PERMOHONAN PROGRAM KHAS JPA MARA(PKJM)(Semakan Keputusan)

PERMOHONAN PROGRAM KHAS JPA MARA(PKJM) (Semakan Keputusan)

PKJM

PROGRAM KHAS JPA MARA(PKJM) 

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2023.

Program Khas JPA-MARA (PKJM) merupakan penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang lepasan SPM untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial.

Program ini terdiri daripada tujuh sub program seperti berikut:

  1. Program Akademik Jepun;
  2. Program Berkembar New Zealand;
  3. Program Akademik New Zealand;
  4. Program Akademik Australia;
  5. Program Akademik United Kingdom;
  6. Program Akademik Amerika Syarikat;
  7. Program Khas JPA-MARA Dalam Negara.

 

 

SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum Calon

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2020;
  4. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
  5. Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA; dan
  6. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari manamana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

 

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

 

 

CARA PERMOHONAN PKJM

  • Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my selama sepuluh hari (10) mulai (tarikh akan dikemaskini).
  • Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) yang dimuat naik di Portal MARA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JPA MARA Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web MARA di http://www.mara.gov.my.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PROGRAM KHAS JPA MARA(PKJM) 2023

Semak keputusan permohonan PKJM 2023 disini

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 mulai 9 Mac 2020 hingga 18 Mac 2020 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

 

ARTIKEL LAIN

TESP MARA (Permohonan & Semakan Status Tajaan)

 

3 thoughts on “PERMOHONAN PROGRAM KHAS JPA MARA(PKJM)(Semakan Keputusan)”

Leave a Comment