SEMAKAN PINDAAN AMAUN i-SINAR:CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN PINDAAN PENGELUARAN

SEMAKAN PINDAAN AMAUN i-SINAR:CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN PINDAAN PENGELUARAN

SEMAKAN PINDAAN AMAUN i-SINAR

Setelah anda membuat pindaan amaun i-Sinar, anda ingin membuat semakan status permohonan pindaan amaun i-Sinar sama ada berjaya atau gagal?Bagaiamanakah cara buat semakan pindaan amaun iSinar?

Semakan pindaan i-Sinar boleh dibuat bermula 18 Mac 2021.

Semakan status permohonan pindaan amaun iSinar boleh dibuat melalui 2 cara iaitu:

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PINDAAN AMAUN PENGELUARAN MELALUI PORTAL i-SINAR

Bagi membuat semakan status permohonan pindaan pengeluaran iSinar bagi, sila ikuti langkah dibawah:

  1. Layari https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Dipaparkan 4 bahagian utama iaitu :
  • PERMOHONAN BAHARU
  • SEMAK STATUS PERMOHONAN
  • PINDAAN PENGELUARAN
  • SOALAN LAZIM
  • PANDUAN PENGGUNA
  1. Sekiranya anda sudah membuat permohonan pindaan pengeluaran i-Sinar, sila klik SEMAK STATUS PERMOHONAN untuk membuat semakan status permohonan pindaan pengeluaran i-Sinar.
  2. Status akan dipaparkan selepas 5 hari bekerja selepas permohonan dibuat

Bermula tahun 2021, Bantuan Orang Tua(BOT) telah dinaikan kepada RM500,rujuk CARA PERMOHONAN BAHARU Bantuan Orang Tua(BOT)

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PINDAAN AMAUN PENGELUARAN MELALUI i-AKAUN KWSP

Untuk semakan melalui i-akaun KWSP, semakan boleh dilakukan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Log masuk dengan memasukkan no ID dan kata laluan.
  3. Tekan pada pengeluaran,sejarah PENGELUARAN
  4. Klik i-SINAR
  5. Status permohonan pindaan amaun i-Sinar akan dipaparkan.
  6. Status akan dipaparkan selepas 5 hari bekerja selepas permohonan dibuat

Dah buat semakan kelayakan SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON RM300 UNTUK ISI RUMAH( PEMERKASA)?

SOALAN LAZIM

Mengapa tidak boleh buat pindaan amaun iSinar?

Had limit pengeluaran adalah berdasarkan baki akaun semasa pada sebelum membuat pengeluaran(permohonan asal)

Bagaimanakah cara mengira had limit pengeluaran i-Sinar?

Had limit maksimum pengeluaran dikira berdasarkan baki akaun 1 sebelum membuat permohonan i-Sinar.

Bilakah boleh buat semakan status permohonan pindaan amaun i-Sinar?

Selepas 5 hari bekerja selepas membuat permohonan.Bermula 18 Mac 2021

Bagaimanakah cara semak status pindaan pengeluaran i-Sinar?

Melalui portal i-Sinar atau melalui i-Akaun.

Macam mana nak semak status pindaan yang diluluskan?

Melalui portal i-Sinar atau melalui i-Akaun selepas 5 Hari bekerja.

Bila duit BPR FASA 2 masuk?

Kenapa butang TERUSKAN semasa permohonan pindaan i-Sinar tidak boleh dibuat?

Masalah sistem belum stabil.Sila buat permohonan dari masa ke masa.

Jika nak dapatkan kerja cepat,boleh daftar portal MyFutureJobs,senang je cara register.

Sekiranya permohonan pindaan amaun i-Sinar diluluskan, bilakah amaun baharu itu akan berkuatkuasa?

Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja.

Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu

Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.

