SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40 UNTUK PENERIMA BSH/BPR

SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40 UNTUK PENERIMA BSH/BPR

SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40 UNTUK PENERIMA BSH

 

Skim bantuan kesihatan yang pertama kali diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini merupakan salah sebuah program bantuan kerajaan yang diwujudkan bagi membantu menanggung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah (B40).

Ianya memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) seperti kanser, penyakit jantung dan lain-lain

TAMBAHAN RM50 JUTA PERUNTUKAN – PENJANA

Menurut Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan akan memperkasakan lagi skim PEKA B40 dengan penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan

SYARAT KELAYAKAN SKIM PEKA B40

Skim ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteria berikut:

  • Tergolong dalam kumpulan pendapatan isi rumah 40% terendah atau B40
  • Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan pasangannya yang telah berdaftar
  • Berumur 40 tahun dan ke atas

Nota : Tiada pendaftaran perlu dilakukan dan penyertaan adalah secara automatik serta percuma kepada penerima PeKa B40

SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40 UNTUK PENERIMA BSH

MANFAAT SKIM PEKA B40

Penerima PeKa B40 boleh mendapatkan beberapa jenis manfaat daripada skim ini seperti berikut:

Manfaat 1 : Saringan Kesihatan

Penerima haruslah menjalani Saringan Pemeriksaan Kesihatan (Manfaat 1) bagi membolehkan diri layak untuk mendapat manfaat Bantuan Alatan Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3) serta Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4)

Saringan Pemeriksaan Kesihatan ini boleh dibuat oleh doktor-doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 (senarai akan dikeluarkan sekitar April 2019)

Saringan Pemeriksaan Kesihatan meliputi:

i. Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu serta keluarga termasuk faktor risiko kesihatan

ii Saringan kesihatan mental

iii. Pemeriksaan fizikal

iv. Pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki dan pemeriksaan payudara untuk penerima wanita yang berisiko

v. Ujian air kencing dan ujian darah

Spesimen air kencing dan darah akan diambil dan dihantar ke makmal bagi ujian air kencing, ujian fungsi buah pinggang, ujian paras kolesterol, ujian kawalan gula darah dan ujian sel darah

Penerima manfaat tidak perlu berpuasa bagi menjalani ujian-ujian berkenaan

Tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk saringan pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini

Jika penerima perlu mendapatkan rawatan, boleh rujuk kepada Klinik Kesihatan atau sekiranya penerima sendiri bersetuju dirawat di Klinik Swasta (kos rawatan ditanggung penerima sendiri) bolehlah berbuat demikian. Sehingga kini, kos rawatan atau ubat belum termasuk dalam bantuan skim PeKa B40

Baca tentang SEMAKAN KELAYAKAN DEKODER PERCUMA MYTV SECARA ONLINE & SMS UNTUK PENERIMA BSH

Manfaat 2 : Bantuan Alatan Perubatan

Manfaat 2 ini merupakan bantuan alatan perubatan yang diperlukan dalam rawatan atau prosedur yang tidak mendapat subsidi kos alat di hospital-hospital KKM

Bantuan mempunyai had maksimum seumur hidup sebanyak RM20,000 (dalam bentuk alatan perubatan yang dibelikan). Alatan perubatan merangkumi kategori berikut:

i. Stent bagi jantung

ii. Alat sendi tiruan

iii. Alat bantuan pendengaran

iv.Perentak jantung

v. Prostesis dan implan bagi tulang belakang

vi. Prostesis dan ortosis tulang anggota

vii. Kanta mata intraokular

viii. Alat terapi penafasan dan oxygen concentrator

ix. Bantuan sokongan nutrisi

x. Kerusi Roda

Sebelum penerima PeKa B40 mendapat manfaat ini, Saringan Kesihatan (Manfaat 1) mesti dilakukan terlebih dahulu

