SEMAKAN KADAR BANTUAN KEWANGAN JKM

SEMAKAN KADAR BANTUAN KEWANGAN JKM

KADAR BANTUAN KEWANGAN JKM

Berikut adalah merupakan SEMAKAN KADAR BANTUAN KEWANGAN JKM:

PERTAMA :Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

  1. KADAR:
    1. RM250 kepada RM300 seorang sebulan.
  2. KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
    1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
    3. Pemegang Kad OKU JKM;
    4. Tidak berupaya bekerja.
    5. Pemohon bukan penghuni/ pelatih Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
    6. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

 

KEDUA:  Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

  1. KADAR
    1. RM350 kepada RM500 sebulan seorang.
  2. KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
    1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
    3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 ATAU
    4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

KETIGA: Elaun Pekerja Cacat

  1. KADAR
    1. RM400 kepada RM450 sebulan seorang.
  2. KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
    1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
    2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
    3. Pemegang kad OKU JKM;
    4. Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah;
    5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

 

KEEMPAT:Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

  1. KADAR
    1. Minimum  sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450  seisi rumah melebihi  4 orang kanak- kanak kepada RM150 seorang ank berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1000 sekeluarga.
  2. KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
    1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    2. Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
    3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
    4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

 

CARA PERMOHONAN ONLINE BANTUAN JKM 2023

  1. Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
  2. Daftar permohonan mengikut negeri
  3. Isikan nombor kad pengenalan
  4. Isikan borang berkaitan
  5. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  6. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
  7. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

 

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.

 

BORANG PERMOHOAN BANTUAN JKM 2023

  • JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
  • Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
  2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
  4. Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

 

ARTIKEL LAIN

BANTUAN BULANAN JKM (Semakan Tarikh Bayaran )

17 thoughts on “SEMAKAN KADAR BANTUAN KEWANGAN JKM”

  1. ssejak 2016 saya pemegang kad oku kategori mentall..mcmana nk ke sa’a..mesti jugak wajib..prosuder terma syarat buat oku…tkde blanja cukup n kdg² ade tkde cukup masa org ytyg boleh bawakan ke pejabat tinggi jkm…so kira² balik masa dr 2016 hingga 2021 tk sampai hajat jugak.. Staff JKM berkaitan serta pengarah selia lulusan terbaik dlm bidang pelbagai sudut 360° cyber ebantuan jkm o’nline periksa update upgrade tahun akan mendatang pasti ramai dan dpti angka jkm @ejkm yg log in komen bangga dunia akhirat…

    Balas
  2. ssejak 2016 saya pemegang kad oku kategori mentall..mcmana nk ke sa’a..mesti jugak wajib..prosuder terma syarat buat oku…tkde blanja cukup n kdg² ade tkde cukup masa org ytyg boleh bawakan ke pejabat tinggi jkm…so kira² balik masa dr 2016 hingga 2021 tk sampai hajat jugak.. Staff JKM berkaitan serta pengarah selia lulusan terbaik dlm bidang pelbagai sudut 360° cyber ebantuan jkm o’nline periksa update upgrade tahun akan mendatang pasti ramai dan dpti angka jkm @ejkm yg log in komen bangga dunia akhirat…

    Balas

Leave a Comment