SEMAKAN & PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 e-CAP KEPADA PKS

SEMAKAN & PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 e-CAP KEPADA PKS

SEMAKAN & PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 e-CAP KEPADA PKS
PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 (e-CAP)

KWSP maklum bahawa penularan pandemik COVID-19 telah menyebabkan persekitaran perniagaan yang sukar kepada sektor perniagaan dan banyak syarikat sedang menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan operasi mereka.

Justeru, KWSP melancarkan Program Bantuan Majikan COVID-19 bermula 23 April 2020 bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak untuk menguruskan aliran tunai bulanan perniagaan di samping membantu majikan untuk terus kekal beroperasi serta terus mengekalkan tenaga kerja mereka.

Anda perlukan surat CONTOH SURAT KEBENARAN BEKERJA SEKTOR AWAM DAN SWASTA SEMASA PKP?

Program ini membolehkan majikan memohon penangguhan dan penstrukturan Bayaran Caruman Syer Majikan untuk caruman bulan April, Mei & Jun 2020 (Upah bulan Mac, April & Mei 2020).

SEMAKAN & PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 e-CAP KEPADA PKS

SEMAKAN & PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 e-CAP KEPADA PKS

SEMAKAN KELAYAKAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 (e-CAP)

Untuk memohon kemudahan e-CAP, majikan PKS perlu :

Mempunyai serta menggajikan 200 orang pekerja atau kurang.

Memastikan semua bayaran caruman (syer majikan dan pekerja) setakat caruman bulan Februari 2020 (upah bulan Januari 2020) adalah teratur.

Memastikan bayaran caruman syer pekerja telah diselesaikan sepenuhnya untuk bulan yang dimohon (April, Mei dan Jun).

CARA PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 (e-CAP)

Program ini membolehkan majikan yang layak untuk memohon penangguhan dan menstruktur semula caruman syer majikan untuk caruman bulan April, Mei dan Jun 2020. Bayaran untuk caruman tertangguh yang telah distruktur semula boleh dibuat dalam tempoh maksimum tiga bulan.

Sebagai contoh, untuk PKS yang memohon untuk menangguhkan caruman bulan April, bayaran penstrukturan semula akan bermula dari bulan Julai 2020 sehingga tempoh maksimum tiga bulan yang berakhir pada September 2020.

Untuk PKS yang memohon untuk menangguhkan caruman bulan Mei, bayaran penstrukturan semula untuk bulan tersebut akan bermula dari bulan Ogos 2020 sehingga Oktober 2020, sementara untuk PKS yang memohon untuk menangguhkan caruman bulan Jun, bayaran penstrukturan semula akan bermula dari bulan September 2020 sehingga November 2020.

SEMAKAN & PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 e-CAP KEPADA PKS

CARA PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 (e-CAP)

KWSP akan menerima permohonan untuk bayaran penstrukturan caruman syer majikan mulai 23 April 2020.

Jika anda memenuhi kriteria kelayakan yang dinyatakan (lihat soalan 2), anda boleh membuat permohonan melalui fungsi e-CAP di portal i-Akaun (Majikan) secara bulanan.

Ini adalah untuk memastikan syer pekerja untuk bulan sebelumnya telah dibayar dan syer majikan telah distruktur dengan sewajarnya.

CARA PEMBAYARAN PENSTRUKTURAN  CARUMAN

Bayaran ansuran boleh dibuat melalui:-

Portal i-Akaun (Majikan); atau

-Kaunter KWSP; atau

-Kaunter bank yang dilantik oleh KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh menghubungi Pegawai Khidmat Nasihat Majikan untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Tags: #CARA PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 (e-CAP) #CARA PEMBAYARAN PENSTRUKTURAN  CARUMAN #CARA PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 (e-CAP) #e-CAP #KWSP #PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 (e-CAP) #SEMAKAN & PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 e-CAP KEPADA PKS

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE   Maklumat terkini tentang
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)   APA ITU SISTEM iSEJAHTERA
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN)
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN) Jika
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ   Tourism Malaysia hari
    1. author

      Shamini a/p murugiah1 year ago

      SEMAKAN PERMOHONAN BSH LULUS.

      Reply
    2. author

      Nasrul1 year ago

      Bagaimana untuk mengetahui Status permohonan EIS dan tarikh bayarannya sekiranya gagal berhubung dgn majikan

      Reply
    3. author

      Chong siew kion1 year ago

      Semak & permohonan program bantuan majikan covid – 19e-CAP kepada PKS

      Reply
    4. author

      MOHAMMAD HAFIZ BIN M.SANI6 months ago

      saya mohammad hafiz IC (951025-12-6675). SAYA kehilangan pekerjaan kilang poic. oil .sdn .brt kini saya menangung anak isteri saya..

      Reply

    Leave a reply "SEMAKAN & PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 e-CAP KEPADA PKS"