SEMAKAN PENERIMAAN BAYARAN i-LESTARI KWSP
Bagaimakah anda mengetahui sama ada pembayaran i-Lestari KWSP telah dikreditkan ke dalam akaun anda?
Kami akan kongsikan cara semakan penerimaan bayaran i-Lestari KWSP untuk memudahkan anda.
BACA : 17 JENIS PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 & 2 YANG BOLEH DIKELUARKAN SEBELUM UMUR PENCEN
Untuk makluman ahli KWSP yang membuat pengeluaran i-Lestari, pengagihan wang pengeluaran i-Lestari KWSP akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 4 Mei hingga 18 Mei 2020.
Anda diingatkan masa dikreditkan ke akaun lebih lama kerana melibatkan banyak transaksi dijalankan dalam hari yang sama.
PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Pengeluaran i-Lestari bagi Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19.
SEMAKAN PENERIMAAN BAYARAN i-LESTARI KWSP
Terdapat 3 cara untuk membuat semakan penerimaan bayaran i-Lestari KWSP :
a)Anda boleh semak melalui i-Akaun bagi yang mendaftar melalui i-Akaun.
-Login i-Akaun
-Semakan bayaran i-Lestari
b)Bagi anda yang guna sistem i-Lestari Online pula boleh disemak di portal tersebut dan akan dipaparkan tarikh bayaran anda.
c) Bagi anda yang telah dikreditkan ke akaun bank akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada PIHAK KWSP.
TARIKH DAN JUMLAH BAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dibuat bermula daripada 4 Mei sehingga 18 Mei 2020 dan dikreditkan ke akaun bank masing-masing.
Adakah anda telah membuat pengeluaran i-Lestari KWSP? Cuba SEMAK PENYATA KWSP ONLINE untuk lihat baki terkini wang KWSP anda.
Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.
Baca tentang Cek Jurubank Kepada Pemohon Pengeluaran i-Lestari KWSP
Bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank pilihan anda pada mulai 4 Mei sehingga 18 Mei 2020 secara berperingkat. Sekiranya akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan, sila berhubung terus dengan pihak bank untuk maklumat lanjut.
SEMAKAN STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
- Anda boleh menyemak status permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP secara online di laman portal i-Lestari Online.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk semakan.
Banyak juga kemudahan & urusan yang boleh dilakukan di kiosk KWSP. Anda ingin tahu tentang senarai tempat kiosks KWSP & perkhidmatan yang disediakan untuk ahli KWSP? - Klik pada ‘saya bukan robot’ dan klik butang ‘SEMAK’.
- Status permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS atau GAGAL.
- Semak akaun dan nama bank yang didaftarkan supaya anda boleh membuat semakan baki pada 4 Mei 2020 selepas pembayaran dibuat oleh KWSP.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web FAQ i-LESTARI
Bila i-lestari saya buat pembayaran..
Bila i-lestari saya buat pembayaran..?
Salam saya dapat sms mengatakan pembaran Gaga L ke akaun saya tapi di ganti denga cek kat mana saya perlu gi ambik cek itu ?
SAYA PUN SAMA… SEMALAM SY KE KWSP TAPI
TIADA JAWAPAN YG PASTI.. STAFF KATA MELALUI
POS..
Saya punye tarikh Hari Ni tapi belom masuk lagi
Dalam status cakap lulus tapi bila masej datang cakap gagal dikerditkan ke akaun.. Macam mana nak ambil duit kwsp tu?? Boleh tolong sesiapa jelaskan..
di manakah perlu sy pergi untuk amik cek? sms hanya mengatakan pembyaran melalui cek. pihak mana perlu sy pergi pejabat kwsp atau pihak bank yg di daftarkan?
baca info ini, mgkn membantu anda
https://kekandamemey.com/kemaskini-maklumat-pembayaran-i-lestari-gagal-dikreditkan.html
sms masuk duit dpt..tp pi cek xdk..sebab saya guna akaun bini..
Salam sya keliru la sya dpt sms telah d krdtkn ke akuan bank tp bla sya cek tkde pn..sya dpt sms dri kwsp pd20 mei lg tp smpai skrg tkde jg msuk..??sya tktau dn tk fham kenpa tkde msuk..
Sampai Hari ini belum dapat lagi penerimaan bagi bulan jun.kenapa lambat bulan ini bayaran I lestari
Dah berkali ke bank buat semakan pun belum masuk lagi bayaran i lestari
Kenapa i lestari saya belum masuk2 lgi… Brpa kli dah cek belum ada lagi
Bila saya dapat duit KWSP fasa ke 2,fasa 1 Sya sudah dapt
bila bayaran fasa 3 yer.. boleh sye tahu..
Sy pun cek bank tapi belum masuk duit.bulan July tarikh bila
Bulan 7 belum dapat lagi,Kita nak guna duit belanja dapur
Sy sdh cek bank blm masuk duit .bln July masuk tapi blm masuk tolong cek bila masuk bank account Sy n tarikh
Kenapalah lambat sangat bayaran,orang nak guna duit pakai beli barang dapur..siapa lambat sebenarnya,kwsp atau bank???
Bayaran kwsp buln mei dan jun blum ada
kenapa duit maauk dalam acc bank tak ad penyata berapa yg masuk..?adakah jumlah rm500 ttp atau berlanan..?bolehkh pihak kwsp menghantar sms ke nombor hpn penerima setiap kali duit d masukkn ke acc penetima.
serta jumlah yg telah d masukkan ke bank penerima.tq
Nyatakan tarikh pembayaran i lestari ke akaun BSN sy terkini.