SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 2020

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 2020

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka perkhidmatan (aplikasi) dalam talian bagi Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan pelajar ke Tingkatan Enam.

Pelajar-pelajar yang terlibat dengan semakan keputusan tingkatan 6 tahun 2020 adalah pelajar yang mempunyai kelulusan SPM tahun 2019 atau pelajar yang berumur 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2020.

Baca tentang KELEBIHAN KEKURANGAN BELAJAR DI TINGKATAN 6

Sebagai info, bagi kemasukan ke Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelajar- pelajar tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan secara online ataupun manual. Pelajar lepasan SPM yang memenuhi syarat kelayakan kemasukan ke Tingkatan 6 akan ditawarkan secara automatik.

Oleh itu bagi mengetahui samada layak ke Tingkatan 6, pelajar lepasan SPM hanya perlu membuat semakan melalui sistem aplikasi yang akan dibuka oleh KPM.

Sekiranya anda berjaya ditawarkan dan berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6, anda boleh mendapatkan surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 bagi tujuan pendaftaran masuk dengan mencetak surat tawaran berkenaan menerusi sistem aplikasi semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 yang sama.

CARA MEMBUAT SEMAKAN SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 2020 SECARA ONLINE

Semakan keputusan dan cetakan tawaran (calon berjaya) bagi kemasukan ke Tingkatan 6 boleh dilakukan melalui laman sesawang rasmi sistem aplikasi semakan Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan yang disertakan seperti di bawah. Sila klik judul pautan (link) berkenaan.

Klik Semakan Secara Online

Untuk makluman, sistem aplikasi semakan keputusan dan cetakan tawaran Tingkatan 6 secara dalam talian (online) hanya akan dibuka (diaktifkan) pada tarikh rasmi yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 2020 SECARA SMS

Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888

Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) No kad pengenalan dan hantar ke 15888

Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan.

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 04 Julai 2020.

MAKLUMAN :

  1. Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.
  2. Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2020, permohonan rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2020.

Tags: #SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 2020 #SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 2020 SECARA ONLINE #SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 2020 SECARA SMS

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM Kepada

    Leave a reply "SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 2020"