SEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER
Kepada yang telah membuat permohona GKP 2.0 sebanyak RM3,000,anda boleh membuat SEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER
Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi gkp.hasil.gov.my
Berdasarkan makluman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sebanyak 512,000 permohonan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin GKP 2.0.
GKP atau Geran Khas Prihatin ini bertujuan untuk membantu para usahawan kecil (PKS) yang terkesan akibat COVID-19.
Kali ini kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta bagi membantu meringankan beban 200,000 PKS Mikro.
Diharapkan dengan bantuan ini, mereka mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN GKP 2.0
Bantuan ini hanya untuk usahawan yang belum menerima GKP sebelum ini.
Syarat kelayakan lain adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Masih aktif menjalankan perniagaan
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
Selain itu, pemohon mestilah berdaftar dengan beberapa agensi berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
Kepada yang nak tahu MAKSUD KOD 04 TIDAK LULUS GKP 2.0
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN GKP 2.0(LULUS @ GAGAL)
Berikut adalah cara semak status permohonan GKP 2.0:
- Sila layari https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
- Klik Log Masuk,masukkan ID Pengguna & SEMAK
- Berikut adalah maklumat yang akan dipaparkan Nama,Nombor MyKad,Status Permohonan
- Sila semak status permohonan sama ada Permohonan Diterima,Dalam Proses,Lulus,gagal
- Jika LULUS,bayaran akan dibuat ke dalam akaun,jika GAGAL,anda mungkin boleh buat rayuan,sila semak kod tidak lulus GKP 2.0
SOALAN LAZIM GKP 2.0
Saya gagal dalam permohonan GKP 2.0, bolehkah saya membuat rayuan GKP 2.0?
Akan dimaklumkan oleh pihak LHDNM
Berapakah jumlah bantuan GKP 2.0?
Sama seperti sebelum ini iaitu RM3,000 secara one-off.
Bilakah saya boleh menyemak status permohonan Geran Khas Prihatin?
Bermula 27 November 2020.
Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0?
Pembayaran akan dibuat bermula 30 November 2020.
Tags: #CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN GKP 2.0(LULUS @ GAGAL) #SEMAKAN GKP 2.0 #SEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER
CHEAH SIEW YIN2 tahun ago
Dah lama tak jumpa anak ku, dulu anak ku selalu minta saya, suruh balik kampung pasal rindu, pasal nak kerja tak dapat cuti. Skrg dah berhenti kerja ingin nak balik teman dia org.
CHEAH SIEW YIN2 tahun ago
Jadi kalau minat nak niaga boleh semak GKP ke tidak.
Fadhilah Dhilah2 tahun ago
Saya perniaga kecil yang terjejas sejak bermula pkp sehingga kini..sy berniaga bersama mak saya yg oku..tp bila sy mnta bantuan ni,gagl..kami terjejas pendapt x boleh berniaga dn sebagainya tp bila minta tak boleh,gagal sedang mak saya dh bagi lesen perniagaan..tlong la prihatin dengan nasib saya dan ibu saya..ibu saya sakit lgi,perniagaan terjejaa bantuan x dapat..urmm kerajaan tlg prihatin dgn nasib kami..
MangsaPenipuanKerajaan2 tahun ago
Barua betul GKP nie! Perniagaan jualan makanan saya telah terjejas teruk. Tapi permohonan saya ditolak atas sebab 02 – Jualan melebihi 300,000. Padahal disebabkan MCO saya langsung tak dapat menjalankan perniagaan! Senang2 jer ditolak itupun diatas alasan yg automatic tak dibenarkan untuk membuat rayuan. Tambahan pulak rayuan tak boleh dibuat dimana cawangan atau pejabat. Jadi senanglah nak abaikan apa2 yang saya boleh kemukakan untuk membuktikan yang diorang menipu! Jahanam punya kerajaan! mak aku yang bersara dari kerajaan sebagai jururawat pun telah dinafikan BSH tanpa apa2 alasan tapi kawan aku yang melayu berumur 30 bergaji rm4500 dah dapat BSH. Mati lah lu PH! puih!!!
Armantz752 tahun ago
Aku rasa SSM nie dah menyusahkan
BSH 3.0 xdapat kerana SSM
GKP 2.0 xdapat kerana SSM
Ada ket patut kod4 tiada agensi terbabit
Bangang
Noor pisah bt ramli2 tahun ago
betul2 menyusahkn ssm ni…aku yg terjejas teruk sampai skrng x blh nk berniaga pun x dpt gpk sbb kod 04 ada ke patut….x memahami situasi perniaga yg terjejas langsung..dah lh gaji suami x blh nk tampung kami ank beranak..nk bayar hutng pn x lepas…
suzana2 tahun ago
memang karut ja…Semua lengkap permohonan…pekerja 1 orang, pendapatn terjejas teruk berniaga kadang modal pun rak dapat … boleh pulak kata kod 4 tak ada dlm agensi….
Noorhayah Binti Mustafa2 tahun ago
Haritu saya mohon gkp.. tapi tertekan tahun 2020 “Tidak berniaga “.. tapi nak patah balik tak boleh sbb dia da lock.. sedangkan sy meniaga lagi boleh tguk ssm.. macam mane sy nak bt Rayuan 🙏🏻
Dyn2 tahun ago
Mcm mana nak buat rayuan, permohonan ditolak sebab kod 04. Padahal ada daftar ssm.
Ina2 tahun ago
Yg lps pekerja xblh lebih 5 org. Sy ltk la 5 org. Xlulus. Gkp 2 ni sy ltk 4 org pn xlulus. Tgk2 dia siap bubuh pekerja xblh lebih 4 org. Blh buat rayuan ke x?
FJ2 tahun ago
ikut cara satu persatu dah, tapi tak lulus jugak. mohon BSH pun tak dpt, BPN pun tak dpt, mohon gpk sampai ke gpk2.0… semua tak lulus ! amenda gini? nyusahkan kita jadinya.. nak cakap nak bantu tu, kemain sampai bodonya kita turun naik pejabat nk ada pengesahan… kalu taknak beri , takyah nk ckp sedap janji sedak ! nak bodo ke org ke apa? *nak maki rasa. nak sekali aku jumpa pgawai paling tinggi, nak tahu kenapa aku tak layak @ tak lulus ??
kita ni makin susah, bila org jnji manis kita berasa berharap. tapi bila gini jdi nya… kecewa lah dgn kerajaan malaysia! harap baca !
zaiti aziz2 tahun ago
GKP 1 DULU DAH DAPAT
ITU TELAH DIGUNAKAN MASA TERJEJAS DULU
SEKARANG NI LAGI LAMA PKPB
NAK BERNIAGA BOLEH TAPI ORANG TAK ADA YANG KELUAR MEMBELI
SEWA SEBULAN 4K
JUAL UNIFORM SEKOLAH SAPA NAK BELI SEKOLAH TUTUP
Mohd Tasnim bin Mohd yasin2 tahun ago
Kenapa bila saya nak masuk password tidak boleh adoiii…nak kemas kini acc
IRFAN HAKIM BIN MOHD RIZAL2 tahun ago
kalau gagal kredit nak buat macam mana?
ABANG MOHD MOHDA BIN ABANG JUNAIDI1 tahun ago
Tak lulus lagi aksyik kena tindas