Manfaat ini hanya boleh didapati oleh penerima PeKa B40 yang menerima rawatan di hospital KKM sahaja (permohonan perlu dibuat oleh pakar-pakar perubatan KKM untuk pihak pesakit atau penerima PeKa B40)

Manfaat 3 : Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser

Manfaat ini dikhususkan untuk menggalakkan pesakit kanser terutama sekali pesakit peringkat awal rawatan / permulaan penyakit bagi melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM

Saringan Kesihatan (Manfaat 1) mesti dilakukan dahulu sebelum penerima PeKa B40 layak mendapat manfaat ini

Manfaat melibatkan pembayaran insentif RM1,000 kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM

Insentif dibahagikan kepada dua (2) kali bayaran tertakluk kepada peringkat rawatan pesakit

Pembayaran insentif akan dibuat secara terus ke akaun bank penerima PeKa B40 yang telah pun didaftarkan

Doktor atau pakar perubatan KKM perlu membuat permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 bagi pihat pesakit (penerima PeKa B40)

Kepada ibubapa yang ingin tahu tentang HARGA, CARA MENGAMBIL LESEN MEMANDU  2020 & PERATURAN BAHARU SEKOLAH MEMANDU

Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan

Manfaat 4 diberikan dengan tujuan meringankan beban pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di hospital KK dan perlu membayar kos pengangkutan yang tinggi (tetapi tidak merangkumi kesuluruhan kos perjalanan)

Manfaat 4 ini hanya layak diterima oleh penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja

Manfaat ini mempunyai had maksimum bantuan yang boleh diterima mengikut kawasan iaitu:

  1. Semenanjung Malaysia : RM500
  2. Sabah / Sarawak / Labuan : RM1,000

Jarak antara hospital dan rumah pesakit (penerima PeKa B40) akan menentukan jumlah insentif tambang yang akan diberikan mengikut kadar yag telah ditetapkan

Pembayaran insentif adalah secara terus kepada akaun bank penerima PeKa B40 yang telah pun didaftarkan

PROSES MENDAPATKAN MANFAAT SKIM PEKA B40

Sila ikuti langkah berikut untuk mendapatkan manfaat PeKa B40

Langkah Pertama

Semak kelayakan skim PeKa B40 menerusi pautan yang disediakan di atas

Langkah Kedua

Sekiranya layak, sila kunjungi klinik yang berdaftar dengan PeKa B40 dengan membawa kad pengenalan

Klinik tersebut boleh diketahui melalui pelekat logo PeKa B40 atau rujuk senarai klinik di pautan di bawah

Sila Klik Link Senarai Klinik PeKa B40 (akan disediakan mulai April 2019)

Langkah Ketiga

Saringan pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa kunjungan pertama penerima PeKa B40 ke klinik

Kos saringan pemeriksaan kesihatan ini akan ditanggung oleh pihak kerajaan

Langkah Keempat

Kunjungan kali kedua bagi mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada perlu merujuk ke Fasiliti KKM atau program Sihat Cergas KKM

Sila rujuk infografik yang telah disediakan pihak KKM bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai proses Skim PeKa B40

SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40 UNTUK PENERIMA BSH

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai skim ini seperti jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dirujuk kepada pautan di bawah atau hubungi butiran berkenaan serta layari laman web rasmi PeKa B40 seperti berikut:

Telefon : +603 86872500

Emel : [email protected]

Alamat : F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300, Century Square, Jalan Usahawan, 63000, Cyberjaya, Selangor

 

Tags: #SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40 UNTUK PENERIMA BSH

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)
    SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)   APA ITU JABATAN HAL
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100 SEHARI
    BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA:SEMAKAN PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 RM100
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN
    SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN   Untuk makluman,Majlis Agama Islam
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)
    MySPR SEMAK:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)   APA ITU MySPR
    1. author

      Mohamad taufiq bin harun11 months ago

      Kemaskini BPR

      Reply

    Leave a reply "SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40 UNTUK PENERIMA BSH/BPR"