SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPR:CARA DAPATKAN NO VOUCHER(PEMBAYARAN TUNAI DI BSN)
Jika anda telah LULUS BPR tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau maklumat akaun bank anda ada kesilapan. Maka duit BPR tidak akaun masuk ke akaun bank anda. Status bayaran BPR anda GAGAL KREDIT.
Bagaimanakah cara nak dapatkan no baucar BPR?Bagaimana nak buat semakan nombor baucar BPR untuk ambil secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)?
APA ITU SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPR?
NOMBOR BAUCAR BPR ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Prihatin Rakyat tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif untuk keluarkan wang bantuan tersebut.
Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BPR untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.
CARA DAPATKAN NO BAUCAR BPR
Berikut adalah cara untuk dapatkan no baucar BPR Fasa 2/3:
- Sila layari https://bpr.hasil.gov.my
- Pada bahagian Semakan Status,sila masukan nombor kad pengenalan pemohon
- Masukkan Nombor MyKad di ruangan tertera
- Klik CARI
- Berikut adalah maklumat yang dipaparkan:
- Nama
- Fasa
- Jumlah Bayaran
- Status Kredit
- Tarikh Tunai
- Nama Tunai Bank
- Nama Bank
- No Akaun Bank
- Kod Tidak Berjaya
- No Baucar
- Sila bagi perhatian bahagian STATUS KREDIT.Akan dipaparkan GAGAL KREDIT
Sila bagi perhatian bahagian No Baucar BPR Fasa 2/3. Salin no baucar untuk dibawa ke BSN untuk dapatkan duit BPR anda.
CONTOH NOMBOR BAUCAR BPR
Berikut ialah screenshot untuk semakan no baucer BPR Fasa 2/3:
*Contoh akan dikemaskini
CARA TUNAIKAN BAUCAR BPR
Untuk membuat penunaian Baucar BPR, penerima BPR hanya perlu membawa No Baucar BPR dan Kad Pengenalan ke cawangan Bank Simpanan Nasional(BSN) berhampiran.
SEMAKAN WAKTU OPERASI KAUNTER BAGI CAWAGAN BSN SEPANJANG TEMPOH PKP DAN PKPB
Berikut adalah waktu operasi bagi kaunter BSN di seluruh Malaysia:
Negeri Waktu Operasi
Selangor 9 pagi – 1 tengahari
Kuala Lumpur 9 pagi – 1 tengahari
Johor 9 pagi – 2 petang
Melaka 9 pagi – 2 petang
Negeri Sembilan 9 pagi – 2 petang
Pahang 9 pagi – 2 petang
Terengganu 9 pagi – 2 petang
Kelantan 9 pagi – 2 petang
Perak 9 pagi – 2 petang
Pulau Pinang 9 pagi – 2 petang
Kedah 9 pagi – 2 petang
Perlis 9 pagi – 2 petang
Sabah 9 pagi – 2 petang
Sarawak 9 pagi – 2 petang
SOALAN LAZIM SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPR
Bagaimanakah kaedah pembayaran BPR bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak yang tidak mendaftarkan maklumat akaun bank dalam permohonan BPR?
Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan dibuat melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
Akaun Bank yang saya laporkan semasa permohonan BPR salah atau tidak aktif.Adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank?
Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah Tuntutan Tunai di Cawangan BSN
Semakan mendapati saya telah lulus BPR tetapi bayaran dibuat kepada bekas pasangan saya. Adakah saya boleh membuat tuntutan BPR berkenaan?
Tuntutan BPR hanya boleh dibuat oleh penerima BPR sahaja.
Bilakah tarikh untuk tunaikan duit BPR Fasa 3 di Bank Simpanan Nasional?
Bermula 28 September 2021
Tags: #APA ITU SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPR? #CARA DAPATKAN NO VOUCHER(PEMBAYARAN TUNAI DI BSN) #CARA TUNAIKAN BAUCAR BPR #CONTOH NOMBOR BAUCAR BPR #PEMBAYARAN TUNAI BPR DI BSN #SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPR FASA 2 #SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BPR:CARA DAPATKAN NO VOUCHER(PEMBAYARAN TUNAI DI BSN) #SEMAKAN WAKTU OPERASI KAUNTER BAGI CAWAGAN BSN SEPANJANG TEMPOH PKP DAN PKPB
Yugeswari ravi1 tahun ago
Saya punya status dipores
Eyka1 tahun ago
Nak tanya saya punya lulus tapi no vouchers tak keluar ? Ke akan update kemudiam ?
Manje1 tahun ago
Saya pulak dia tulis dlm proses pengkreditan tpi saya tk brape fhm…bwh no akaun tu dia tulis kod tidak berjaya…klau mcm tu kna tgu no voucher ke? Atau pon dia ttp akn msuk acc bank kita
Ana1 tahun ago
Mcm mne eh kalau nk ambik voucher tu suami xdpt dtg ambik. Dan kita bwak ic suami kita gi ambik.. Boleh ke
Adnan1 tahun ago
Status permohonan masih dalam proses untuk fasa pertama, sampai sekarang tidak dikreditkan ke akaun, mohon penjelasan.. terima kasih
Adlye1 tahun ago
Bagaimana nk tukar akaun bank yg telah Di daftar pada bpr?
Nadia1 tahun ago
Klau sy cheak lulus tpi masih xmasuk2 lgi..kata 7hb hingga 12hb mei hari tu…ni dah 15 hb dah…xde pun lgi…
anasuha1 tahun ago
sy punya GAGAL DIKREDITKN… tapi no voucer pom tidak ada..macam mana nak dapatkn no voucer tu
Kamalrul1 tahun ago
saya punya GAGAL DIKREDITKAN tetapi tiada no voucher yg diberi..mcm mne nak dapatkan nya.
Jati anak jilon9 bulan ago
Saya wakil kepada pemohon, dan pemohon menghilangkan diri tidak tahu ke mana, no akaun pemohon adalah akaun saya, adakah saya layak untuk menerima??
Hasni binti Hassan9 bulan ago
Macam mana untuk nak kemaskini BPR maklumat peribadi STATUS BUJANG/BERKAHWIN…??? BPR 2021 ONLINE.. MOHON PENJELASAN???
Jati anak jilon9 bulan ago
Bpr fasa 3 saya gagal dikredit.bagai mana sy dapat kan no boucher sy