SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BSH 2020

SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BSH 2020

SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BSH 2020

Kepada penerima yang gagal dikreditkan ke akaun bank walaupun berstatus lulus.

Penerima boleh membuat penunaian BSH menggunakan Nombor BAUCAR BSH di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai pada 24 Julai 2020 bagi yang tiada nombor akaun bank dan bagi yang gagal kredit.

Sebelum itu, penerima perlu menyemak nombor siri Bantuan Sara Hidup menerusi portal rasmi BSH.

APA ITU NOMBOR BAUCAR/ SIRI BSH

Nombor siri BSH ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Sara Hidup tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau gagal kredit untuk keluarkan wang bantuan tersebut.

SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BSH 2020

Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BSH untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

Kepada pemohon BSH,daftar je BSN ONLINE untuk memudahkan anda semak pembayaran BSH 2020, 5 minit sahaja siap

TARIKH PEMBAYARAN BSH 2020 FASA 3

Pembayaran BSH ke akaun penerima hanya akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDN kepada BSN.

Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.

Baca tentang CARA PEMBAYARAN BSH 2020

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BSH 2020

CARA SEMAK NOMBOR BAUCAR/ SIRI BSH ONLINE

Nombor Baucar/Siri boleh diperolehi dengan dipaparkan di Paparkan Maklumat Bayaran menerusi Portal BSH. Untuk semakan anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah :

  • Semakan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
  • Masukkan No. MyKad.
  • Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.
  • Klik pada ‘Paparan Maklumat Bayaran’.
  • Masukkan kata laluan dan klik masuk.
  • Klik pada maklumat bayaran.
  • Nombor Baucar/ Siri BSH akan dipaparkan.

CARA PENUNAIAN BSH 2020

Penunaian Bantuan Sara Hidup menggunakan Nombor Baucar / Siri di kaunter BSN boleh dibuat mulai 24 Julai 2020 bagi yang tiada nombor akaun bank dan status pengkreditan adalah Gagal Kredit.

SOALAN LAZIM BSH 2020

  1. Semasa Pembayaran Fasa 2 BSH 2020, bayaran telah dibuat ke atas Akaun Pasangan (Isteri) saya. Walau bagaimanapun, Pasangan saya telah meninggal dunia pada bulan Mei 2020. Bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa 3 BSH 2020?

Pembayaran akan dibuat berdasarkan akaun bank yang telah dilaporkan dalam permohonan BSH 2020.

Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, penunaian boleh dibuat di kaunter BSN.

Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad setelah Maklumat No Baucar dipaparkan pada Portal BSH > Maklumat Pembayaran .

 

  1. Saya adalah penerima Fasa 1 dan Fasa 2 sebagai Isi Rumah. Semasa tempoh permohonan BSH 2020, saya telah kemas kini permohonan sebagai kategori Bujang. Berapakah amaun Fasa 3 yang akan saya terima?

Amaun pembayaran Fasa 3 adalah berdasarkan amaun kelayakan kategori Bujang.

Sekiranya telah menerima bayaran Fasa 1 dan Fasa 2, pembayaran Fasa 3 adalah terhad kepada Bayaran Khas Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) RM100 sahaja.

Baca tentang CARA BUAT RAYUAN BSH 2020

  1. Permohonan Baharu BSH 2020 telah dibuat atas nama pasangan yang telah meninggal dunia pada Januari 2020. Adakah saya layak menerima Fasa 3 BSH 2020?

Bagi Permohonan Baharu BSH 2020, Pemohon yang meninggal dunia sehingga 31 Januari 2020 tidak layak menerima bayaran Fasa 3 dan Skim Khairat Kematian BSH 2020.

Baca tentang CARA TUNTUT SKK BSH 2020 RM1000

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Pusat Hubungan Pelanggan BSN : 1-300-88-1900

LHDNM : 1-800 882 747

Tags: #CARA PENUNAIAN BSH 2020 #CARA SEMAK NOMBOR BAUCAR/ SIRI BSH ONLINE #SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BSH 2020

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN APA ITU GKP 2.0 Bantuan
    GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN Bagi anda yang ingin
    CARA KEMASKINI BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA KEMASKINI BPN 2.0 Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan
    CARA DAFTAR BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA DAFTAR BPN 2.0 Jika anda tidak pernah buat permohonan BPN pertama
    1. author

      Mohd suhaimi bin surahmat2 months ago

      Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatu…. .. Saya ingin bertanya saya sudah check status kelayakan saya lulus atau tidak menerima bsh nie… ( LULUS ) .Masalah saya skang nie ingin tahu bagaimana saya ingin mengambil bantuan rm400 tersebut dgn keadaan saya yg tidak mempunyai Mycard (hilang 4x) akibat dicuri org kelalaian saya terbakar dan tak tahu mana Mycard saya semasa rumah saya diserbu Anggota polis.. Dan saya pula baru pulang dri penjara dan tiada pendaptan untuk membayar denda untuk membuat mycard dan juga akaun bank … Nasib surat beranak n pastport antara bangsa saya yg mati ada tersimpan boleh kah sdaya menggunakan nya untuk menerima banrtuan bsh di BSN yg berdekatan dimana saya boleh membuat mycard setelah menerima bantuan tersebut

      Reply
    2. author

      Amuthah2 months ago

      Macam mana daftar online

      Reply
    3. author

      Mohd Syahrul shafizal bin norwi2 months ago

      SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BSH 2020

      Reply
    4. author

      mohd nasir bin nordin2 months ago

      no baucer saya blum keluar lagi.raya dah dekat

      Reply
    5. author

      Azmin bin hussin2 months ago

      SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BSH 2020

      Reply
    6. author

      Masibin Bin Jumalin2 months ago

      Masibin Bin Jumalin

      Reply
    7. author

      Roger tagko2 months ago

      Semakan nombor baucer bsh 2020

      Reply
    8. author

      Impin anak desmond gani1 month ago

      Semakan nombor baucer bsh

      Reply
    9. author

      Sul3 weeks ago

      No baucer dh ada.. Tpi pergi bsn ckp xdk lgi.. Boleh update x bila boleh tunai baucer BSH fasa 3 ne..

      Reply
    10. author

      Yong kon fah7 days ago

      Semakan nombor baucar bsh 2020

      Reply

    Leave a reply "SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BSH 2020"