Jika nak tahu berapa sebenarnya jumlah amaun i-Sinar yang dimohon & bayaran bulanan yang bakal diterima,sila rujuk SEMAKAN AMAUN i-SINAR

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila hubungi i-Sinar hotline di talian berikut:

03-8922 4848

Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

37 thoughts on “SEMAKAN PINDAAN AMAUN i-SINAR:CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN PINDAAN PENGELUARAN”

  1. Saya buka untuk semak tetapi tiada record. Saya dah buat minggu lalu. Bila buka bahagian pindaan dia suruh isi semula. Tetapi tak boleh tetapkan amaun yang ingin dipinda. Dan bila proceed dia suruh tunggu lagi 5 hari. Macam mana tu ya. Adakah saya masih akan dapat amaun yang saya pinda minggu lalu?

    Balas
  2. Saya dah ubah pindaan.. Dia suruh cek Dalam masa 5 Hari berkerja… Tapi dah lebih 5 Hari… Bila boleh saya dapat keputusan Lulus atau tidak..

    Balas
  3. Saya dah buat permohonan pindaan…Dan sekarang macam Mana nak tau nak Lulu’s atau Tak…? Tapi boleh isi semula..tapi x boleh tetapkan amaun?..adakah tidak perlu kemaskini? Atau mcm MN?

    Balas
  4. Saya nak tambah lgi .kerana kos pmbelanjaan saya x cukup untuk mnyara keluarga saya.saya dah isi pemohonan pindaan.tetapi x brjaya.sya kena tungu lagi 20 jam untuk isi pemohonan pindaan semula.kenapa x berjaya sedangkan baki dalam ac simpanan pekerja saya masih banyak.tolong pihak i sinar jelaskan

    Balas
  5. Saya dah apply pindaan amaun i-sinar tapi lps check status permohonan…. Keluar yg lama punya….. Mcm Mana yeww

    Balas
  6. saya dah buat pindaan amaun, lepastu dia ckap lulus and dpat 31 januari, masalahnya tarikh pun dah 24 march hahahhaa

    Balas
  7. Nk tnya ..masa pilih untuk pindaanan amount tu ..lepas warna kuning x ..klau colour x berubah msa pilih amount ..tu amount lama ..klau dh berubh colour tu amount bru nk kita kluar kn ..senang cakp amount lama campur skli ..bila lpas dri amount lama dy akan berubh warna …tu amount bru ..kalau x berubh maksud nya pindanaan status lama x dk perubhan

    Balas
  8. Pindaan bolh buat sekali sja ..lpas buat xkira amount pilih sma yg lama so status lama yg kluar ..klau lebih dri lama dy brubah warna ..tgu 5 hari jagn check dekat pindaan amout ..check kat permohonan i sinar ..tu ap yg bolh sy share ..skrg spa nk share sl maslah sy . Permohonan dh lulus , check kwsp i account tulis 23hb ..tp smpi skarg x msuk2 ..pa cita

    Balas
  9. saya dah memohon pindaan pengeluaran, dan telah pun di luluskan.
    Bila saya check i akaun saya untuk mengetahui jumlah yang baru akan dapat dan juga tarikh jadual yang Baharu , hanya tunjuk tarikh dan amaun yang sudah dibayar. Bila dan berapa saya akan mendapat selepas memohon pindaan pengeluaran ini.. Mana nak check?

    Balas
  10. Sy dah mohon pindaan pada 8 mac,pada 20 saya buat semak penyata i sinar pindaan,keputusannya dah lulus..3 hri lepas sy suruh kawan semak melalui i akaun,semlm sy buat semak peyata lagi,ktanya pindaan sy dalam proses,kenapa yg dah lulus jdi dlm proses semula

    Balas
  11. Saya buat pindaan amaun , keputusan lulus tp tunggu punya tunggu duit tak masuk2 dalam akaun padahal katanya selepas 3 hari bekerja , dah lebih dah

    Balas
  12. Saya sudah membuat untuk pindahan pengeluaran i-sinar kwsp.Dan ia pun telah sudah meluluskannya.Tetapi amount yang saya apply masih belum dicreditkan dalam akaun bank saya.Bolehkah saya tahu amount yang saya apply akan dimasukkan dalam akaun saya tuan/puan?Terima kasih

    Balas

Leave a Comment