penerbangan antarabangsa dari 22 Mac 25 April, manakala domestik pula dari 1 April hingga 30 April.

AirAsia Indonesia (QZ) pula menggantung sementara semua penerbangan antarabangsa dari 1 April hingga 17 Mei, manakala penerbangan domestik dari 1 April hingga 21 April.

Bagi AirAsia India (I5), penggantungan semua penerbangan bermula 25 Mac untuk tempoh 21 hari berikutan langkah kerajaan India menggantung semua penerbangan domestik.

Bagi penerbangan jarak sederhana dan jauh, AirAsia X menerusi AirAsia X Malaysia (D7) menggantung sementara hampir semua penerbangan dari 28 Mac hingga 31 Mei, manakala AirAsia X Thailand (XJ) pula menggantung semua penerbangan dari 16 Mac hingga tempoh tiga bulan.

AirAsia akan terus mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan pelanggan dan kakitangan. Justeru, kami memainkan peranan dalam membantu usaha kerajaan yang mengenakan sekatan perjalanan dan perintah kawalan pergerakan termasuk perintah kuarantin di rumah untuk mencegah penyebaran virus dan menjadikan penerbangan lebih selamat untuk semua.

Kami akan terus memantau keadaan semasa dan bersedia untuk memulakan penerbangan kami secepat mungkin apabila keadaan bertambah baik dan tertakluk kepada kelulusan daripada pihak kawal selia.

PERKHIDMATAN SYARIKAT PENERBANGAN  MALAYSIA AIRLINES

Sementara itu, Malaysia Airlines berkata, syarikat penerbangan nasional itu masih beroperasi tetapi dalam kapasiti yang minimum. Sejak 18 Mac lalu, Malaysia Airlines mengurangkan penerbangan susulan sekatan pelancongan bagi membendung COVID-19.Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, Malaysia Airlines melakukan beberapa siri penerbangan kecemasan antaranya dari Phnom Penh, Kemboja; Dhaka, India; Australia; Indonesia; Bangladesh, Nepal dan Filipina.

Malaysia Airlines masih meneruskan operasi bagi penerbangan domestik meskipun wujudnya kejatuhan dalam permintaan yang berada pada paras minimum.

Malaysia Airlines Berhad telah menyatakan bahawa syarikatnya akan meneruskan penerbangan terhad daripada Kuala Lumpur ke Kuching, Miri dan Kota Kinabalu, minggu ini dengan kekerapan seminggu sekali.

Malaysia Airlines akan memastikan penerbangan itu dihubungkan oleh MASWings bagi laluan Miri-Bintulu, Kuching-Sibu-Kuching dan Sibu-Bintulu.

Perkhidmatan kargo Malaysia Airlines, khususnya membawa makanan dan keperluan perubatan ke Sarawak tidak pernah dihentikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jika terdapat peningkatan permintaan, kemungkinan besar jumlah penerbangan ke Kuching, Miri atau Kota Kinabalu, akan ditambah mulai minggu depan.

PERKHIDMATAN EXPRESS RAIL LINK SDN BHD (ERL)

Bagi Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), pengendali perkhidmatan rel dari Stesen Sentral Kuala Lumpur hingga klia2 itu menggantung operasinya sehingga tempoh PKP berakhir.

Langkah itu dilaksanakan memandangkan kebanyakan syarikat penerbangan turut menangguhkan perkhidmatan sekali gus menyaksikan penyusutan ketara penumpangnya.

Baca : PERMOHONAN PERGERAKAN ANTARA NEGERI GUNA APLIKASI GERAK MALAYSIA

SEMAKAN JADUAL PENERBANGAN  YANG MASIH BEROPERASI

MALAYSIA AIRLINES

SEMAKAN JADUAL PENERBANGAN YANG MASIH BEROPERASI

Jadual penerbangan Malaysia Airlines

Hanya beroperasi di 4 lokasi sahaja iaitu Kuala Lumpur,Kota Kinabalu,Kuching dan Miri. Berikut adalah  jadual penerbangan MAS dari Kuala Lumpur Ke Kota Kinabalu, Kuching dan Miri untuk rujukan anda. Penerbangan hanya sekali dalam seminggu dan hanya pada setiap hari Khamis untuk KL-Kota kinabalu dan KL – Miri, hari Jumaat untuk penerbangan KL-Kuching.

AIRASIA

Bagi syarikat penerbangan AirAsia pula tidak menyatakan lokasi operasi yang akan dilaksanakan. Hanya maklumat jenis penerbangan dan tarikh operasi sahaja yang dikongsi. Berikut adalah jadual penerbangan AirAsia.

SEMAKAN JADUAL PENERBANGAN YANG MASIH BEROPERASI

Para pelanggan  digalakkan untuk menyemak status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini secara langsung berikutan keadaan yang sentiasa berubah pada masa ini.

 

Tags: #PERKHIDMATAN EXPRESS RAIL LINK SDN BHD (ERL) #PERKHIDMATAN SYARIKAT PENERBANGAN  MALAYSIA AIRLINES #PERKHIDMATAN SYARIKAT PENERBANGAN AIRASIA #SEMAKAN JADUAL PENERBANGAN AIRASIA YANG MASIH BEROPERASI #SEMAKAN JADUAL PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES YANG MASIH BEROPERASI #SEMAKAN JADUAL PENERBANGAN YANG MASIH BEROPERASI #SITUASI TERKINI SYARIKAT PENERBANGAN DI MALAYSIA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    APA ITU GOOGLE CLASSROOM? (Cara Guna & Kelebihan)
    APA ITU GOOGLE CLASSROOM? (Cara Guna & Kelebihan)   Google Classroom ialah perkhidmatan
    HAK-HAK ISTERI  SELEPAS BERCERAI  MATI (Senarai Hak Yang Layak Dituntut)
    HAK-HAK ISTERI  SELEPAS BERCERAI  MATI (Senarai Hak Yang Layak Dituntut) Sekiranya berlaku kes
    PERBEZAAN KAEDAH BAYARAN AUTO DEBIT DAN DIRECT DEBIT(PTPTN)
    PERBEZAAN KAEDAH BAYARAN AUTO DEBIT DAN DIRECT DEBIT(PTPTN)   Sebenarnya masih ramai keliru
    PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT 2022:PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR AWAM/SWASTA/PESARA KERAJAAN
    PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT 2022: PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR AWAM/SWASTA/PESARA KERAJAAN   Jika

    Leave a reply "SEMAKAN JADUAL PENERBANGAN YANG MASIH BEROPERASI"